Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Ogos 2018

KM Sabah dan Isteri Ziarah Jenazah Mahadzir Di Hospital


Mohd. Shafie dan isteri ziarah jenazah Mahadzir





MOHD. Shafie Apdal menziarahi jenazah Mahadzir Lokman di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 di aini petang ini.-UTUSAN ONLINE


RODELIO JUNJUN TAUCAN

03 Ogos 2018 3:39 PM


KOTA KINABALU 3 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tiba di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1 di sini bagi menziarahi jenazah pengacara popular Datuk Mahadzir Lokman yang ditemukan meninggal dunia di sebuah hotel di Tanjung Aru pagi ini.

Turut menemani beliau adalah isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Mohd. Shafie dan isteri yang tiba pada pukul 1.55 petang meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum meninggalkan bangunan hospital.

Terdahulu pada kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Mahadzir ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya di hotel berkenaan oleh rakan-rakannya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan.

Allahyarham berada di Sabah sejak Selasa lalu untuk menghadiri beberapa program termasuk yang dijadualkan pada malam ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mohd-shafie-dan-isteri-ziarah-jenazah-mahadzir-1.721965#ixzz5N84JngvY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate