Pengikut Blog Panglima

Translate

17 Jun 2018

Ku Li, Zahid, KJ, siapa lagi 4 calon Presiden UMNO? | Astro Awani

Ku Li, Zahid, KJ, siapa lagi 4 calon Presiden UMNO? | Astro Awani

Untuk menjadi calon Presiden UMNO beberapa kriteria utama wajib diambil kira :

1. Pengalaman luas dalam memegang jawatan tertinggi parti. Lebih bagus naik dari bawah bukan turun menggunakan payung terjun.

2. Setia kepada parti melebihi diri sendiri walau mampu menentang pemimpin atasan demi menjaga muafakat ahli.

3. Menyumbang kepada parti bukan memerah kekayaan parti atau menggunakan parti untuk kepentingan diri sendiri. 

4. Latar belakang kuat agama dan boleh menjadi contoh kepada rakyat. Tidak ada menyokong fahaman sesat samada wahabi liberal Syiah dll.

5. Dilihat mampu mengemudi parti dengan bijaksana dan tegas luar biasa sehingga dihormati lawan disegani kawan...

6. Mempunyai pasukan yang telah berjaya menjadi tulang belakang menangkis isu yang timbul sehingga terselamat dari ombak fitnah musuh yang menunggu setiap masa membuat serangan alam maya.

7. Tidak mempunyai sandaran kepada sesiapa tanda mempunyai kepimpinan yang hebat dan naik dengan usaha sendiri.

8. Memiliki keberanian menghadapi musuh samada di Parlimen atau medan isu-isu sehingga lemah serangan lawan dan jauh dari persepsi jahat yang negatif.


9. Tidak ada rekod menjadi punca UMNO diharamkan atau kalah teruk dalam PRU sebelum ini sehingga menjadi PRU paling teruk dalam sejarah parti apatah lagi disokong oleh musuh parti secara terbuka membuat kempen halus mahu calon pilihan mereka naik menjadi juara pemilihan kali ini....

10. Disukai rakyat berlainan fahaman parti politik. Lebih bagus jika mampu mengadakan rundingan dengan parti lawan demi masa depan parti...

Ku Li, Zahid, KJ, siapa lagi 4 calon Presiden UMNO?

Ku Li, Zahid, KJ, siapa lagi 4 calon Presiden UMNO?
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (gambar) mengumumkan seramai tujuh calon bertanding bagi jawatan tersebut. - Foto Astro AWANI / Firdaus Azil
KUALA LUMPUR: Siapa lagi empat calon Presiden UMNO?

Itu yang menjadi tanda tanya selepas Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan seramai tujuh calon bertanding bagi jawatan tersebut.

"Kesemua calon disaring dengan pelbagai kaedah termasuk menghantar nama mereka ke Jabatan Insolvensi. "Calon yang layak bertanding akan diumum oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor esok jam lima petang di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn hari ini.

Jumlah pencalonan yang diterima bagi yang diumumkan Setiausaha Kerja parti Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pengerusi Tetap – 3 ⁰T/Pengerusi Tetap – 14
Presiden – 7
T/Presiden – 3
N/Presiden – 9

Jumlah keseluruhan pencalonan bagi pegawai MT UMNO – 121 @501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil)


Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat kejutan apabila menyerahkan borang untuk bertanding kerusi Presiden UMNO bagi penggal 2018/2021

Selain itu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah turut menawarkan diri bertanding kerusi Presiden.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan nama panggilan Ku Li dan Khairy akan berhadapan dengan pemangku Presiden UMNO, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan UMNO, 30 Jun ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan berhadapan dengan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan seorang lagi. 

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ab Rauf turut mengumumkan seramai 612 calon akan bertanding untuk kesemua jawatan tertinggi UMNO.

Jumlah pencalonan bagi Pergerakan Sayap Pemuda UMNO

Pengerusi Tetap 12
T/Pengerusi Tetap 14
Ketua Pemuda 9
Naib Ketua Pemuda 9

Jumlah keseluruhan pencalonan untuk Sayap Pemuda termasuk exco 88 orang.@501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil) June 17, 2018

Jumlah pencalonan bagi Pergerakan Sayap Wanita UMNO

Pengerusi Tetap – 1
T/Pengerusi Tetap – 4
Ketua Wanita – 4
Naib Ketua Wanita – 6

Jumlah keseluruhan pencalonan untuk Sayap Wanita termasuk exco – 88 orang.@501Awani

— F.A Awani (@FirdausAzil)

Jumlah pencalonan bagi Pergerakan Sayap Puteri UMNO

Pengerusi Tetap – 2
T/Pengerusi Tetap – 2
Ketua Puteri – 4
Naib Ketua Puteri – 6

Jumlah keseluruhan pencalonan untuk Sayap Puteri termasuk exco – 87 orang.

— F.A Awani (@FirdausAzil)



Sent from my iPhone
Catat Ulasan