Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Januari 2009

Komen saya tulis di blog setiausaha Presiden PAS tentang cerita WAHID ENDUT menangis



salam...

saya sangat tertarik dengan kisah calon PAS yang sangat tawaduk hingga menangis ketika ditawarkan jawatan.

Ia selari dengan konsep PAS iaitu agama Islam sebagai teras perjuangan.

Cuma ada sedikit persoalan, ketika babi babi diternak dengan banyaknya di negeri Melayu, PAS ada menangis tak terutama YB YB PAS sendiri ?

Ketika blog hina agama kita adakah ada antara pemimpin PAS menangis mengutuk blog tersebut ?

Ketika kereta buatan Malaysia @ Melayu Muslim Perdana Executive dipersenda adakah PAS bangkit mempertahankannya sedangkan ia juga satu hasil kejayaan orang Melayu Islam kita ?

Adakah PAS juga menangis ketika satu demi satu usaha membesarkan gereja dan meminta kalimah ALLAh dibenar guna oleh non muslim di Malaysia ?

Jika PAS memilih waktu untuk menangis maka saya khuatir ada ketika kita akan terus menerus menangis kerana sudah kehilangan maruah agama dan juga kehilangan negeri hasil pajakan 999 oleh boneka DAP di Perak yang anda tentu sudah kenal siapa dia..


Patutlah nabi sudah berpesan ada golongan digelar Dajjal sebelum Dajjal.

Moga kita tidak termasuk antara kalangan disebut Dajjal sebelum Dajjal tersebut..

Salam.

moga ada perpaduan antara Islam selepas ini..

http://penembak-tepat.blogspot.com



Blog Roslan SMS Setiausaha Hj Hadi ada di sini : http://n32.blogspot.com/

21 ulasan:

bungaraya berkata...

Ini saya cakap betul ni. Percaya atau tidak terpulanglah. Saya juga pernah mengalirkan air mata tanpa dibuat-buat:-
1. Ketika itu saya tengah bersantai atas katil dalam bilik saya dan melihat TV yang menyiarkan secara langsung Persidangan Agung UMNO - Ucapan Presiden. Tiba=tiba saya terbangun mendengar Tun Mahathir membuat pengumuman Perletakan Jawatan selaku Presiden UMNO. Terperanjat kambing saya. Saya kaget dan pada saat yang sama beribu kerisauan menganggu fikiran. Air mata mengalir dipipi tanpa kesedaran.
2. Menangis kepuraan didepan isteri, janji tak akan buat lagi...Hehehehe

paneh berkata...

Pas hanya memilih sebab tertentu utk menangis. Tapi manalah tahu mereka menangis setiap di rumah kerana sedih akibat ketidakupayaan diri membantah DAP.

PAPA GOMO berkata...

SEMEMANGNYA APA YANG WAHID ENDUT NI MELALAK TU MEMANG IKHLAS!!! TAPI YANG HARAMJADAHNYA PAS NI TAK PULAK MELALAK-LAKAK BILA SATU DEMI SATU AGAMA ISLAM DAN HAK MELAYU DI ROGOL!!!

LAGI SUKA SAKAN PAS NI!!!
BANYAK MASYUK WO.....

SEKOR BABI 12 EKOR...
KALAU 12 EKOR 144 EKOR...
144 EKOR DAH JADI 1728 EKOR...
1728 EKOR.... PEH DAH JADI BERIBU-RIBU LEMON!!!!

PAKCIK PAS KAYO!!!!

QasehNuryz berkata...

Salam ziarah,
Uhkss..pedih,panas.
PAS nangis time nk raih undi je.Tp kalau isu lain diam membisu..xdpt bersuara tegas sbb suara PKR & DAP lagi besar

Mesra Sokmo berkata...

Tepat beruk apa, bila Hadhari ajaran sesat dibiarkan Nabi Muhammad SAW pun tak ajar hadhari, nenek aku mati tak ikut hadahari songsang, nenek org UMNO yg manpus dulu tak ikut hadhari ...tepat natang apa, org umno terkini ikut ajaran sesat macam ayah pin .... bodoh, gila belako .... pok loh & najib kaut duit petronas. you all bangang ..satu sen tak dapat, malah ikut ajaran sesat ....nangislah

Mesra Sokmo berkata...

Bila deris jusoh ditolok jd MB. Kata keSultan Trg "Kami mahu deris jusoh natang" kpd agung. kenapa tak nanggis .....wahai penembak tepat yg bahlul lg tolol, suruhan upahan beruk mak yeh UMNO (Untuk Melayu NO)

Mesra Sokmo berkata...

skarang kenapa ikut mat said, pergi ikut pak deris natang, wahai peennbak tepat

Mesra Sokmo berkata...

bila harga minyak naik, barang naik (BN) kenapa tak nanggis, kini pasaran dunia minyak dah jatuh keparas USD0.10/ltr sen tapi kita RM1.80/ltr kita bagi untung keberuk BNasional kenapa tak nanggis ...tepat nenek engkau

Mesra Sokmo berkata...

kepala otak engkau tepat, siapa tembak altantuya .... why tak cari, kenapa bom itu boleh dibawa keluar dr balai polis, atas arahan siapa? kalau tidak najib > kenapa tak siasat natang

Taminsari berkata...

Salam...

Perbezaan antara penyu menangis semasa bertelur dan Wahid Endut menangis semasa mendapat dapat tahu jadi calon. Apakah perbezaan antara kedua-duanya. Apakah yang tersurat dan tersirat..? Hanya Wahid Endut dan penyu sahaja yang mengetahui..tidor Wahid..jangan tak tidor...

Salam perjuangan

Taminsari berkata...

Salam Mesra Sokmo...

Penyu ada berpesan..cuba-cuba kamu tengokkan si Wahid tu..kesian aku tengok dia menangis tak tentu hala..aku menangis bersebab...mungkin Wahid sedih akan peristiwa lama kot..

Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS termasuklah Wahid Endut sendiri telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.

1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN
DENGAN PAS.

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM .

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA .

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR .

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN . KELANTAN MENJADI MUNDUR .

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU .

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA .

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN .

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH .

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM .

Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH? Mungkin ini yang Wahid Endut takutkan kot!

Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka. Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam.

PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.

1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.

2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran
dari 'Ayah Pin'.

3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang
mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.


Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain:

Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak.
d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam diKelantan.

Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.

PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.

Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak.

PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO. Malah Dewan Ulama Pas sendiri yang memberi " Lampu Hijau" mengatakan tidak salah puak Kristian menggunakan Khalimah Allah didalam gereja dan didalam penerbitan mereka?

Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan. Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS.

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?

Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Kesimpulan

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.

Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.

Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.

Mungkin Wahid Endut terfikir nak duduk di bawah telapak kaki ulama mana ? Sebab itu beliau menangis kerana banyak pilihan ?Wallahuallam.

Salam perjuangan..

Panglima Perang Cyber berkata...

taming - tambah sikit yer ..

Jika benar benar ikhlas perjuangkan ISLAM PAS tentu sudah lama diberi kemenangan oleh ALLAH...

Tetapi Allah sudah tunjukkan bahawa UMNO juga pilihan terbaik setakat ini dan Maha Mengetahui ALLAH tidak sama dengan pengetahuan kita.

ALLAH juga menghukum UMNO kerana alpa sehingga kehilangan beberapa negeri.

Tetapi yang masih memegang negara ini tetap UMNO kerana PAS masih tidak sampai masanya menjadi pemegang amanah hamba hamba ALLAH di Malaysia ini...

Perkuatkanlah UMNO kerana corak Islam sederhana adalah pendekatannya..

Ia tidak Liberal macam PKR atau radikal macam PAS atau menolak agama macam DAP.

Mungkin UMNO tidak terbaik tetapi ia the best what we have...

Tanpa Nama berkata...

Salam.

mana anda mahu dulu?

"Islam atau Bangsa Melayu"

Jawab itu dulu. Ok. Yang lain2 lepas jawab baru pikir.

Sah2 jawab Islam kan. Hujah pandai, fikir pandai, tulis pn pandai kan.

ok. cuba buat posting tajuk diatas tu. Buat noo.

hujah hanya berkisar pada tajuk. jangan lari tajuk sudah.

* Buatlah. tapi tak paksa. PANGLIMA mesti pantang dicabar kan.

