Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2018

Tun M Mahu Rakyat Beri Peluang Kepada Moorthy

Beri peluang pada Waytha Moorthy - Tun M




Mohamad Hafiz Yusoff Bakri

22 November 2018 5:38 PM

1.9K



KUALA LUMPUR 22 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.


Malah Perdana Menteri menegaskan, petisyen yang menggesa menteri tersebut meletak jawatan bukan satu keperluan dan arahan daripada beliau.

“Rakyat boleh buat petisyen tetapi petisyen bukan penentu arahan untuk sesiapa meletak jawatan. Masa itu beliau (Waytha Moorthy) amat kecewa dan buat kenyataan dengan cuba tunjuk pada orang asing bahawa Malaysia tiada keadilan.

“Beliau (Waytha Moorty) kini tidak pegang apa lagi yang dikatakan dahulu. Dulu orang panggil saya mahazalim, tapi kini mahazalim jadi pemimpin,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.-UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beri-peluang-pada-waytha-moorthy-tun-m-1.792106#ixzz5Xa01e5YD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate