Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2018

Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi - Politik - Utusan Online

Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi - Politik - Utusan Online

Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi

Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Menara Dato Onn, PWTC, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada ahli-ahli partinya supaya tidak panik susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin parti itu yang keluar daripada UMNO sejak kelmarin.

Menerusi status dalam laman Twitter beliau hari ini, Ahmad Zahid menganggap apa yang berlaku itu merupakan harga yang terpaksa dibayar untuk kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

Malah beliau menyifatkan kemelut yang berlaku itu hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan sokongan daripada akar umbi.

"Ahli-ahli UMNO tidak perlu panik. Ini mungkin harga yang terpaksa kita bayar, bila kita ingin kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenarnya untuk memartabatkan agama dan bangsa.

"Biarpun terdapat (mereka) yang tinggalkan Umno, kita percaya ia tidak menjejaskan dokongan akar umbi. Ini bersifat sementara," katanya.

Selepas beberapa ahli UMNO Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu kelmarin, hari ini beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dilaporkan melakukan tindakan sama antaranya Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.-UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate