Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa berkempen untuk PKR di Permatang Pauh, masih bimbangkan keselamatan dirinya jika kembali bertugas.
Sehubungan itu, peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, Ramlang mungkin memohon cuti tambahan sehingga tempoh yang sesuai kembali bertugas di masjid itu di Jalan Duta.
bimbang macam Anwar takut dibunuh ! Imam ni pun dah ada intonasi seperti Anwar juga....Takut tak bertempat. Ke takut dibuang kerja ? selepas berceramah di tiga majlis di Permatang Pauh ??
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Nizam berkata, Ramlang sepatutnya kembali bertugas semula esok.
"Ramlang sedang menimbang untuk memohon cuti tambahan kerana bimbangkan keselamatan dirinya," tambahnya.
Menurut Ahmad Nizam lagi, Ramlang juga ada menerima panggilan daripada "pihak atasan" berhubung dakwaan imam tersebut berkempen atas pentas calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil tersebut.
Katanya, mereka mahu mendapatkan penjelasan daripada Ramlang berhubung perkara itu.
Sikap imam suka berceramah dan menafikan penyokong pembangkang adalah satu tindakan lidah bercabang. Jika benar ingin membersihkan nama dirinya bolehlah dipanggil media eletronik atau media massa. Kenapa pentas politik dipilih ?
Sedia beri kerjasama
Ramlang muncul di Permatang sewaktu pilihanraya kecil baru-baru ini untuk memberi penjelasan apa yang berlaku di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat Anwar.
Pada 15 Ogos lepas, Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR pada 26 Jun.
Ramlang termasuk empat orang imam yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Saiful itu.
Ketika muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat 24 Ogos lepas, dua hari sebelum hari pengundian, imam itu meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.
Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful it tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
Kata kebetulan dan tanpa perancangan awal ! selepas tu kata diarahkan hadir ? tak bercabang lagi ke lidah imam Linkin Park ini ???
Ahmad Nizam berkata, Ramlang bersedia memberi kerjasama dalam siasatan dalaman yang akan diadakan kelak.
Ulas kenyataan Zahid
"Kita yakin Ramlang tidak bersalah, dan beliau sedia beri kerjasama dalam siasatan tersebut," tambahnya.
Ditanya reaksinya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi mengenai siasatan dalaman tersebut, Ahmad berkata:
"Jangan bising ikut arahan kerajaan, sepatutnya ustaz ini (Ramlang) diberi penghormatan".
Sebaliknya, kata Ahmad Nizam, beliau amat menghormati Ramlang kerana beliau adalah seorang yang baik.
Ketika dihubungi hari ini, Ramlang berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan pada masa ini.
"Apa-apa, boleh berhubung dengan peguam saya," katanya.
KESIMPULAN : imam ini tidak lagi layak menjadi imam kerana dengan jelas hadir di pentas politik dalam keadaan masih berjawatan dengan kerajaan dan beliau sepatutnya DIBUANG kerana tidak memilih saluran tepat membersihkan namanya dari tuduhan yang memburukkan namanya....
- TULISAN MERAH KOMEN BLOGGER PENEMBAK TEPAT
8 ulasan:
Monyet dalam hutan pun tak teringin nak tengok Imam "Linkin Park" ni...Tak laku satu sen pung..
hehehe...penembak tepat kalau ikut perasaan pun xkena juga target tu... Kesian kamu, tulisan menghentam imam ini telah melumurkan kamu dalam lumpur yang kamu sendiri cipta, hahahaha
http://pkrpasdap.blogspot.com
budak lagi. sepatutnya dia jangan masuk campur urusan politik. buat urusan agama, banyak lagi kena buat.
Masalah imam ni dah buat fitnah untuk keuntungan politik anwar..dan pkr. dan pakatan rakyat...
Kita kena kutuk jika salah dari manhaj agama.
Nak berpolitik boleh tapi jangan fitnah orang.
Sekarang pegawai khas TPM sudah minta maaf terbuka dari imam dan surat khabar siasah dan suara keadilan...
Takkan nak tunggu kena saman?
penembak tepat tidak sepatutnya menembak imam tu dengan kutukan. ini kerana ia bercanggah dengan ajaran agama. penembak tidak ada hak untuk menembaknya kerana sebagai rakyat malaysia yang dikatakan mengamalkan demokrasi memang boleh untuk berpolitik dan itulah negara demokrasi yang tidak menghalang rakyatnya bersuara. penembak kena tahu sebelum tembak tu bahawa politik ini adalah salah satu dari cabang agama dan sememangnya layak imam itu menggunakan pentas politik untuk bercakap.
Husam Musa bangga dan berkata Ramlang telah menjelaskan sumpah saiful ialah sumpah politik.
Ini menunjukkan Ramlang menolak lafaz sumpah saiful,bermakna dia juga menulak syariat Islam dan menolak hukum Allah.
Tetapi tak mengapa orang-orang melayu yang berfikiran kosong dan licin akan telah menyokong pemimpin boneka setan mata satu
Bila dah tergadai harta benda, dan tinggal seperti rakyat Palestine , mengalis air mata darah pun dah tak bernilai lagi.
Assalamualaikum
Jangan marah kat Ramlang tu dia manusia biasa macam kita semua. Kalau kita duduk tempat dia mungkin kita jadi macam dia juga. Hampa tahu berapa balaci Anwar bagi kat Ramlang. Den tahu berapa yang Ramlang dapat. Kalau AP pon depa nak beli ini kan Ramlang cek oi.. Depa semua jenis main pintu belakang.
Politik sekarang terutama PKR rasuah merata cerok.Terutama dalam era tengah dok kemaruk nak berkuasa ni.
Na'uzubillah. Semoga allah jauhkan den dari terdorong dengan PKR ini.
Catat Ulasan