Isu ucapan Ketua Umno Bukit Bendera masih lagi berterusan.
Pada 3 September 2008 Malaysiakini melaporkan DAP menolak permohonan maaf Najib. Kerana merasakan ia tidak mencukupi dan meminta permohonan maaf dari Datuk Ahmad sendiri.DAP memberi 5 alasan menolak permohonan Najib,,
Yang menariknya Lim Kit Siang terburu buru dalam memberi kenyataan isu manipulasi media. Beliau mengatakan Najib memanipulasi media sehingga berita permohonan maaf tersebut didakwa tidak disiarkan di beberapa media tertentu.
Ironinya Malaysiakini menafikan dakwaan Lim tersebut dan nampaknya Lim kena masuk belajar bahasa Melayu balik sebelum meneruskan tugas menjadi Ahli Parlimen untuk masa hadapan...Kerana beliau mendakwa membacanya di Pulau Pinang dan mendapati ia tidak disiarkan dalam berita bahasa Melayu sedangkan ia disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian tanpa ada sekatan sedikitpun... Malaysiakini sendiri ( organ PKR ) mengesahkan berita tersebut disiarkan sekaligus menafikan 'putar belit' LIM KIT SIANG....
Dan Lim perlu meminta maaf terlebih dahulu sebelum meminta pihak Datuk Ahmad meminta maaf kerana sikap 'kurang ajar' beliau sehingga menuduh kerajaan memanipulasi media...Atau sebelum meminta PM meminta maaf...
Dan untuk menutup 'kemaluanbeliau' satu artikel meminta badan BIRO TATA NEGARA dihapuskan dari JPM kerana didakwa mengamalkan perkauman di dalam kursus dan program mereka... Tindakan menutup malu !! selepas terkena batang hidung sendiri ..
Artikel tersebut disiarkan dalam blog beliau - klik sini -
Jelas kenyataan putar belit Lim Kit Siang ini dan anda baca sendiri berita tersebut di bawah ini atau laman asal di s.i.n.i :
Media perdana
Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan "memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya".
Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.
Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.
Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.
Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.
Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.
Keputusannya : Lim Kit Siang jelas berniat jahat dan sesuatu tindakan perlu dikenakan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat ini kerana mencetuskan ketegangan kaum dengan menuduh TPM dengan dakwaan tidak berasas.
Perbuatan beliau tidak bermoral dan tidak layak sebagai seorang Ahli Parlimen dan kita perlu mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap Ipoh Barat ini yang sangat lantang terhadap Melayu khasnya UMNO sehingga melampaui batas dan mengganggu perpaduan antara kaum di negara kita.
Untuk itu Akta ISA dan Akta Hasutan perlu dikenakan terhadap beliau yang sudah lama 'tidak merasa' akta akta tersebut sehingga sangat lantang dan mengguris hati penduduk Melayu di Malaysia...
Sekian, mohon dicadangkan dan mohon sokongan dan juga komen dari pembaca semua.....
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Tuduhan beliau terhadap BTN juga hanya berdasarkan maklumat yg tidak dapat disahkan. Setahu saya program sesuatu jabatan seperti BTN dsbnya memang direkodkan termasuk modul-modul yg digunakan. Adakah parlimen terlalu bodoh meluluskan peruntukan berbilion ringgit (sejak BTN ditubuhkan) bagi menaja program yg boleh mengancam keselamatan negara?
Saya pernah menjadi peserta kursus BTN dan saya sangat mencadangkan agar Lim Kit Siang dan semua ahli parlimen menjadi peserta kursus menggunakan modul sedia ada.
lawan tetap lawan, tikam tetap tikam. melayu minta maaf dulu... kalau melampau... tiada maaf bagi mu... hahahahaha... melayu sekarang berani ke?
Ya, setuju dengan Cheguman..
BTN patut mendidik MP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang tentang konsep perpaduan, kenegaraan dan sebagainya...
Mereka patut menjadi contoh kepada Cina Malaysia yang sedar berada di tanah Melayu bernama Malaysia.
Mungkin kursus ditambah juga isu artikel artikel bab Raja, Islam dan hak hak Melayu...
Moga ada mendengar cadangan ini.
Catat Ulasan