PondokDungunTerengganu berkata...

Maaf Tuan Panglima Cyber, saya tidak setuju PAS dianggap radikal. Perkataan radikal tidak sesuai untuk PAS. Kalau pun hendak disesuaikan mungkin perlukan sedikit huraian. PAS sebenarnya opportunis atau hipokrit agama yang radikal. Ia dibina atas berkumpulnya mereka-mereka yang kununnya bergelar ilmuan agama yang telah lari dari jalan yang betul untuk menegakkan Agama mengikut kaedah yang betul. Mereka ini golongan yang jumud sebab hanya memusatkan penegakan Agama dengan ceramah-ceramah memancing undi. Sayang kerana di dalam PAS itulah beratus ribu Ustaz-Ustazah yang berilmu bergelumang dalam kejumudan berfikir.

Saya tetap berpendirian bahawa kita wajib radikal dalam Agama. Kerana radikal itu mencerminkan semangat untuk mempertahankan Agama dalam jihad dengan lisan hatta dengan tangan sekalipun. Kita mesti radikal dalam beragama.

Tapi PAS tidak radikal dalam beragama. Mereka radikal dalam PAS....

Sekian

anekaminda berkata...

Nak kutuk apa pun memang mudah asalkan tergamak, masa tu tak ingat pun dosa ke pahala ke... janji perasaan dilepaskan... antara dua mesti ada satu yang betul...
Tn Pang5 Cyber.... saya nak tanya satu soalan, jika ada orang mati sapa Tn nak panggil untuk solat jenazah? Najib ke haji Hadi? (Katakanlah ada dua orang ni aje)

Panglima Perang Cyber berkata...

Melayu atau Islam ?

apa maksud magnetic knee tu ?


Syarat menjadi Melayu di sisi perlembagaan antaranya ialah beragama Islam.

Melayu ialah majoriti penganut Islam di Malaysia.

Manakala Islam yang dibawa oleh bangsa Melayu sejak ratusan tahun dulu, telah menaikkan nama Melayu sekaligus Islam itu sendiri..

Tentu Islam itu lebih dulu dibawa oleh bangsa Arab dan dianuti oleh Melayu...

Tidak timbul mana satu lebih dahulu...

yang penting mana mana bangsa Melayu jika menghargai Islam tentu lebih baik dari Arab yang menjadi muslim secara warisan kekeluargaan.

Apa maksud Magnetic sebenarnya ?

Rasanya tentu berkaitan perjuangan Umno yang membela agama dan BANGSA kan?

Salahkan kita membela bangsa agar hak hak bangsa kita terpelihara sebagaimana mengikut undang 2 ??

Bukankah mempertahankan hak hak itu disuruh oleh Islam dan mati mempertahankan hak hak kita dari dicuri oleh pencuri dikira mati syahid ?

Dan bukankah Hak Istimewa Melayu perlu dipertahankan kerana ia juga Hak umat Islam di Malaysia ?

Jangan sempitkan lagi pemikiran magnetic kerana jika Melayu diejek dan dihina maka ia seolah olah isyarat untuk mengejek kesucian agama yang kita amalkan bersama sejak dahulu hingga sekarang.

Tetapi sayang ramai tidak sedar dan suka menjadi'boneka' kepada mereka yang mempunyai agenda tersendiri di dalam bermain politik di Malaysia..

terima kasih kepada semua yang sudi bagi komen dan harap dapat bagitahu Alang Tamalika bahawa Najib pun boleh menjadi imam solat jenazah kerana syarat imam solat tersebut bukan berkehendakkan dia menjadi ahli parti PAS...

tetapi cukup hanya beragama Islam dan tahu cara cara menjadi imam dan solat jenazah.

Tq dan selamat malam.

Tanpa Nama berkata...

Melayu atau Islam. Yang mana lg utama.

Jawapan anda.
“ Syarat menjadi Melayu di sisi perlembagaan antaranya ialah beragama Islam”

Jawapan saya.
Mcm mn pulak syarat menjadi Islam? Jika kita menjaga Islam dengan baik dan menjadi Muslim yang baik anda rasa Melayu terpelihara tak? Sudah tentu terpelihara kan. Maka utamakan Islam terlebih dahulu.

Jawapan anda.
“ Melayu ialah majoriti penganut Islam di Malaysia ”

Jawapan saya
Mejoriti Melayu adalah Islam. Betul. Tetapi anda rasa adakah mejoriti Umat Melayu ni masih jelas tentang Islam? Jika tak jelas, perlu ada tanggungjawab untuk menjelaskan.

Jawapan anda.
“Manakala Islam yang dibawa oleh bangsa Melayu sejak ratusan tahun dulu, telah menaikkan nama Melayu sekaligus Islam itu sendiri..
Melayu atau Islam”

Jawapan saya
Kenapa Islam tidak lebih menonjol berbanding melayu. Jika dibawa oleh bangsa melayu ratusan tahun dulu pun, Islam masih di tahap yang biasa2 (baca:umum). Maka perlu ada satu badan, agensi atau parti yang perlu titikberatkan soal ini.

Jawapan anda.
“yang penting mana mana bangsa Melayu jika menghargai Islam tentu lebih baik dari Arab yang menjadi muslim secara warisan kekeluargaan”

Jawapan saya
Betul. Seperti diatas. Perlu utamakan dahulu Islam. Dengan itu secara tak langsung Melayu itu akan kuat.


Jawapan anda.
Apa maksud Magnetic sebenarnya ?

Rasanya tentu berkaitan perjuangan Umno yang membela agama dan BANGSA kan?

Jawapan saya.
Oh tidak, anda dan saya jelas bahawa UMNO lebih menitikberat soal bangsa berbanding soal Islam. Saya hanya menyokong atas dasar Islam.

Jawapan anda.
“Salahkan kita membela bangsa agar hak hak bangsa kita terpelihara sebagaimana mengikut undang 2”

Jawapan saya
Tidak salah. Tetapi soalan saya berbalik kepada anda. Salahkan kita membela Islam agar hak hak Islam kita terpelihara sebagaimana mengikut undang2 Al-Quran ?

Jawapan anda.
“ Bukankah mempertahankan hak hak itu disuruh oleh Islam dan mati mempertahankan hak hak kita dari dicuri oleh pencuri dikira mati syahid”

Jawapan saya
Yang mana lebih priority antara mempertahankan hak hak Melayu dan mempertahan kan hak hak Islam. Kita melayu Islam. Utamakan yang paling utama.

Jawapan anda.
“ Jangan sempitkan lagi pemikiran magnetic kerana jika Melayu diejek dan dihina maka ia seolah olah isyarat untuk mengejek kesucian agama yang kita amalkan bersama sejak dahulu hingga sekarang”

Jawapan saya
Jangan sempitkan lagi pemikiran panglima kerana jika Islam diejek dan dihina maka ia seolah olah isyarat untuk mengejek kesucian agama Islam yang kita amalkan bersama sejak dahulu hingga sekarang.

Priority bro, priority.

Jawapan anda.
“Tetapi sayang ramai tidak sedar dan suka menjadi'boneka' kepada mereka yang mempunyai agenda tersendiri di dalam bermain politik di Malaysia”

Jawapan saya
Boneka. Anda. Saya. Orang lain. Boneka ke panglima? Sebenarnya kita perlu pegang dasar sebenar sebuah perjuangan. Dlm erti kata lain “ OBJEKTIF ” utama. Cuma jika anda Islam, utamakan priority sebagai Islam. InsyaAllah yang lain terjaga. Undang2 dalam perlembagaan di ikut bersungguh2 tetapi undang2 dalam Al-Quran?. Tak pulak.

Ini soal Dasar. Perjuangkan Islam atau Melayu.

Jika kita bersungguh mnjaga, menuriti suruhan terkandung dlm Al-quran, amalkan Islam sebenar (baca; secara keseluruhan, bukan sekerat-sekerat). Melayu akan lagi tinggi darjatnya. Jika utamakan bangsa, agak2 Islam akan dipandang tinggi tak?

Moga kita dapat memahami.

p/s: Sudah tentu pandangan anda dan saya berbeza. Tetapi sekadar untuk menyampaikan apa yang patut anda tahu.

Mesra Sokmo berkata...

Nabi Nuh berjuang betul, tetapi anak & bininya mati dalam sesat (tak nak naik kapaal mati diatas bukit) Ini bererti yg menang spt UMNO bukan nya betol banggang. tetapi penuh dgn penipuan, masa gundi dgn aku muka umno 3/4 kali pergi gundi di 3 buah sekolah. macamana tak menang, bila kita panggil utk disiasat polis panggil FRU. menatang beruk apa tu.

Uutuk Melayu NO - terbaik natang apa, IJN nak dijadikan swsta ditangguh sebab undi ditrg. Kad pengenalan nak buang perkataan Islam, tak puasa mudah, nak berzina mudah.. bila ditangkat taming kata dia bukan islam. anak bebas berugama sehingga umur 18 th. kristian mungkin anak panglima tu memang tepat.

tak sedar lg kerana ajaran sesat HADHARI, ALLAH juga menghukum UMNO sehingga kehilangan beberapa negeri. perempuan diberi sama hak macam lelaki sedangkan Allah telah nenetapkan
dalam hukumnya. tak sesat lagi. patutnya hadhari berani macam ayah pin istihar keluar islam, jab ugama pun tak boleh tangkap.

Syarat menjadi Melayu di sisi perlembagaan antaranya ialah beragama Islam?. ayah pin bukan melayu sebab dah keluar islam ...memang banggang penembak peluru penabur.

Melayu ialah majoriti penganut Islam di Malaysia, berapa ramai yg murtad spt kata Nabi Muhammad SAW umatku akhir zaman pagi islam petang kafir hadhari.

Bukankah mempertahankan hak hak itu disuruh oleh Islam dan mati mempertahankan hak hak kita dari dicuri oleh pencuri dikira mati syahid ? Yg ini benar tetapi bukan utk hadhari, sebab Nabi tak pernah istihar puak/ajaran ini.

Najib pun boleh menjadi imam utk mendiang Altantuya ... sebab siapa boleh bawa bom keluar dari balai polis, tanpa kelulusan menteri pertahanan?

nak sokong BN, kena banyak berfikir dihari pembalasan nanti .... kenapa awak sekongkol dgn penjenayah (mabuk arak, rasuah, tentang islam, zina halal by masitah....PAS nak buat hukum hudud dihina, ditentang, nak hantar FRu, nak buat darurat sebab terliur enam buah negeri. malulah sikit dgn Lim Guan Eng yg nak ikut cara perintah Umar abd Aziz. Pengundi Trg teruskan undi pas demi daulatkan islam

Mesra Sokmo berkata...

terfikirkah anda siapa dalam PAS, prof harun din, adiknya hassan din alhafiz, utz hisahumuddin - iman masjid negara, Badrul amin - prof undang2 UAI, Almarhun Ishak Bahron - mufti selangor, hassan mahmud alhafiz biasa dlm radio. sebelum anuar ditangkap, Datok hassan ali .....setakat awak siapa? taming, paneh, penembak ...mu nak compile dgn Pok loh - iman hadhari halal pegang bahu jutawan prm cina trg. itu pun kaya disuap oleh deris jusoh. najib lepas ini siapa pulak nak ditangkap liwat .... mahyuddin kok, mohd taib - habis bukit selangor dijual, Bekas MB melaka anak gadis dirogol tamby dilepaskan, bekas MB selangor dapat anak dgn cina. Itu boleh diharapkan UMNO/BN - aksi lucah Chua soi lek. Tok rok demo ini akhirnya mati tinggal istana Adun Pelabuhan Klang, kini akan dilelong

Tanpa Nama berkata...

NIK AZIZ JUGA MENGATAKAN ALLAH DUDUK BERSILA LENDIK DI ATAS LANGIT@ARASY.(NAU'ZUBILLAH MIN ZALIK). AKIDAH YANG BENAR IALAH 'ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT'. ALLAH YANG MENJADIKAN TEMPAT, ALLAH TIDAK BERHAJAT KEPADA TEMPAT.

Tanpa Nama berkata...

komen org gila, tak perlu layan...semuanya nak fitnahkan kpd tok guru. org macam najib altantuya nak jadi iman, boleh belahlah....dia pun tak pandai nak baca quran...nak buat iman...he

Cari Blog Ini

Translate