Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Disember 2008

Update : Syabas kepada semua kerana berjaya hapuskan penghina agama dan Nabi kita !!!


Berita mengenai laman menghina Nabi Muhammad s.a.w. telah disiarkan oleh TV3 semalam bertarikh 26 Disember 2008 jam 8.15 malam dan hari ini Utusan Malaysia (gambar) telah menyiarkannya juga di bahagian hadapan tentang perkara yang sama.


Ia adalah hasil kesungguhan dan kesepaduan ahli ahli BPN semua yang menjalankan kerja bersama sama menuju arah yang sama dengan suara yang sama sehingga hasilnya juga sangat lumayan dan boleh dibanggakan oleh semua ahli ahli BPN yang menyokong dari jauh usaha ini.

Kisah awal ialah makluman yang diberikan oleh Azizahns ketika pulang solat Jumaat ( serta beberapa blogger lain ) dan saya mengambil serius makluman tersebut lalu mengadakan conference tergempar. Hasilnya hampir 10 orang ahli kita bersidang ( yang lain offline ) termasuk wakil dari Mesir iaitu Azzuhrie.

Keputusannya jam 5 petang semalam kita semua telah menghantar serentak email kepada agensi berita Malaysia termasuk media eletronik seperti TV3 tanpa menjangka ia akan menjadi antara paparan utama Buletin malamnya. 


 
Namun saya sempat mengikuti siaran berita tersebut dan saya sangat teruja kerana kita berhasil mengangkat suara kita dan hari ini Utusan sudah turut serta membantu kita memerangi musuh agama ini dengan menyiarkannya di ruang utama akhbar mereka.

Jika mahu melihat berita tersebut boleh klik di link ini  http://www.tv3.com.my/ minit 01 bahagian kedua dan luangkan masa sekejap mendaftar nama anda di laman sana ..

Begitu juga blog yang bedebah walau bernama seperti muslimah iaitu http://adibahahmad.blogspot.com/telah dibersihkan dari segala provokasi provokasi menghina Nabi Muhammad s.a.w...

Mungkin telah cuak seperti komen apaingelai ( Blogger RajahMas ) yang pertama mengesan berita di Utusan tersebut pagi ini sebelum menghantar mesej menerusi YM kepada hp saya...

Namun pagi ini dipercayai pengacau dari blog adibahahmad telah datang dan di bawah imej yang saya sempat rakamkan...Dipercayai perempuan dan melayu berdasarkan corak komen beliau tentang perkahwinan Nabi dengan anak Saidina Abu Bakar umur 8 tahun.  


Lihat gambar blog beliau yang sudah kosong  di sini tanda akur dengan desakan kita agar beliau menghentikan penghinaannya terhadap agama...komen di Chatroll tidak lain tidak bukan kerana rasa sangat marah barangkali dengan tindakan kita semua...

Sokongan anda kepada BPN sangat bererti kerana ia bermakna setiap tindakan kita memerangi blogger menghina agama bangsa dan negara juga disokong dan kejayaan yang diperolehi juga berhak dirasai oleh semua yang memberi sokongan padu sejak awal penubuhan BPN pada 20 November yang lalu...

Kerana jika tiada sokongan tentu BPN tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan seperti sekarang ini. 

Insya Allah kita akan sentiasa memantau blog blog dan memerangi sesiapa sahaja yang kurang ajar dan berniat tidak baik bagi merosakkan maruah agama bangsa dan negara kita.

Salam perjuangan BPN demi satu suara arah dan akidah !!!!

 

20 ulasan:

sumandak bayu berkata...

salam pang5,

dia baru tau buku dengan luas... kalo tak cukup lagi man akan bagi dia ilmu laut china selatan... nak perfikiran moden pun jan lah sampai hina agama sandiri... tidak ada otak punya manusia... hati dia dibuat dari batu kot...

ape pun ahli BPN akan sentiasa peka memerangi kejahilan manusia yang sanggup menghina agama, bangsa dan negara sendiri

Salam Perjuangan

Man

Tai berkata...

nanti saya nak tulis artikal tentang topik ni dan saya akan CC kat tv3.

Ibnurashidi berkata...

salam akhie..

tahniah saya ucapkan!!syabas!

AbgTuah berkata...

Salam Pang5,

Alhamdulilah akhirnya sentuhan BPN telah berhasil. Ya tahniah semua.

rezqeen hill berkata...

tahniah kpd ahli² BPN !!

perjuangan kita masih belom berakhir..

UMNO PARTI PENJARA berkata...

selawat untuk Nabi :-)

















(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

USD berkata...

Salam,
Alhamdulilah...

LEKIR berkata...

Assalamualaikum Panglima,

Bagus Panglima

Moga Allah memberi ganjaran syurga kepada Panglima dan rakan-rakan sekalian

Taminsari berkata...

Salam Panglima..

Alhamdulillah "suara kecil" masih di dengari. Teruskan perjuangan.
InsyaAllah.

Salam Perjuangan
Taminsari

Sangtawal Sakranta berkata...

salam panglima..

tahniah!!!bila yang haq tegak berdiri yang bathil hancur lebur!!!

teruskan...maaf p5,sibuk sikit sehari dua ni...namun perkembangan BPN tetap diikuti dan BPN tetap bersemi dihati!

saya masih menunggu respon surind dan pengikut surind di blog saya,tapi hampeh...bukannya berani sangat berhujah!

kalu dia bersuara ada lagi surat terbuka ke-2 yang lebih pedih dari surat 1 .

azreen berkata...

alhamdulillah..

tidak mengapa identiti si biadap masih belum diketahui..dan yang pastinya azab allah yang menanti samada azab di dunia atau di akhirat kelak..

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dgn blog ni. saya dpt melalui blog surind..

http://sjsandteam.wordpress.com/

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dgn blog ni. saya dpt melalui blog surind..

http://sjsandteam.wordpress.com/

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dgn blog ni. saya dpt melalui blog surind..

http://sjsandteam.wordpress.com/

Taminsari berkata...

Salam perjuangan..

Wanita laman blog hina Nabi jumpa Shabery
27/12/2008 5:44pm

KEMAMAN 27 Dis. — Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

“Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman di sini hari ini.

“Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

“Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,” katanya. - Bernama

Agak pelik juga mengapa Menteri tak lapurkan pada Kementerian dalam Negeri dan polis jika perkara ini berlaku dua minggu lepas..apakah tujuan Datuk Sabery Chik berdiam diri?

Salam perjuangan..

Taminsari berkata...

Salam Pang5..

Saturday, December 27, 2008

Polis siasat blog didakwa hina Nabi Muhammad

Polis akan menyiasat perbuatan menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog seperti yang didakwa dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung, khususnya umat Islam dan orang Melayu serta mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa.

Ketika dihubungi Bernama, Ismail berkata, dari sudut perundangan, ia dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan polis akan segera menyiasat pemilik serta penulis blog berkenaan.

Dalam laporannya hari ini, akhbar berkenaan mendakwa terdapat sebuah laman blog, yang kononya milik seorang wanita Melayu, yang dikesan melemparkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W dan menggunakan gambar dan lukisan.

Laporan itu juga memberitahu selain penuh dengan tohmahan, artikel tersebut turut disertakan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan memburuk-burukkan Nabi Muhammad S.A.W.

Jumpa menteri

Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.

"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.

"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.

"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.

Ahmad Shabery berkata wanita yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat pemotoran besar di Lembah Klang sendiri mengakui beliau keliru dengan motif pihak tidak bertanggungjawab itu selain tertanya-tanya kenapa identitinya dijadikan mangsa.

"Dia mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah pun membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Sehubungan itu, menteri berkenaan meminta pihak terbabit menyiasat segera laman blog berkenaan untuk membersihkan nama wanita terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bagaimanapun beliau difahamkan laman blog terbabit mempunyai pelayar yang berpangkalan di luar negara dan menyukarkan Suruhanjaya Multimedia untuk mengesan pihak terbabit.

Katanya, beliau yakin laman blog itu sengaja diadakan-adakan oleh pihak yang mempunyai niat buruk terhadap wanita berkenaan serta majikannya.

Beliau berkata wanita itu kini berada dalam keadaan tekanan mental dan fizikal ekoran kejadian tersebut.

Ahmad Shabery yakin wanita tersebut tidak bersalah kerana jika benar beliau mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam, tidak mungkin masa yang sama laman blog terbabit turut mempunyai ucapan berbaur penghinaan terhadap agama lain.

-malaysiakini

Taminsari berkata...

Tahniah Para Blogger's Misi Berjaya..! - malaysiakini

Diambil dari blogger Perisik Rakyat.

Hari ni aku malas nak taip panjang-panjang pasal blog Adibah, jadi aku ciplak je salah 1 entri yang aku rasa baguih untuk kita kongsi.

