Pengikut Blog Panglima

Translate

06 Jun 2018

Pertemuan Mesra Zahid dan Ku Li Semalam Viral Satu Malaysia

RAPATKAN SAF, Begitulah Zahid-Ku Li Berada Dalam Kebersamaan – Bacalah Malaysia

Ramai berminat mengikuti pemilihan Umno ini dengan dekat.

Ku Li salah satu nama besar dalam politik yang tidak bercita-cita tinggi namun mempunyai sejarah dengan Mahathir. Sehingga menyebabkan Umno diharamkan pada tahun 1987 akibat Team A dan Team B.

Keberanian beliau dalam senyuman tenang dan penuh strategi menjadikan Ku Li sentiasa diingati oleh peminat carta politik negara.

Pertemuan Ku Li dengan Zahid semalam menjadi sorotan utama media sehingga viral melalui media  termasuk media sosial.

Ramai meneka adakah Ku Li akan mencabar jawatan Presiden atau beliau akan menjadi penasihat parti ? Wallahu A'lam

Mengunjungi Ku Li menunjukkan sikap hormat dan adab Zahid dan rakan MT kepada pemimpin senior parti.

Dengan pengalaman yang begitu lama dalam politik sudah tentu strategi Ku Li sangat diperlukan oleh pejuang Nasional untuk menentang kemaraan pihak lawan yang menzalimi rakyat dengan janji palsu dan tindakan yang kejam sehingga rakyat semakin menderita dari hari ke hari. 

Kita harapkan gandingan Ku Li dan Zahid akan membuahkan hasil memenangi perang persepsi yang sungguh mencabar hari ini di media sosial..


RAPATKAN SAF, Begitulah Zahid-Ku Li Berada Dalam Kebersamaan

RAPATKAN SAF, Begitulah Zahid-Ku Li Berada Dalam Kebersamaan

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini (5 Jun 2018) mengunjungi rumah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra dipanggil "Ku Li" untuk sama-sama menjayakan program Iftar, solat Maghrib, tahlil, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.

Hadir sama ialah sebahagian Ahli-ahli Parlimen UMNO dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijemput seperti Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak).

Majlis yang dimulakan dengan berbuka puasa, diikuti solat Maghrib berjemaah turut dihadiri sahabat handai dan ahli keluarga kerabat diraja Kelantan di kediaman rasminya di Langgak Golf.

Sejurus itu, majlis tahlil beserta doa selamat turut diadakan sempena memperingati pemergian Allahyarham Puan Sri Noor Yvonne Abdullah pada 5 Jun 2015.



Sent from my iPhone
Catat Ulasan