Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Julai 2019

Kronologi Cuti dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

Kronologi Cuti dan Kembali Presiden Umno Memimpin Parti

Semalam Ahad 30 Jun 2019 di Bagan Datuk Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penamatan cuti beliau selama enam bulan semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri Bagan Datuk di Kompleks Baru UMNO Bagan Datuk, Sg Sumun.

Pengumuman ini telah menggembirakan penyokong beliau dan telah membawa rasa kurang senang musuh beliau samada dalam parti atau luar.

Sama ketika mengumumkan pengunduran atas sebab bercuti bulan Disember yang lalu yang tidak dijangka oleh sesiapa pun, kali ini ia juga mengejutkan ramai pihak termasuk yang rapat dengan beliau.

Ketika ramai berharap Zahid akan berhenti meneruskan tugas menjadi Presiden selepas ditambah pertuduhan di Mahkamah beberapa hari lalu, namun tekaan mereka nampaknya meleset sama sekali kerana Zahid telah mengambil keputusan drastik untuk meneruskan perjuangan tanpa menghiraukan tekanan di Mahkamah atau desakan dari dalam yang digosipkan mahu menyingkirkan beliau dengan cara meminda Perlembagaan parti.

Kebangkitan 'harimau' dari tidurnya ini pasti akan membuka mata ramai pihak yang tidak akan berdiam diri untuk terus menyekat langkahnya membuat kerjasama / Ta'awun politik / Siyasi dengan PAS.

PAS juga telah meluluskan sebulat suara kerjasama ini dalam Muktamar terbaru mereka di Kuantan dan tindakan Zahid adalah tepat pada masanya berikutan perkembangan positif PAS yang sudah bersedia menggerakkan kerjasama ini ke peringkat seterusnya.

Walaupun bercuti namun Zahid masih mengikuti dengan dekat proses ta'awun ini dan terbukti aktif bersama Kelab Pendokong Perpaduan Ummah Ustaz Ahmad Husam dan team Akhirat DI Depan samada ketika PRK atau aktiviti kemasyarakatan.

Ini menunjukkan beliau tidak bercuti sepenuhnya dan sentiasa memberi kenyataan menyokong apa jua langkah diambil UMNO serta turun berkempen untuk BN / UMNO.

Jadi di mana logik dikatakan Zahid melepaskan tanggungjawab untuk berehat dan kembali hanya ketika UMNO sudah berjaya naik di bawah Tok Mat?

Rasional yang kita nampak ialah Zahid sendiri turun berkempen setiap PRK termasuk untuk Tok Mat dan sedikit sebanyak kesannya turut mempengaruhi kemenangan BN di Rantau.

Ramai jangan lupa bahawa bukan Zahid berhenti sendiri melepaskan diri berehat melupakan amanah. INGAT KEMBALI desakan Pemuda UMNO yang mahu beliau bercuti pada 25.10.2018 yang diikuti pengumuman Zahid dua bulan kemudiannya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/10/490353/pemuda-umno-nasihat-ahmad-zahid-bercuti


Bahkan beliau berbuat demikian juga kerana desakan begitu hebat Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti demi menekan beliau agar meletakkan jawatan. Seperti Hamzah Zainuddin yang mengatakan mereka melompat parti kerana tidak percaya dengan Zahid. Akhirnya mereka masih di luar parti walaupun Zahid mengambil keputusan bercuti dan memberi laluan kepada Tok Mat menjadi pemangku Presiden.

Ketika ura-ura Zahid kembali timbul lagi kenyataan liar pada Mei lalu yang mahu menghalangnya seperti Ketua Pemuda Umno Tebrau yang cuba menghalang Zahid menamatkan cuti dengan membuat kenyataan agar beliau terus bercuti, juga satu cara untuk menghalang beliau dari kembali menjalankan amanah yang diberikan ahli parti.

http://m.utusan.com.my/berita/politik/gesaan-ahmad-zahid-terus-bercuti-pandangan-peribadi-1.904599

Sebagai seorang yang dilihat berjiwa agama yang tinggi DS Zahid bukan seorang yang tidak faham agama yang sentiasa menyuruh kita melaksanakan amanah yang diberikan dan menjadi munafik jika tidak menunaikannya.

Maka Zahid semalam telah kembali dengan penuh nekad dan beliau dilihat sudah bersedia dengan cabaran yang akan mula timbul seperti kenyataan KJ yang mahu perkara ini dibincangkan oleh MT walhal perkara ini sudah jelas diterima dengan baik sekali oleh Tok Mat yang berjaya menjalankan amanah memangku jawatan Presiden selama ini.

Kenyataan demi kenyataan samada Perhubungan Negeri atau Wanita dan Pemuda menerima baik kepulangan Zahid kembali wajar menjadi rujukan mereka yang berhasrat mahu menghalang kepulangan beliau sebagai Presiden parti.

Cukuplah mengganggu Zahid dan biarlah beliau mengemudi parti dengan selesa tanpa sebarang gangguan lagi. Wala' (taat setia) perlu diberikan dan fikirkan masalah rakyat jelata yang semakin tertekan. Selain isu agama dan Bahasa yang jelas menjadi semakin terancam di bawah kerajaan PH hari ini.

Selamat bertugas Mr Presiden dan mari kita doakan beliau akan berjaya menyatukan umat Melayu Muslim Malaysia dan menjadi penyatu kepada semua kaum yang hidup bersama kita di bumi bertuah ini.



PPC
Blog Penembak Tepat

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate