Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Januari 2019

Rosyam nafi dipergunakan, miliki 10 peratus saham ST Rosyam Mart - Terkini - Kosmo Online

Rosyam nafi dipergunakan, miliki 10 peratus saham ST Rosyam Mart - Terkini - Kosmo Online

Rosyam nafi dipergunakan, miliki 10 peratus saham ST Rosyam Mart

rosyam

Rosyam (tengah), Raymond (kanan) dan Ah Chai menunjukkan laporan polis pada sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di sini sebentar tadi. 

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan ST Rosyam Mart yang diusahakan sejak tahun lalu.

Kecewa dengan tuduhan tular mendakwa beliau sebagai barua Cina, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin menjelaskan dirinya adalah pemegang saham sebanyak 10 peratus syarikat berkenaan. 

"Saya amat kecewa dengan tuduhan dipergunakan seperti yang tular di media sosial. Untuk pengetahuan semua, saya pemegang saham 10 peratus syarikat ini.

"Saya tidak kisah orang kata saya bukan pemilik sebenar ST Rosyam Nor namun melabel saya seperti itu membuatkan saya sedih dan kecewa. Ada orang cakap saya hanya duta syarikat ini bukan pemilik, itu tidak benar," kata pelakon filem KL Menjerit itu dalam satu sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di sini sebentar tadi. 

Dalam sidang akhbar tersebut, Rosyam turut mendedahkan syarikat itu dimiliki Datuk Raymond Ho Cheng Hann yang memegang saham sebanyak 89 peratus dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek (1 peratus).

Kata Rosyam lagi, beliau turut bersedih apabila ada segelintir pihak yang cuba untuk merosakkan reputasi dirinya dengan menyebarkan berita yang tidak sepatutnya. 

Dalam pada itu, Rosyam turut membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa dia dengan pelbagai tuduhan dan menuduh bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai bekerja sebagai pengedar dadah. 

Menurutnya, dia terpaksa membuat laporan tersebut dan mengadakan sidang akhbar kerana berasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan tersebut. 

"Saya terpaksa ambil tindakan membuat laporan polis sebab individu tersebut merosakkan nama Rosyam. Selain itu juga, saya turut buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Mohd Fauzi yang menuduh bapa kepada Raymond, bekerja sebagai pengedar dadah. 

"Sebelum ini saya tak pernah ambil tindakan biarpun ada macam-macam dakwaan sebelum ini mengatakan saya mencemuh kepimpinan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Malaysia. - K! ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate