Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Jun 2018

Annuar Musa Tawar Diri Kerusi Timbalan Presiden UMNO | Astro Awani

Annuar Musa cuba nasib kerusi Timbalan Presiden UMNO | Astro Awani

Panglima : Tan Sri Annuar Musa tokoh lama dalam dunia politik dan sudah melalui turun naik namun masih kental mengharungi tohmahan dan dugaan sehingga berjaya seperti hari ini...

Kita ucapkan selamat mengundi dan semoga beliau dipilih pemilih dalam pemilihan kali ini...

Annuar Musa cuba nasib kerusi Timbalan Presiden UMNO

Annuar Musa cuba nasib kerusi Timbalan Presiden UMNO
Beliau berkata, keputusan menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini parti.
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Annuar dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini parti.

"Setelah berbincang dengan pemimpin- pemimpin kanan parti di peringkat nasional dan negeri, saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding pada jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia dalam pemilihan parti keramat UMNO. Kepada Allah SWT saya berserah semoga segalanya berjalan lancar," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

Pemilihan parti keramat Melayu itu dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.

BACA: Tok Mat tawar diri bertanding Timbalan Presiden UMNO


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate