Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2012

Video : Semalam Dr Hasan Ali Dedah Beliau Dipecat Kerana USA !!! Tahniah @anwaribrahim cc @NajibRazak


Sedih melihat seorang pejuang Islam dihumban keluar kerana pertahan akidah Islam... 

Jangan tunggu lagi, sebarkan video ini dengan kuasa FB TWITTER dan BLOG anda. !!!

Bersama martabatkan AKIDAH demi menguatkan UMMAH...





Berita semalam di Antara Pos :

pada 28-01-2012, Dalam Nasional, Oleh Nur Atiqah Abd Samad


KEPALA BATAS, 28 JAN : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh kalangan pemimpin parti yang menentang kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu-isu akidah.
Beliau berkata penggugurannya sebagai Exco Hal Ehwal Islam oleh kerajaan negeri Selangor juga berpunca daripada langkahnya menubuhkan sebuah unit khas untuk membanteras kegiatan pengkristianan umat Islam di negeri itu.

Hasan berkata beliau tidak ditunjukkan sebarang sebab di sebalik pemecatannya daripada Pas pada 8 Januari lalu dan tidak pernah mempunyai rekod salah laku mahupun terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

"Saya digugurkan dan dipecat kerana saya telibat dalam hal-hal akidah. Di Selangor saya tak bagi orang Melayu minum arak tetapi siapa yang menentang? Bukan DAP saja yang menentang (tapi) orang Melayu. Siapa di antara orang Melayu itu? Pemimpin-pemimpin Pas, katanya.

"Kemudian saya terlibat untuk mencegah rumah-rumah urut yang membawa zina, mereka marah saya. Kalau orang-orang DAP marah saya boleh faham (tapi) orang yang pakai kopiah marah saya tak boleh faham," tambah beliau.

Beliau berkata demikian di program jelajah Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah siri ke empat di Dewan Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kira-kira tiga ribu orang hadir pada program sehari itu.

Ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam kerajaan Selangor, Hasan dikaitkan dengan ketangkasan Jabatan Agama Islam melakukan serbuan ke hotel bajet dan pusat hiburan.
Serbuan-serbuan untuk membanteras maksiat dan amalan minum arak di kalangan orang Islam sering dikritik oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang bimbang ia akan menghakis sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang.

Hasan berkata tindakanya menubuhkan Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio agama yang dipegangnya membawa padah apabila beliau dipecat sebagai Exco Kerajaan Negeri 16 Januari lalu.

"Saya dipecat kerana saya menubuhkan satu unit USA, Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio saya semasa saya menjadi ahli exco." kata beliau Hasan kesal kerana pemimpin Pas tidak percaya bahawa wujudnya agenda orang-orang Kristian memurtadkan umat Islam.

sumber : http://antarapos.com/v1/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate