Pengikut Blog Panglima

Translate

15 Jun 2018

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok | Astro Awani

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok | Astro Awani

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. -Foto ihsan RTM
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018," katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. Sementara itu, umat Islam di Indonesia juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.

Menteri Agama, Lukman Hakim Saifuddin, dalam pengumuman rasmi yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan, berkata keputusan menetapkan tarikh 1 Syawal 1439H dicapai bersama dengan para ulama dalam persidangan isbat (penentuan hari raya) yang berlangsung petang tadi.

Katanya, persidangan isbat itu disertai semua pemimpin organisasi Islam di Indonesia, termasuk Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama.

Sambutan Aidilfitri adalah perayaan terbesar di Indonesia, di negara yang berpopulasi lebih 260 juta penduduk itu, dengan 85 peratus daripadanya beragama Islam.


Sent from my iPhone
Catat Ulasan