Maaf kerana tidak menyiarkan kes liwat Anwar.
Saya tidak berkesempatan menghadiri dan merasa tidak perlu turut mengulas isu yang sama.
Kerana dah ramai blogger yang mengulas dan menceritakannya dalam blog masing-masing.
Saya sekadar ingin memberi dua link blog geng pembangkang yang begitu marah kepada Pegawai Khas PM Dato Nasir Safar yang dikatakan berbau perkauman dalam ceramahnya.
Pelik MIC dan MCA pun marah.
Memang mereka yang suka cari salah telah mendapat isu yang boleh dijadikan isu politik kerana ia melibatkan pegawai khas PM.
Sayang kerana Pegawai Khas PM telah pun meletakkan jawatannya.
Saya terbaca beliau telah memberi 60 ceramah pada tahun lepas dan bayangkan tahun ini sahaja sudah 22 ceramah dilakukannya. Rujuk berita ini http://www.bharian.com.my/
Adakah ini usaha melemahkan program 1Malaysia idea Perdana Menteri kita ?
3 ulasan:
Pesanan & arahan Najib pada Ahmad Maslan:
kaum cina & India sudah ditakdirkan berada bersama kita di negara ini. Oleh itu kita tidak boleh menyingkir atau menafikan mereka.
Maka orang Melayu perlu bermula dari situ. yakni bersama-sama kaum cina dan India memajukan Malaysia.
Dari situlah terbitnya idea 1Malaysia.
Tidak ada sebab menuduh Najib bersifat perkauman. Namun beliau adalah peimpin yang konsisten memajukan anak bangsanya.
Adakah memajukan anak bangsa dianggap rasis?
kestabilan akan rosak jika kaum majoriti dipinggirkan atau dibiarkan terpinggir.
baik kita mencegahnya dari terjadi.
"....There can be no denial that Nasir made the following offensive, insensitive and anti-1Malaysia statements:
1. Labelling Indians and Chinese in Malaysia as “pendatang”;
2. “Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies (jual tubuh)”;..."
Saya pernah dengar sendiri ucapan Dato' Nasir dalam forum memperkenalkan 1Malaysia tahun lepas.
Berkaitan dengan isu No.1, Dato' Nasir, bercakap dalam konteks berkaitan dengan sejarah kedatangan pendatang asing ke Tanah Melayu. Faktanya betul kerana sejarah tidak pernah menipu. Saya faham tujuan Dato' Nasir adalah untuk mengaitkan betapa negara kita selama ini telah berjaya hidup aman sejahtera walaupun berbilang kaum. Dalam isu ini, Dato' Nasir juga berhasrat menyampaikan mesej bahawa walaupun asalnya orang China dan India pendatang asing ke Tanah Melayu, tetapi hari ini mereka juga berjaya dalam segenap lapisan hidup di negara ini.
(Saya beranggapan bahawa masyarakat China dan India tidak suka sejarah ini disebut-sebut kembali)
Dalam isu No.2, Dato' Nasir bercakap dalam konteks semasa iaitu untuk menggambarkan betapa sejahteranya Malaysia sehingga menjadi tumpuan pendatang asing sama masuk secara legal atau secara haram. Fakta mendapati ramai pendatang dari India masuk ke Malaysia untuk meminta sedekah dan ramai pendatang (terutama perempuan) dari negeri China datang untuk melacurkan diri.
Dato' Nasir ingin membandingkan bahawa orang China dan India yang kini menjadi rakyat Malaysia jauh lebih baik daripada orang dari negeri China dan orang dari negeri India yang masuk ke Malaysia sekrang ini sebagai peminta sedekah dan pelacur. Dato' Nasir betul kerana bercakap menggunakan fakta dan bukan analogi.
(Saya beranggapan pihak pembangkang sengaja menggunakan isu ini untuk melemahkan kerajaan yang ada sekarang kerana masih diterajui oleh pemimpin Melayu_Islam. Isu ini akan terus dimainkan oleh NGO yang chauvinist dan ahli-ahli politik yang berharap mendapat sokongan kaumnya untuk organisasi politik mereka tak kira sama ada pembangkang atau dalam BN)
Fenemona ini sangat berbahaya kerana konsep 1 Malaysia sudah berjaya kita terapkan lama dahulu melalui konsep Parti Perikatan dan kini melalui BN.
Catat Ulasan