Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label elizabeth wong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label elizabeth wong. Papar semua catatan

22 Februari 2009

Edisi Petang : Universiti John Hopkins, USA ramal PAS akan menang - Malaysiakini

AMARAN PANGLIMA:

ARTIKEL INI BERBAHAYA BAGI WANITA FANATIK ANWAR IBRAHIM, FANATIK PAS, FANATIK AMERIKA SYARIKAT DAN JUGA BAGI PEMUDA PEMUDI YANG TELAH TERPEDAYA KERANA KESIAN KEPADA ANWAR IBRAHIM HASIL 'LAKONAN HEBATNYA SELAMA INI...







Artikel ni saya nak tulis ringkas dan sepadat yang mungkin. Berkenaan ramalan dari USA tentang nasib PAS Pilihanraya kecil akan datang tidak lama lagi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Ia menarik kerana melibatkan Amerika Syarikat dan tentang parti Islam seMalaysia yang menjadi sekutu rapat Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat..

Lagi menarik kerana Siasah beriya iya menyiarkan komen bukan orang Malaysia tersebut yang pasti sedikit sebanyak ada 'agenda' yang tersembunyi.

Siasah ( klik sini ) siar berita bahawa Bridget Welsh membuat ramalan :

Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Yang ingin saya tekankan ialah Universiti John Hopkins yang mungkin belum diketahui latar belakangnya dan juga kaitannya dengan Anwar Ibrahim. Kerana kita kena selalu sedar dan ingat kenapa bersungguh benar seorang professor dari USA memberi komen tentang peluang PAS dalam dua PRK yang bagi ramai pihak berpandangan ia sangat penting bagi melihat 'saham' Pakatan Rakyat selepas diasak ke dinding isu gambar bogel Elizabeth Wong dan juga Khalid Ibrahim.

Sebelum itu saya ingin membawakan sedikit catatan dari Malaysiakini :



Memandangkan saya sudah katakan ingin membuat artikel pendek dan ringkas maka saya sudahi artikel ini dengan beberapa rujukan penting untuk anda baca dan kaji sendiri serta nyatakan analisa anda di dalam ruang komen tanpa 'pemeriksaan polis' di bawah ini.

Salam dan jangan lupa sebar sebarkan info yang anda ketahui ini untuk agama, bangsa dan negara kita...







Jika mahu lagi jangan malas malas taip di google atau yahoo search perkataan :

 anwar ibrahim + John Hopkins + AIDC 

untuk lebih terperinci tentang isu ini...



17 Februari 2009

Catatan Petang : Sah ! Anwar tidak kisah moral Elizabeth Wong - Malaysiakini

Catatan berita dari Berita Harian jam 15.48 pm tadi :


Anwar tolak peletakan jawatan Elizabeth


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak peletakan jawatan Elizabeth Wong sebagai Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan. 

Beliau sebaiknya meminta Elizabeth yang dikaitkan pengedaran gambar bogelnya dalam internet supaya berehat dan memikirkan semula hasratnya itu.



Di Malaysiakini pula Anwar dikatakan meminta Eli cuti tanpa disebut tempohnya walau didesak berulang kali menyatakannya.. 


MCA dalam hal ini nampaknya bersimpati dengan Eli dan tidak pula mendesak Eli meletak jawatan walhal ia isu moral yang perlu diselesaikan dengan meletak semua jawatan yang disandang seperti mana kenyataan Tan Sri Muhammad Taib di Berita Harian sebentar tadi.


Manakala PAS lebih suka menuduh BN mengamalkan politik mafia seperti komen Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar :

"BN terlalu lemah sekarang dan tidak ada faktor penarik. Oleh itu diwujudkan faktor sebegitu dengan melakukan serangan peribadi (terhadap Elizabeth)."


Dalam kecoh kecoh ni kita jangan cepat lupa titah Sultan Selangor beberapa hari lepas :

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di Klang.


Juga titah Yang Di-pertuan Agung  Sultan Mizan semalam juga harus diingat ingat selalu agar rakyat tidak terpedaya dengan permainan 'politik' pembangkang ini. 


Antara isi titah baginda  :



YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima teks ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada istiadat pembukaan penggal kedua Persidangan Parlimen Ke-12 di Bangunan Parlimen, semalam.



Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara. Prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. 

Baginda juga mahu semua pengamal media termasuk penulis blog supaya lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. 

"Beta memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tertentu, termasuk melalui blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat. 

"Sesungguhnya, kita harus belajar dari sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca dari fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat," titah Seri Paduka sambil meminta rakyat berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar. 



Melihat situasi terkini ternyata PR semakin genting kedudukan mereka dan pandangan umum sudah jauh berubah tentang hala tuju PR yang semakin nampak ditunjangi oleh bangsa lain yang tidak banyak memberi pembelaan kepada bangsa Melayu.


Tidak juga kepada janji janji membela mereka yang dijanjikan dalam manifesto PRU 12 yang lalu yang hingga kini masih samar samar dan tidak ada langsung ke arah mengotakannya.


Seperti mana janji mereka di Selangor antaranya ;

  1. Cuti bersalin 90 hari, 
  2. Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
  3. Bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak
  4. Bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan
  5. Memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.


