Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Disember 2018

Abdul Hadi sangkal konflik dengan MB - Politik - Utusan Online

Abdul Hadi sangkal konflik dengan MB - Politik - Utusan Online

Abdul Hadi sangkal konflik dengan MB

hadi awang
ABDUL HADI AWANG

KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak dakwaan kononnya wujud pergeseran membabitkan dirinya dengan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagaimana yang tular di laman sosial.

Abdul Hadi berkata, dakwaan itu tidak benar dan bermotifkan politik semata-mata sedangkan hubungan kedua-duanya di samping kepemimpinan negeri dan parti amat baik tanpa sebarang konflik.

"Saya yang lantik dia, bertanding pula di kawasan saya di Rhu Rendang, takkan mudah-mudah nak suruh berhenti begitu.

"Dia (pihak berkenaan) mungkin tidak ada modal, jadi buat modal begini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Program Memperingati Al-Muluk Bita'dil As-Suluk (Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini petang tadi.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.

Sebelum ini, dalam catatan beberapa individu di laman sosial Facebook mendakwa terdapat kumpulan yang telah bertemu Abdul Hadi bagi menukar menteri besar Terengganu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Mesej tular bertajuk `Kerusi MB Terengganu Panas?' itu mendakwa tindakan tersebut disebabkan rasa tidak puas hati kumpulan berkenaan terhadap Dr. Ahmad Samsuri yang dikatakan lebih mengutamakan orang luar dalam membuat lantikan politik bagi jawatan-jawatan berprestij.

Abdul Hadi turut menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan perkara berkenaan dengan ketidakpuasan membabitkan duit royalti di samping isu himpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate