Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Disember 2018

Apa hak MCA cadang pembubaran Barisan Nasional? - Zahid | Astro Awani

Apa hak MCA cadang pembubaran Barisan Nasional? - Zahid | Astro Awani

Apa hak MCA cadang pembubaran Barisan Nasional? - Zahid

Apa hak MCA cadang pembubaran Barisan Nasional? - Zahid
Zahid berkata kesemua pihak harus menghormati prinsip asas penubuhan BN, termasuk pendapat empat lagi parti komponen termasuk UMNO dan MIC. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang keputusan untuk bubarkan gabungan parti itu perlu dicapai secara konsensus, bukannya semata-mata cadangan satu komponen sahaja.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata kesemua pihak harus menghormati prinsip asas penubuhan BN, termasuk pendapat empat lagi parti komponen termasuk UMNO dan MIC. "Kerana (BN) ada lima buah parti, jadi saya akan adakan rundingan dan perbincangan dengan empat lagi parti teras.

"Dan tentunya MCA tidak mempunyai hak untuk cadangkan supaya BN dibubarkan. Walaupun ia satu cadangan, mereka harus tahu sebarang keputusan BN akan dibuat secara konsensus atau sebulat suara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menasihati MCA untuk lebih fokus dalam memperkukuhkan kembali parti mereka, apatah lagi Pilihan Raya Umum yang lepas menyaksikan parti kedua terbesar BN itu hanya mampu memenangi satu kerusi parlimen sahaja iaitu Ayer Hitam.

"Itu pun majoriti pengundinya adalah orang Melayu," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-hak-mca-cadang-pembubaran-barisan-nasional-zahid-192639 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate