Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2018

Kelantan Makin Merosot Selepas Masuk Pemain Muda Singkir Pemain Lama

Bibi Ramjani, Fajer jangan lari dari tanggungjawab - Yakult - Bola Sepak - Utusan Online

Yang lama kena kekal. Yang baru kena diberi ruang. 

Namun strategi membuang yang lama membawa masuk pemain muda mengundang malapetaka kerana kekuatan stamina tanpa pengalaman akan membawa kepada kegagalan.

Kerana itu pemain muda perlu hormat pemain usia dan sebaliknya...

Baca berita lanjut di bawah : 

Bibi Ramjani, Fajer jangan lari dari tanggungjawab - Yakult

PENGARAH Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada.- UTUSAN ONLINE

HIROSHI

Pengarah Urusan Yakult, Hiroshi Hamada berkata, pihaknya mahu kedua-dua individu itu turut bertanggungjawab berhubung tindakan mereka membawa masuk pemain import baharu dan setiap transformasi bagi memperkasakan TRW.

"Tolong... jangan lupa anda telah menghabiskan wang tajaan, jadi kutiplah seberapa banyak mata untuk TRW kekal di Liga Super 2019 nanti.

"Sekiranya gagal kedua-dua mereka ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas prestasi tersebut dan jangan cuba untuk menutup kelemahan dengan menjadikan orang lain 'kambing hitam'," katanya menerusi status laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Hamada memberitahu, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada proses akauntabiliti dalam sistem pengurusan Kafa dan teguran dibuat itu adalah atas sifat kasih dan sayang beliau pada TRW.

Fajer sebelum ini diberikan kuasa mutlak oleh Bibi Ramjani untuk melakukan rombakan besar-besar terhadap pasukan dengan melakukan pemutihan ke atas pemain senior dan membawa naik pemain muda.

Tindakan ini nyata mengundang malapetaka kerana selepas mengharungi 13 perlawanan, Kelantan kini menghuni tangga tercorot di Liga Super dengan hanya mengumpul lapan mata.

Ini merupakan kali kedua Hamada meluahkan kekecewaan beliau terhadap prestasi buruk TRW, lebih-lebih lagi pasukan itu tumbang buat kali keempat berturut-turut 0-4 di tangan Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate