Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Jun 2009

Edisi Ahad : Kenapa Lee Kuan Yuew berada di Malaysia selama 8 hari ?

[PAP2.jpg]

Senario pertama :

Isu mendesak kepulangan bekas ketua PKM ( Parti Komunis Malaya )  Chin Peng telah dicetus oleh parti GERAKAN  dan mengundang polemik nasional..


Senario kedua :

Lawatan Datuk Najib ke China dikira sangat berjaya dan mungkin ia mengundang rasa tidak senang dari jiran kita iaitu Singapura ?


Senario ketiga :

Lawatan Lee Kuan Yuew selaku Menteri Kanan Singapura ke Malaysia selama 8 hari dan agenda beliau adalah berjumpa pemimpin BN termasuklah pemimpin yang ditadbir oleh pembangkang seperti Lim Guan Eng dan Nik Aziz.





Andaian  : 

1- Apakah tindakah LKY datang ke negara kita selepas risau melihat kejayaan lawatan Datuk Najib ke China ? 

2- Atau ia agenda untuk memasukkan Singapura ke dalam Malaysia kembali seperti pendedahan blog PI5SAU ini ? 

3- Juga kerana bagi menekan DS Najib agar melaksanakan 1Malaysia seperti Malaysian Malaysia yang PAP lakukan dan perjuangkan sebelum ini ? Walhal DS Najib sudah menegaskan konsep 1Malaysia tidak bercanggah samada tersirat atau tersurat dengan perlembagaan negara kita ?

4- Adakah reaksi Anwar mendesak Chin Peng pulang ke Malaysia susulan lawatan LKY ke Malaysia ? Ini kerana ada desas desus mengatakan bahawa Singapura membiayai PKR dalam pilihanraya 

5- Kenapakah LKY bertemu isteri DS Najib ? Adakah ia atucara yang bersifat ada udang di sebalik batu atau sekadar biasa biasa saja ????


Anda ada analisa lain ? Sila berikan dalam komen di bawah ini....



[PAPDAP+copy.jpg]



Tambahan : Kenali siapakah adik Rosmah yang ada dalam video bertajuk Rosmah Puaka di sini 

6 ulasan:

Lebai Mangkuk berkata...

Many2 thanks, for the link, Master Panglima Perang Cyber.

Unknown berkata...

wahai anak bangsaku sekalian...bersatu padulah kamu sume kerana perpaduan akan menjadikan kita lebih berani dan sanggup hadapi apa jua rintangan selagi mana bergelar orang Melayu..Janganlah dibiarkan Penzalim bangsa itu kembali ke Negara ini..Apa yg dilakukan kepada datukku dan semua perajurit yg memperjuangkan kemerdekaan dahulu xkan kulupakan...Bangkitlah wahai bangsaku...

hilbert berkata...

Salam Panglima Cyber,

...itulah yang tengah saya pikirkan... Chin Peng yang nak dibawa masuk...tapi kenapa pulak Lee Kuan Yew yang dulu masuk..8 hari pulak tu.

Ooo tapi tak apa...mereka tu sama saja. Sama satu kepala.

Pasal LKY ni baru saya ingat, dulu satu minggu sebelum dia bersara sebagai PM Singapura, dia telah bercuti selama 5 hari di Sibu Sarawak...menginap di Rumah Malaysia serta bersantai di Rumah rehat kerajaan dekat Taman Sri Rejang.

Untuk makluman juga, kebanyakkan jutawan-jutawan cina di Sibu mempunyai banyak aset dalam bentuk hartanah di Singapura.

Tapi apa yang terjadi selepas itu, mungkin KM Sarawak menyedari akan sesuatu..maka bahagian Sibu telah pecah dan dikecilkan. Dulu Mukah dalam bahagian Sibu telah dipisahkan demi kepentingan dan hak kaum Bumiputera. Tanjung Manis dalam bahagian Sarikei telah dikeluarkan dan dimasukkan dalam bahagian baru Mukah. Maknanya ia menghimpunkan semua kepentingan kaum peribumi didalam satu tempat.

Banyak juga perubahan lain telah dibuat keatas bahagian Sibu dan Sarikei setelah lawatan LKY itu.

Unknown berkata...

Or maybe LKY nak tunjukkan yg Singapura ada menyokong pihak pembangkang. Maklumlah lately ni si AnWar susah hilang 'steam'. Bolh jadi juga dia sedang siasat dan bagi report tentang AnWar nye K.P.I pada para pelabur Jew AnWar.

baLdi MeraH berkata...

sebab tak lama lagi dia dah nak mati.. so ni lawatan terakhir dia ke bumi yang dia tak dapat2 sampai mati..bagi wasiat kat successor ngan ejen2 die kat sini.. agar dia boleh mati dengan senyum..mati dalam iman~~

Panglima Perang Cyber berkata...

macam macam ulasan atas utaran idea saya paparkan..

anyway ia perlu untuk membuka minda dan lapisan2 yang tidak disedari oleh rakyat jelata.

jika dia datang niat baik kita layan baik.

tetapi jika dia berniat tidak baik siapakah yang tahu ?


Entah..

Tq komen sahabat2 di atas. Terutama hilbert..


Tak rugi pandangan anda disiarkan kerana ia mungkin sangat bermakna utk negara dan bangsa atau agama kita..


Tulislah walau sepatah !!!

Cari Blog Ini

Translate