Komen aku dekat bawah skali. yng ni aku ciplak dari blog justkhai.

Mula-mula Khai tak nak tulis pasal entri ni sebab macam menyebarkan benda yang tak baik la pulak. Tapi tadi dalam TV3 pun dah keluar pasal isu ni, so takpelah mari kita berkongsi bersama.

Adibah Noor adalah nama besar yang kita kenal dalam industri muzik tanah air, tapi siapa pula Adibah Ahmad? Adibah Ahmad bukanlah seorang artis mahupun selebriti, tetapi kini populariti Adibah Ahmad boleh dikatakan sama dengan populariti seorang artis. Mengapa?

Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad ni? Khai akan mengulas mengikut apa yang Khai tahu dan rasakan melalui sedikit siasatan secara terperinci..

Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Begitu berani. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Dari apa yang Khai siasat, Adibah Ahmad (gambar) memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya dan dengan berani Khai putuskan di sini, blog tersebut ditulis oleh orang cina. Diulangi, berbangsa cina. Kalau kita lihat betul-betul cara penulisan dia pun, pelat-pelat melayu bangang masih ada.

Apa yang menguatkan penyiasatan Khai ni? Ok.. kalau korang masuk blog Adibah Ahmad tu, dia siap kasitahu lagi siapa nak berkenalan boleh hubungi dia di talian 03-5566 3800.. Well, nombor tu dah pun disahkan milik syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

Ok, mari kita lihat satu profile Friendster ni. Sebelum itu, biar Khai jelaskan apa yang ada di page Friendster yang akan korang lihat ni nanti. Azahar Mohd (tuan page) menulis company dia bekerja sebagai Auto Bavaria Malaysia, BMW. Nyatanya nombor telefon yang diletakkan di blog tersebut adalah milik Auto Bavaria Malaysia, BMW. Selain tu, owner friendster tu jugak ada upload gambar dengan title “Cina Babi”. Dan lihat di “Who i want to meet”, tertulis nama Adibah Ahmad di situ sebagai secretary kepada Azahar Mohd. Di bawah adalah profile Friendster Azahar Mohd yang telah di save dalam bentuk gambar. Mana tahu kalau dia close akaun Friendster dia kerana kes ni nanti.


* klik gambar untuk paparan yang sedang-sedang saja…


Gambar kat atas ni, dah pun Khai highlight’kan mana part yang perlu korang ambil perhatian. Nyatanya di sini, ada pertelingkahan antara Adibah Ahmad, Azahar Mohd dan juga yang menyamar di sebalik blog Adibah Ahmad, seorang lelaki/wanita berbangsa cina.

Wahai pihak Polis Diraja Malaysia yang cepat, mesra dan betul, nyatanya di sini, apa yang perlu korang buat hanya pergi ke Auto Bavaria yang beralamat di..

No 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie,Shah Alam, Selangor
… dan cari lelaki bernama Azahar Mohd. Kemudian tanya dengan cina mana yang tak puas hati dengan dia? Selesai kes!

Kesimpulannya di sini, Adibah Ahmad dan Azahar Mohd telah dianiaya oleh seorang manusia berbangsa cina. Sama-samalah kita berdoa agar agama Islam tidak diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagaimana kita yang beragama Islam menghormati agama lain di Malaysia, seharusnya mereka yang bukan beragama islam harus juga menghormati apa yang telah ada di Malaysia sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Sesuatu yang tidak adak di negara lain.. Wallahualam..

Ini pula Myspace Adibah Ahmad yang turut di’create oleh cina tersebut. Terang lagi bersuluh yang page itu wujud kerana sifat dengki dan mencemarkah maruah gadis bernama Adibah Ahmad.

URL: http://adibahahmad.blogspot.com/

* If blog tu dah tak wujud lagi dan korang tak sempat nengok, Khai dah siapkan backup dalam bentuk jpeg. Boleh klik sini kalau nak nengok.

** Thanks to Hafreze atas link Myspace & Friendster Adibah Ahmad.

TP® - Semasa entri ini diciplak, blog Adibah telah selamat dihilangkan dari tapak blogger.com. terima kasih para bloggers yang telah bersama-sama menjayakan kempen "flag this blog" dan hasilnya dalam masa tak sampai 24 jam, usaha kita telah berjaya - blogger's... ur rock...!!!

Taminsari berkata...

Abe MIE dihentam dalam blog :

PERISIK RAKYAT@

//perisik-rakyat.com

Pagi ni aku menerawang dalam blog-blog (maksud aku SEMUA BLOG tak kira pro mana). aku tersinggah ke blog abe MIE terjah lepas tu terbaca (sebenarnya bukan terbaca) post bertajuk KAPTEN AZHAR MASUK PKR? (ketika entri ini ditaip, abe MIE telah menukar tajuk entri kepada KAPTEN AZHAR 'masuk' Islam? (ah lantaklah, entri dia, sukati dia la nak letak tajuk apa pun...)

Macam ada sikit gila la entri tu... aku agak abe MIE dalam keadaan kurang stabil masa entri tu ditaip, aku rasa masa mula-mula nak publish dengan tajuk memula tu, tangan abe MIE terketar-ketar sebab bengang... kah kah kah kah kah...

Agak aku la... masa memula publish tu tengah lorat jadi main bantai je tajuk, dapat pulak maklumat salah... masuk PKR, tau-tau masuk PAS... cepat-cepat balik perbetul statement sambil-sambil tu tangan ngan kepala lutut terketar-ketar mungkin tak dapat terima kenyataan UMNO PJS lumpuh dan aku jugak paham keadaan abe MIE masa tu sebab bukan UMNO PJS je masuk PAS, malah bangunan UMNO PJS pun masuk PAS jugak... kah kah kah kah kah...

Sabar abe MIE...

Aku rasa abe MIE ada peluang cerah dekat PJS. UMNO sana dah bubar, cawangan semua dah tutup, bahagian pun dah KO... apa kata abe MIE pulak jadi penaja UMNO baru PJS? banyak cawangan baru nak kene bukak tu... maaasyuuuuuukkk...!!! untung-untung raya tahun depan boleh pakai Mekedis Kompreser abe MIE..!

Kah kah kah kah kah...

OK... pegi dekat point asal aku... dalam entri tu agak banyak jugak "pendedahan" yang abe MIE buat berdasarkan "pengalaman"nya ("Pengalaman" ke "Pangang"laman?) jadi aku nak komen pasal pendedahan yang abe MIE buat tu lah...

Sebelum tu aku ingatkan korang kata-kata abe MIE - Abe MIE kenali Kapten Azhar sejak tahun 1998 ketika tinggal di Taman Medan, Selangor. Pada masa itu, berlaku krisis pertumpahan darah antara orang Melayu dengan India yang dipanggil Pergaduhan Taman Medan.

1 - Kapten Azhar sebenarnya sudah lama mengamalkan rasuah. Kapten Azharlah menyebabkan UMNO dibenci.

Alamak abe MIE... ikut pengalaman abe MIE, kenapa baru sekarang abe MIE nak dedah? ke abe MIE dah dedah tapi lembaga disiplin UMNO buat tak tau je?
Besar jugak pengaruh Kapten ye? rupanya UMNO dibenci sebab Kapten?? ish ish ish ish ish... ni penyakit orang-orang UMNO... kalau bagus "sebab" saya, kalau tak bagus "sebab orang" kah kah kah kah kah... jumud..!
2 - Beliau pernah menghalau orang yang meminta supaya diberi rumah kos rendah atas alasan bukan penyokongnya.

Kah kah kah kah kah... abe MIE kene bongkar yang ni habis-habisan... kalau tak, UMNO dan abe MIE yang malu sebab dah lama tau benda ni, tapi sorok... amik lagi kenyataan abe MIE "Masa itu abe MIE kerja sebagai wartawan. Beliau menjadikan kedudukannya melantik kronis dalam keluarganya sebagai 'sub-sub kontrak' untuk pembangunan jalan, bangunan, tanah-tanah, kerja pembaikian dan sebagainya di Taman Medan serta Petaling Jaya. maknanya abe MIE dah terang-terang mengaku abe MIE ada bukti melalui kenyataan abe MIE tu... abe MIE kene bawak ke pengetahuan lembaga disiplin UMNO dan jugak SBPRM, kalau tak abe MIE boleh didakwa sebab "bersubahat". kah kah kah kah kah...
Kalau tak mau report, abe MIE kene pi cium "pungkoq" Pak Lah... baru selamat... amacam?

3 - Beliau seorang diktator dan dibenci oleh semua orang dan rakyat serta masyarakat PJS terutamanya Taman Medan.

Kah kah kah kah kah... yang ni abe MIE tak payah cerita la abe MIE... satu Malaysia dah tau... sape-sape pun kalau keluar dari UMNO lepas tu masuk parti pembangkang, gerenti orang tu jahat punya kan abe MIE kan?
Kalau Mahadet masuk salah 1 komponen Pakatan Rakyat, aku tak tau la macam mane Mahadet kene maki... kah kah kah kah kah...
4 - Kesemua anaknya memiliki rumah bernilai ratus ribu ringgit walaupun masih bersekolah di peringkat SPM.

Abe MIE... pi la report SBPRM... kami nak tengok Kapten jadik orang yang pertama first kene balun dek SBPRM ni... abe MIE pun boley jadik hero kan kan kan???
5 - Beliau juga mengaut kekayaan dan agihan wang UMNO terutamanya disalurkan kepada cawangan dan memasukkan wang itu ke dalam akaunnya sendiri.

Biase la tu abe MIE... lepas ni abe MIE boleh ambik alih tugas tu dari Kapten... masyuuuuuuuuukkk...!!! kapten lak dah dok dalam PAS, kalau buat benda tak senonoh macam ni alamat, kene humban laaa...!!!
6 - Beliau pernah menerbitkan poster mengenai jenayah Anwar Ibrahim dan hubungan Anwar yang begitu akhrab dengan yahudi pada pilihanraya yang lepas.

Laaa... abe MIE baru tau ke? kami dalam Pakatan Rakyat tau lama dah hal-hal macam ni... mana ada pemimpin UMNO yang tak pernah bikin kerja-kerja macam ni abe MIE bak mai habaq dekat aku, aku nak pi lapor dekat Guinness Book Malaysia Record sebagai ahli UMNO paling "bersih" kah kah kah kah kah...
Abe MIE tak tau ke selama ni benda ni berlaku? kah kah kah kah kah... jumud...!!!
7 - Kapten seorang penipu apabila memberitahu kepada pengundi Taman Medan, sekiranya memberi undi, semua orang disuruh mengambil wang saguhati sebanyak RM30-300 seorang mengikut perjalanan dan tempat tinggal. Namun selepas membuang undi, kita semua ditipu!!!

"Kita semua ditipu!!!"??? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.........!!!!!!!!!

Aku ingat abe MIE ni orangnya cerdik... rupanya "kurang" jugak... kah kah kah kah kah kah..."kita semua ditipu!!!"??? kah kah kah kah kah kah kah... kesiaaaaaannnnnn......
Aku ingat abe MIE mengundi sebab "ikhlas"... rupanya sebab RM30-300... kah kah kah kah kah kah kah kah kah... mata duitan jugak mu ni abe MIE... Khak Ptuih...!!!®
Dah la... yang lain-lain kau orang baca la dekat blog abe MIE dekat [sini]... kang aku letak berat-berat kang bercucuran lak airmata abe MIE tu... dah la dekat kawasan abe MIE dah tak de orang harapan nak diharapkan...

Kah kah kah kah kah... lepas ni abe MIE nak pow sape pulak ye? "bank" dah pakai lambang "Bulan Purnama"... "Rumah no 2 pun dah cat Hijau...

Apa lagi abe MIE??? Kapten nak berkampung dekat P-036 start 5hb.Januari sampai 17hb.Januari ni... abe MIE poie la berkampung dekat sana jugak..! kan abe MIE ada banyak "rahsia" kapten... poie la kau serang dia habis-habisan..!

Kah kah kah kah kah kah kah kah...

Berani ke? Khak Ptuih...!!!®
Posted by Topengperak_Xinwugi® at 7:44 AM

Tanpa Nama berkata...

syabas panglima kerana berjaya menangkis satu lagi fitnah besar ke atas junjungan kita nabi muhammad s.a.w.
kepada ahli BPN, teruskan usaha dan setinggi2 penghargaan kerana berjaya respons dengan begitu pantas dan bertindak...
rapatkan barisan dan trus berjuang..

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih atas komen sahabat2 BPN semua..

Kita telah berusaha dan kita telah dikurniakan kejayaan.

Moga ia akan 'menundukkan' lagi hati hati kita dari rasa takbur riyak dan juga menundukkan musuh musuh ALLAH dari terus bermaharajalela di alam siber ini.

Salam Perjuangan..


Selamat menyambut awal Muharam!!

Cari Blog Ini

Translate