Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 April 2016

Rakyat Marah Bil TNB naik mendadak - Nasional - Utusan Online cc @NajibRazak

KUALA LUMPUR 21 April - Rata-rata pengguna laman sosial Facebook mempersoalkan bayaran bil elektrik meningkat dua kali ganda walaupun menggunakan kemudahan tersebut seperti biasa.

Terdapat sebahagian daripada mereka melahirkan rasa tidak puas hati dan mendakwa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil kesempatan terhadap cuaca panas ketika ini dengan mengenakan beberapa caj tersembunyi.

Pemilik akaun Facebook, Ad Deenn mempersoalkan bayaran bil elektrik meningkat sehingga mencecah RM500 pada bulan lalu.

"Naik mendadak daripada bil yang sebelumnya iaitu di bawah RM200, sedangkan penggunaan pendingin hawa pertama hanya empat jam se­tiap malam manakala penggunaan pendingin hawa kedua pula satu jam setiap malam," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Siti Zue Zulaikha memohon perhatian daripada pihak TNB supaya menjelaskan secara terpe­rinci mengenai kenaikan bil elektrik tersebut.

"Para jurutera TNB digesa menjelaskan secara terperinci isu kena­ikan bil elektrik ini sebab majo­ri­ti pengguna tertanya-tanya apa kaitan dan kesan El Nino sehingga mempengaruhi peningkatan dua kali ganda penggunaan elektrik," katanya.

Dalam pada itu, Azman Gen berkata, TNB perlu meneliti masalah itu secara teliti kerana ia telah mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat sete­rusnya menyalahkan kerajaan.

"Rakyat dah naik darah, TNB ja­nganlah bertindak sesuka hati menaikkan bil elektrik tu hanya kerana alasan El Nino kononnya. Ingat rak­yat semua kaya-raya," katanya.

Turut senada, Mohd. Noor yang meminta TNB menyiasat segera punca kenaikan bil elektrik rumahnya daripada kebiasaan RM50 kepada RM215 sebulan.

"TNB, bil elektrik saya biasanya RM50 sebulan tetapi bil untuk bulan terbaru menjadi RM215. Saya mendesak supaya TNB segera siasat perkara ini," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bil-naik-mendadak-1.283324#sthash.G2wHWExn.dpuf

Semalam MALAYSIAKINI turut membuat liputan berkenaan kenaikan tarif ini.

Pengguna berang, dakwa caj elektrik naik mendadak - Malaysiakini Berita

http://www.malaysiakini.com/news/338695

Kenaikan ini sangat membebankan rakyat kira kira bermula Januari lalu.

Harap TNB jangan membebankan rakyat lagi.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate