Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2018

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin

UMNO Ucap Takziah Atas Pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin


KUALA LUMPUR, 14 Dis – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin yang meninggal dunia petang tadi.

Bernama melaporkan Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini kira-kira pada jam 6.20 petang, disahkan oleh adiknya Abdul Lazam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di dalam ciapan di twitternya mengucapkan takziah buat ahli keluarga Tokoh Kewartawanan tersebut.

"Takziah buat ahli keluarga Tokoh Kewartawanan, Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin baru meninggal dunia. Hilang sebutir permata negara. Semoga rohnya ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman. Al Fatihah," ujarnya.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa juga di twitternya sebentar tadi turut mendoakan agar bekas Menteri Penerangan itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

"Al Fatihah.. Buat sahabat saya Tan Sri ZAM yang baru saja kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman," kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Zainuddin yang lebih dikenali dengan nama Zam, dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang. – Media UMNO



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate