Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Februari 2009

Catatan Petang : Sah ! Anwar tidak kisah moral Elizabeth Wong - Malaysiakini

Catatan berita dari Berita Harian jam 15.48 pm tadi :


Anwar tolak peletakan jawatan Elizabeth


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak peletakan jawatan Elizabeth Wong sebagai Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan. 

Beliau sebaiknya meminta Elizabeth yang dikaitkan pengedaran gambar bogelnya dalam internet supaya berehat dan memikirkan semula hasratnya itu.



Di Malaysiakini pula Anwar dikatakan meminta Eli cuti tanpa disebut tempohnya walau didesak berulang kali menyatakannya.. 


MCA dalam hal ini nampaknya bersimpati dengan Eli dan tidak pula mendesak Eli meletak jawatan walhal ia isu moral yang perlu diselesaikan dengan meletak semua jawatan yang disandang seperti mana kenyataan Tan Sri Muhammad Taib di Berita Harian sebentar tadi.


Manakala PAS lebih suka menuduh BN mengamalkan politik mafia seperti komen Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar :

"BN terlalu lemah sekarang dan tidak ada faktor penarik. Oleh itu diwujudkan faktor sebegitu dengan melakukan serangan peribadi (terhadap Elizabeth)."


Dalam kecoh kecoh ni kita jangan cepat lupa titah Sultan Selangor beberapa hari lepas :

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di Klang.


Juga titah Yang Di-pertuan Agung  Sultan Mizan semalam juga harus diingat ingat selalu agar rakyat tidak terpedaya dengan permainan 'politik' pembangkang ini. 


Antara isi titah baginda  :



YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima teks ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada istiadat pembukaan penggal kedua Persidangan Parlimen Ke-12 di Bangunan Parlimen, semalam.



Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara. Prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. 

Baginda juga mahu semua pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. 

"Beta memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu, termasuk melalui blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. 

"Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah Seri Paduka sambil meminta rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. 



Melihat situasi terkini ternyata PR semakin genting kedudukan mereka dan pandangan umum sudah jauh berubah tentang hala tuju PR yang semakin nampak ditunjangi oleh bangsa lain yang tidak banyak memberi pembelaan kepada bangsa Melayu.


Tidak juga kepada janji janji membela mereka yang dijanjikan dalam manifesto PRU 12 yang lalu yang hingga kini masih samar samar dan tidak ada langsung ke arah mengotakannya.


Seperti mana janji mereka di Selangor antaranya ;

  1. Cuti bersalin 90 hari, 
  2. Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
  3. Bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak
  4. Bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan
  5. Memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.


Cuba lihat bagaimana respon Presiden PAS sekarang dan juga Lim Kit Siang dan anda akan dapat baca ada sesuatu cuba dipendam dan disembunyi umum agar nama dan maruah mereka tidak akan jatuh bak nangka busuk selepas sekian lama cuba bertahan di atas pokok bernama Pakatan Rakyat...


Sekarang Raja Raja kita sudah pun bertitah dan tentu kita akan melihat reaksi marah dan meluat yang lebih besar kepada PR yang jelas cuba melawan titah Sultan dengan menyokong Nizar Jamaludin dan juga mengarahkannya mengingkari titah meletak jawatan dengan sembah derhakanya yang pertama kali dibuat MB di negara kita.


Akhirnya mereka akan gagal satu demi satu samada di PRK atau PRU kerana gelagat mereka yang menggelikan dan meloyakan itu turut dikritik Sultan Sultan kita yang jelas tidak berpihak ke arah mana mana mazhab politik samada kerajaan atau pembangkang..Bahkan Mufti turut bersuara demi memastikan maslahah umum                   ( kepentingan umum ) rakyat Malaysia akan terjaga dan terpelihara....


DAULAT TUANKU !!!


Salam perjuangan dan hidup Blogger Pembela Negara !!!!!

1 ulasan:

Tai berkata...

haha, tembelang PKR kat Bukit Selambau dah pecah.

Arumugum letak jawatan bukan kerana tawaran wang oleh BN. Itu kata orang PKR kat sana.

Cari Blog Ini

Translate