Harakah Daily nampaknya sudah nyata dengan isu ini memberikan ruang bagi komen Dewan Ulama dan terbaru PAS Johor. Ini saat dinantikan dan kita harap ia saat penyatuan kekuatan Melayu Islam yang sudah berpecah selama 50 tahun tanpa ada persefahaman di atas nama Kasih Sayang dan Perpaduan...
PAS Johor sambut baik muzakarah PAS-Umno
Salman Hussin Mon | Jul 21, 08 | 5:06:48 pm MYT | |
BATU PAHAT, 21 Julai (Hrkh) - PAS Johor menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah antara PAS-Umno bagi membincangkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini. "PAS tidak pernah sekali-kali menutup pintu muzakarah dengan Umno bahkan, sejak dulu pun PAS sentiasa membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mereka, malah sebelum pilihanraya yang lalu pun PAS telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan soal perpaduan melayu dan Islam," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung kesediaan PAS mengadakan muzakarah dengan Umno, yang mendapat liputan meluas media-massa tempatan mutakhir ini. "PAS Johor yang mengadakan Mesyuaratnya hari ini juga telah mengambil ketetapan menyokong kenyataan Presiden PAS berhubung muzakarah ini," katanya. Bagaimana pun menurutnya, antara muzakarah dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza, PAS memang sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno tetapi bukan mengadakan kerjasama dengan mereka, oleh itu tidak timbul sama-sekali soal kerjasama antara PAS-Umno. Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, turut menafikan dakwaan kononnya berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan ini sebagai dakyah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat. "Hubungan kita dalam Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri sangat baik dan kerjasama ini akan dipereratkan lagi sehingga ke akar umbi, ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat benar-benar mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional. "Justeru kerana itu kita ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya hubungan Pakatan Rakyat retak, adalah tidak benar sama sekali dan rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda jahat pihak-pihak tertentu ini," ujarnya lagi. - mks._ |
4 ulasan:
salam....
Presiden PAS hantar wakil untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.
baguslah.
janji orang melayu dapat kemenangan.
Kenapa Husam Musa 'hasut' nik aziz supaya hentikan muzakarah ?
kerana dia dihasut Kickdefella..
Kenapa kickdefella sukakan Anwar ?
kerana dia memang dari dulu penyokong Anwar ...
klik blog dia dan anda akan jumpa apakah benar kata kata saya.
Hidup Islam!!
Husam PAS klon...
Bukan kling yee..
Islam klon pun ada juga.
Atau digelar Muna fik...
Husam Musa kena bersuci hati dari dosa dosa projek air di pulai chondong...
dan dosa dosa lain.
Sebab nabi kata orang beriman itu suka berkasih sayang...
Tak gitu ehh ??
Semoga Orang Melayu Islam bersatu
Catat Ulasan