Cuba lihat bagaimana respon Presiden PAS sekarang dan juga Lim Kit Siang dan anda akan dapat baca ada sesuatu cuba dipendam dan disembunyi umum agar nama dan maruah mereka tidak akan jatuh bak nangka busuk selepas sekian lama cuba bertahan di atas pokok bernama Pakatan Rakyat...


Sekarang Raja Raja kita sudah pun bertitah dan tentu kita akan melihat reaksi marah dan meluat yang lebih besar kepada PR yang jelas cuba melawan titah Sultan dengan menyokong Nizar Jamaludin dan juga mengarahkannya mengingkari titah meletak jawatan dengan sembah derhakanya yang pertama kali dibuat MB di negara kita.


Akhirnya mereka akan gagal satu demi satu samada di PRK atau PRU kerana gelagat mereka yang menggelikan dan meloyakan itu turut dikritik Sultan Sultan kita yang jelas tidak berpihak ke arah mana mana mazhab politik samada kerajaan atau pembangkang..Bahkan Mufti turut bersuara demi memastikan maslahah umum                   ( kepentingan umum ) rakyat Malaysia akan terjaga dan terpelihara....


DAULAT TUANKU !!!


Salam perjuangan dan hidup Blogger Pembela Negara !!!!!

Catatan Pagi : Akhirnya Gambar Elizabeth Wong sudah ditemui - Malaysiakini

MSO Tinta Merah

“Pada 6 Februari lepas saya sudah mendengar cerita mengenai Elizabeth ini dari seorang bekas seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris. Apa yang saya dengar hari itu bukan setakat itu saja, tetapi lebih dari itu itu. Dia disebut mempunyai skandal! Bila saya ajukan kepada seorang rakan media lain mengenai Elizabeth itu, kata kaswan itu ia tidak ada masalah, sebab kehidupan begitu sudah biasa bagi Elizabeth! Saya tidak faham kenapa teman media itu berkata begitu dan apakah juga maksud kata-katanya itu.”


Penarik Beca:

 “Saya dah dengar macam-macam cerita tentang Elizabeth Wong. Tak payahlah cakap apa-apa. Tinggal lagi, saya dah lama rimas. Saya bersimpati apabila cerita kehidupan peribadinya sudah lama dijaja orang. Saya lebih bersimpati apabila gambar bogelnya disebarkan pula. Tetapi, Eli tak boleh menyalahkan orang lain. Bak kata orang, berani buat, berani tanggung.”

( petikan dari blog Jedyoong )



( tambahan tulisan MSO di atas  : Dalam soal ini bukan soal kerusi atau kedudukan tetapi yang lebih penting ialah menjaga intergriti PKR dan juga kerajaan Pakatan Rakyat. Pengakuan Elizabeth dia adalah mangsa politik tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan begitu saja isu ini. Seorang wakil rakyat harus menjaga keperibadian dan intergriti dirinya. Kalau dia sudah tercemar maka elok berundur dan kosongkan kerusi. Bukan saja Elizabeth tetapi mana-mana Adun lain juga. )



Ada rasa sedih, Elizabeth Wong dibabitkan dalam skandal gambar bogel. Katanya dia seorang ahli DUN yang dihormati, aktivis yang giat, dan Exco sebuah negeri yang paling termaju.

Pasti ada marah kenapa sesuatu yang peribadi di dedahkan dan membawa aib. Kenapa masa bekas-bekas MB, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, bekas Menteri, dan lain-lain, mereka tak kata bersimpati la?

( petikan dari blog Antics of Husin Lempoyang )




Dan sekarang Elizabeth Wong pula kat Selangor dan dia pun Exco dari PKR juga. Yang best masa kecoh kes Chua Soi Lek dulu, dia bukan main lagi duk menghentam. Tulah, kan dah terkena batang hidung sendiri. Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!

( petikan dari blog mesintaipburuk )





Pendapat Panglima :


Selepas berusaha mencari gambar tersebut akhirnya Che Moq berjaya menemuinya. Memandangkan ramai berminat nak tengok saya letak di sini satu pic yang tidak 'memberahikan' dan harap harapnya ia tidak menjejaskan iman.



Cuma, saya tercari cari adakah Karpal, RPK dan terbaru Elizabeth Wong team penyelamat Anwar yang sudah diasak bertubi tubi dan sudah begitu teruk jatuh maruahnya selepas gagal menunjukkan taat setia tidak berbelah bagi kepada titah Raja Melayu kita  ?  



Adakah skrip sudah disusun dan Anwar sebagai penerbit sedang mundar mandir risau PRK di dua bukit tidak lama lagi akan 'menimbusnya' ?????



Semua sudah tahu taktik memburukkan BN oleh Anwar dengan seribu satu macam hikayat lagenda dan ia diulang semula menerusi isu gambar ini demi menarik simpati rakyat yang mudah kesian dan simpati.



Barangkali selepas ini ada lagi yang sanggup 'berbogel' untuk selamatkan Anwar ? Wallahu A'lam..

.

Cuma dalam masa yang sama adakah kita akan jatuh lubang yang sama untuk 'kali kedua' ?????



Gambar tersebut ada di bawah yang disalin dari blog ni


[ELI4.jpg]


Analisis lain ? sila tinggalkan di ruang komen bawah ini...


lagi menarik blog Anwar siar tajuk entri terbarunya :  Eli, jangan letak jawatan!

dan juga khabar bahawa Eli akan letak jawatan sudah ada di blog taiping mali ini



Cari Blog Ini

Translate