Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 November 2018

Polis diminta siasat A. Kadir - Politik - Utusan Online

Polis diminta siasat A. Kadir - Politik - Utusan Online

Polis diminta siasat A. Kadir

Datuk Johari Abdul ketika sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini
Datuk Johari Abdul ketika sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Polis diminta menyiasat Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan kerana tulisan beliau menerusi blog bertajuk 'Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja'.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, tulisan A. Kadir itu boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Katanya, ia.seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan Kedah seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalahgunakan kedudukan baginda.

"Saya sebagai seorang wakil rakyat dari Kedah amat kecewa dengan tulisan A. Kadir ini, dalam memuji tetapi dalam masa yang sama tulisannya mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda.

"Ini sangat berbahaya dan kita minta polis untuk menyiasat A. Kadir kerana perkara sebegini sangat meresahkan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.

Sebelum ini A. Kadir turut mencetuskan kontroversi berhubung artikel tulisannya yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate