Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Januari 2019

Surat kepada pendatang Melayu - Utama - Utusan Online

Surat kepada pendatang Melayu - Utama - Utusan Online

Surat kepada pendatang Melayu

KAUM Melayu sejak dari  dahulu merupakan perantau dan pedagang tetapi tiada kedengaran hilang adabny
KAUM Melayu sejak dari dahulu merupakan perantau dan pedagang tetapi tiada kedengaran hilang adabnya terhadap bangsa asal- GAMBAR HIASAN

KEPADA sekalian bangsa Melayuku yang nenek moyangnya merantau ke luar tanah alam Melayu, sedarlah akan hakikat pendatang.

Walaupun sudah tujuh keturunan di tanah luar alam Melayu, di sana bangsa Melayu tetap asalnya bangsa pendatang. Tidak perlu terloncat-loncat melenting apabila dikatakan 'bangsa pendatang'.

Menjadi pendatang bukan kesalahan jauh sekali kehinaan sekiranya kita tidak bercita-cita memijak kepala bangsa asal. Ini suatu yang alami atau berlaku secara semulajadi. Ia migrasi manusia di atas muka bumi ini ke luar alam budaya asalnya.

Saya menulis ini kerana terkenang diaspora bangsa kita, bangsa Melayu ke luar alam budaya digugusan kepulauan Melayu. Banyak Melayu berada di luar lingkaran alam Melayu dan mereka adalah pendatang pada tanah barunya.

Banyak yang berjaya tetapi masih terjaga pekerti dan tidak menggoreskan hati bangsa asal. Belum terdengar peri laku tidak senonoh misalnya mengangkat penyapu menghalau bangsa asal di kota-kota supaya lari ke hutan. Tidak pernah.

Ini tidak pernah dilakukan oleh pendatang Melayu di tanah barunya. Tetapi di tanah asal kita ada pendatang yang mahu meminda sejarah, Melayu juga pendatang, kata mereka.

Makna sebenar 'pendatang' adalah bangsa yang datang dari luar lingkaran budaya dan sosial sesuatu tempat. Misalnya orang Melayu yang ratusan tahun dahulu datang ke Australia, Britain, Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam, Madagascar, Perancis dan Belanda. Mereka adalah pendatang kerana di luar lingkaran budaya dan sosial tempat yang ditumpangi atau didatangi.

Maka sedarlah, sebagai bangsa pendatang di tanah luar alam Melayu jagalah pekerti supaya bangsa Melayu tidak dicaci.

Jangan sama sekali meminjam sifat pokok parasit yang menumpang tetapi akhirnya membunuh pokok asal. Itu bukan citra dan sifat terpuji bangsa Melayu yang terbukti bukan bangsa penakluk atau penjajah.

Jangan menjadi kaduk yang mahu menguasai junjung di negara yang ada bangsa asalnya. Sifat kaduk ini amat hina dan jangan sekutukan kehinaan itu dengan bangsa Melayu nenek moyang kita yang merantau dulunya.

Tidak ada bangsa yang menjadi pendatang di tempat barunya kecuali mahu mencari kehidupan yang lebih baik. Maka bersyukurlah dengan keterbukaan bangsa asal yang menerima kita.

Jangan mengusik perkara-perkara yang menggores perasaan bangsa asal kerana mereka yang lebih berhak di atas tanah airnya. Tidak perlulah memperjuangkan kesamarataan kerana ini bukan satu keadilan kepada bangsa asal. Mana mungkin boleh disamarata pendatang dengan bangsa asal? Sama rata bukan keadilan.

Melayu dalam konteks ini bukan sahaja Melayu yang tercatat dalam kad pengenalan Malaysia. Itu hanya Melayu yang telah difragmentasi penjajah. Bangsa Melayu adalah satu rumpun bangsa yang memdominasi alam Melayu Nusantara.

Ternyata banyak dalam kalangan bangsa Melayu yang berjaya di negara luar alam Melayu malah mengatasi bangsa asal. Tetapi mereka sedar diri dan tidak bercita-cita mahu menjadi tuan, mengubah itu dan ini di negara ditumpanginya. Tidak menuntut sekolah pengantar bahasa ibunda Melayu khusus untuk Melayu.

Tidak ada agenda untuk menggantikan bahasa asal dengan bahasa Melayu, tidak bertindak biadab mengagung-agungkan bahasa Melayu melampaui bahasa kebangsaan negara yang ditumpangi dan tidak bercita-cita menulis semula kurikulum pelajaran sejarah negara yang ditumpangi untuk menonjolkan Melayu.

Berbanggalah menjadi bangsa pendatang yang turut menyumbang kemajuan di tempat yang ditumpangi. Tumpahkan kesetiaan walau kita masih ada tanah asal di gugusan kepulauan Melayu atau Nusantara.

Jangan membuat onar untuk 'memelayukan' tempat yang ditumpangi.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate