Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 November 2018

Status Twitter Tolak Spekulasi Kononnya Zahid Dan Hishamuddin Tidak Sebulu

Status Twitter Tolak Spekulasi Kononnya Zahid Dan Hishamuddin Tidak Sebulu

Status Twitter Tolak Spekulasi Kononnya Zahid Dan Hishamuddin Tidak Sebulu

Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Sejak Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan tampuk pentadbiran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, ada sahaja pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO terutama selepas pemilihan parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak ketinggalan menjadi mangsa adu domba kononnya tidak sehaluan.

Namun status terbaru 'twitter' yang dimuat naik oleh Ahmad Zahid semalam jelas menolak segala spekulasi kononnya mereka berdua bertelagah.

Gambar yang dimuat naik juga jelas menunjukkan keakraban mereka.

"Pagi ini bersama Sembrong di Parlimen. Hubungan peribadi kami sangat rapat sejak zaman Pemuda.

"Menyelamatkan UMNO dari terbubar atau dibubarkan menjadi keutamaan kami," status Zahid di 'twitter.

Membuktikan lagi keakraban mereka, tidak lama selepas itu Hishamuddin membalas twitter tersebut, "Tetap Bagan Datuk – Dulu Kini Selamanya."

Sebelum ini timbul spekulasi kononnya hubungan Ahmad Zahid dan Hishamuddin renggang kerana tidak sefahaman dalam soal pengurusan dalaman parti.

Hishamuddin juga sebelum ini didakwa akan keluar parti namun perkara tersebut telah dinafikan oleh beliau.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ahmad Zahid dan Hishamudin cuba dilaga-lagakan.

Semasa BN memerintah dan Hishamuddin dilantik sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, telah ada angin yang bertiup kencang yang cuba merosakkan hubungan baik mereka.

Malah beberapa jam selepas pengumuman pelantikan tersebut, sudah dipersoalkan dan kebanyakannya menumpukan kepada dakwaan pergeseran antara Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ahmad Zahid sekaligus turut merosakkan hubungan baik Ahmad Zahid dan Hishamuddin.

Timbalan Presiden Amanah (ketika itu) Salahuddin Ayub mendakwa pelantikan itu sebagai penghinaan kepada Ahmad Zahid manakala Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula berkata ia bukan perkara yang baik bagi 'cita-cita politik' Zahid. – MediaUMNO


1 day ago



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate