Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label blog hina Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog hina Islam. Papar semua catatan

11 Disember 2008

Akhirnya kita berjaya tewaskan Blogger Menghina Agama !!!

Setakat ini sudah ada laporan polis dibuat oleh Mahaguru58 terhadap blogger menghina ibadat haji dan Islam bernama Surind di link ini ..




























Beliau telah menyiarkan artikel bertarikh 8 Disember jam 12.21 pm berkenaan isu penghinaan tersebut selepas penemuan oleh team BPN iaitu saudara Fazrul di blog Harimau Menaip...

Maklumat disambung sebarannya oleh Sumandak Bayu selepas itu dan dihantar juga oleh saya ke seluruh team BPN yang ada di dalam YM...

Kelewatan menerima mesej Fazrul dan Sumandak kerana saya mengalami masalah line internet di kampung yang begitu susah dicapai seperti di bandar..

Ekoran pendedahan blogger pembela agama Islam dan juga serangan habis habisan oleh BPN ke blog yang berani menghina agama suci kita. Akhirnya Surind terpaksa menapis komen di blognya :

Surind Raj said...

As of now & today... only constructive comments & those of intelligence will me allowed.

I reserve the right to do so... with this being my blog & me being the moderator of it.

Thank you.

Malangnya selain Surind, ada juga blogger bernama http://pedestrianinfidel.blogspot.com yang turut siarkan artikel mengarut dari Surind itu..

Juga blog yang baru dikenalpasti ini : http://ibloga.blogspot.com/

Jika saudara free masa boleh tarbiyah sedikit di link ini :

AHLI BPN yang ada buat artikel berkenaan isu ini ialah :



Blog lain ada buat pautan tentang perkara ini :



Di bawah gambar oleh Desperado Blogger Pilihan Anda




Mungkin kerana bantahan semakin kuat maka di bawah adalah pengakuan maaf Surind terhadap umat Islam !!!




Inilah matlamat penubuhan BPN kita bagi membanteras blogger seperti ini dengan cara yang elok sehingga Kerajaan dapat menangkis segala komen dan ulasan melanggar undang undang dengan persatuan blogger seperti kita.

Ini kerana Kerajaan sukar mengambil tindakan tegas terhadap blogger kerana ia akan menjejaskan nama negara di pandangan dunia...menjadi alasan mengkritik kita melanggar hak asasi manusia..Sedangkan hak asasi manusia di sisi kita terkawal dengan batas batas tertentu....

Justeru kitalah yang akan menjadi barisan hadapan untuk kini dan masa hadapan bagi menghalang anasir anasir jahat seumpama ini terus berlaku atau berleluasa lagi...dan kejayaan kita memaksa Surind meminta maaf dan menutup blognya adalah kejayaan blogger yang cintakan agama dan negaranya.

Moga Allah mengganjari usaha kita ini dengan memberi berkat dan rahmat dalam hidup kita semua.. Amin.

Cari Blog Ini

Translate