Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 November 2018

UMNO tidak akan dibubarkan - Zahid Hamidi | Politik | Berita Harian

UMNO tidak akan dibubarkan - Zahid Hamidi | Politik | Berita Harian

UMNO tidak akan dibubarkan - Zahid Hamidi

JOHOR BAHRU: UMNO sebagai sebuah institusi sosial Melayu yang turut membela nasib kaum lain tidak akan dibubarkan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata demikian bagi membalas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta ahli UMNO melompat parti dan membubarkan UMNO.

"Pendirian kami cukup jelas, kita tidak akan melompat parti dan tidak akan membubarkan UMNO walaupun beliau berkali-kali meminta kami berbuat demikian.

"UMNO bukan hanya sebuah parti berdaftar, UMNO biarpun sebagai parti politik orang Melayu sebenarnya UMNO adalah sebuah institusi sosial orang Melayu tanpa mengenepikan kaum lain di negara ini.

"Oleh yang demikian tidak munasabah seseorang yang pernah menikmati kedudukan atas dasar mewakili UMNO hingga menjadi pemimpin negara dan dikenali seantero dunia... apabila habis madu sepah tidak perlu dibuang," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Khas Kepimpinan Tertinggi UMNO Malaysia bersama kepimpinan UMNO Bahagian-bahagian negeri Johor.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan beberapa pemimpin lain.

Ahmad Zahid berkata, kebencian yang ditanamkan jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

"Saya sebutkan bahawa kita mengakui kesilapan harus dibaiki dan proses pembaikan itu akan dilakukan, janganlah membunuh dan membakar rumah yang kita diami sejak sekian lama kerana banyak jasanya.

"Kalau bumbung pecah kita baiki, dinding retak kita ganti dengan dinding, lantai reput kita ganti lantai supaya rumah agam ini terus tersergam apatah lagi tiang serinya masih ada 48, tidak terbakar dan tidak reput walaupun ada yang tercabut," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan itu permintaan (lompat dan bubar) parti tidak munasabah dan Insyallah UMNO akan bangkit.

"Saya ingin jelaskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kita turut membincangkan soal presiden harus bercuti tetapi keputusan dibuat MT bahawa saya harus beri kesinambungan tugas sebagai presiden UMNO.

"Mereka merasakan UMNO harus diberi kelangsungan untuk bukan saja mewarnai landskap politik negara tetapi mengakui bahawa 48 ahli parlimen UMNO dan empat ahli parlimen yang bergabung dalam Barisan Nasional (BN), sebenarnya kita ada 52 (ahli parlimen) iaitu parti terbesar di Dewan Rakyat.

"Walaupun ada usaha pihak tertentu untuk pelompatan (parti) dilakukan, namun saya ingin menyebut bahawa rakan kita tetap berada dalam UMNO dan BN secara 'en bloc'," katanya.

Menurutnya, mereka berusaha menarik ahli parlimen untuk memperkuatkan parti yang bergabung dalam PH (Pakatan Harapan) dan keputusan tidak akan menerima ahli parlimen yang melompat ke mana-mana kecuali menjadi bebas terlebih dahulu.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate