Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 November 2019

LAPORAN POLIS BESAR-BESARAN TERHADAP LIM GUAN ENG HARI INI

LAPORAN POLIS BESAR-BESARAN TERHADAP LIM GUAN ENG HARI INI

Teruja membaca kenyataan media Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyatakan PAS menyelar ucapan Lim Guan Eng yang berbaur hasutan di Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar pada 3 November lalu dan yang meminta laporan polis dibuat supaya Lim Guan Eng boleh disiasat. Kenyataan media Datuk Tuan Ibrahim boleh dibaca di sini: 


Teruja juga membaca tulisan Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, dan tulisan Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS, Syed Ahmad Fadhli Syed Mahmad Hadzari, mengenai keberanian Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan mengenai ucapan berbaur hasutan Lim Guan Eng ini di Parlimen semalam. Tulisan Ahmad Fadhli boleh dibaca di sini: 


manakala tulisan Syed Ahmad Fadhli boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10220516665849993&id=1333302954

Mengikut Ahmad Fadhli dan Syed Ahmad Fadhli, Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji, dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai, bangun mempertikaikan ucapan Ahmad Fadhli di mana Wong Hon Wai menuduh Ahmad Fadhli membawa "fake news" (berita palsu) ke dalam Parlimen manakala Sanisvara Nethaji Rayer pula mencabar Ahmad Fadhli mengulangi pendedahan mengenai ucapan Lim Guan Eng ini di luar Parlimen.



Ucapan Lim Guan Eng ini bukanlah "fake news" (berita palsu) kerana ia diambil daripada laman web rasmi DAP sendiri yang boleh diakses di pautan ini: https://dapmalaysia.org/statements/2019/11/03/29186/

Tanya Ahmad Fadhli: "Hairan saya, kenapa ahli-ahli Parlimen DAP sendiri tidak tahu ucapan Setiausaha Agung mereka?"

Tanya Syed Ahmad Fadhli pula: "Pelik bukan? Ahli-Ahli Parlimen DAP sendiri tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu ucapan Lim Guan Eng, pemimpin ulung sanjungan mereka sendiri."

Tidak ada jalan untuk DAP menafikan ucapan Lim Guan Eng ini, dan tindakan Ahli-Ahli Parlimen DAP cuba menafikannya adalah bukti besar bahawa ucapan ini memang tidak dapat dipertahankan.

Sehubungan itu, saya juga teruja bila dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ir. Khairil Nizam Khirudin dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki akan membuat laporan polis besar-besaran terhadap Lim Guan Eng di seluruh negara hari ini, dengan Ahmad Fadhli sendiri akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Barulah nampak lebih serius pemimpin PAS dan UMNO mempertahankan parti mereka.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.



Sumber Telegram Khabar Berita

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate