Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Oktober 2008

Komen Sahabat Mantap : kehendak Mahathir atau akar umbi ?

Baru beberapa hari sahaja mesyuarat UMNO Bahagian dah ramai calon yang telah dapat cukup pencalonan untuk layak bertanding. Memang seronoklah bagi mereka yang dah dapat kuota tersebut manakala bagi mereka yang belum dapat cukup pencalonan sedang giat berusaha ke seluruh pelusuk tanahair untuk memastikan mereka juga layak untuk bertanding. Persoalannya, apakah benar akar umbi mahukan perubahan kepimpinan tertinggi UMNO dan mahukan calon-calon tertentu bagi bagi mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam parti?

Persoalan isu akar umbi ni dah lama bermain di bibir pemimpin-pemimpin atasan parti dalam usaha untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa. Kehendak akar umbi seperti yang dinyatakan telah memperlihatkan bahawa tempoh peralihan kuasa telah pun berjaya dilaksanakan. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan akan menyerahkan pucuk kepimpinan parti kepada pengganti beliau, DS Najib. Maka DS Najib telah mendapat restu Pak Lah dan akar umbi untuk jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Perkara ini jelas kelihatan di mana semua bahagian yang telah bermesyuarat yang hanya mencadangkan nama DS Najib.

Pola pencalonan di hampir kesemua mesyuarat bahgian tidak memperlihatkan pola pemilihan akar umbi. Ia lebih mirip kepada kehendak sesetengah pemimpin yang galak mempromosikan kempen mempercepatkan peralihan kuasa. Cerita-cerita yang timbul selepas DS Najib memanggil Dato Zahid Hamidi dan TS Muhyiddin meminta Dato Zahid lepaskan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dan bertanding jawatan Naib Presiden. Kononnya nak bagi TS Muhyiddin ruang jadi Timbalan Presiden atas kehendak akar umbi. Namun demikian, dalam satu sidang media pada 19/10/08, DS Najib telah menyatakan bagi beliau pilihlah mereka yang layak untuk membantu parti kelak. Yang jelas di sini, DS Najib tak pun kata orang tersebut adalah TS Muhyiddin. Tapi apa yang menghairankan, jentera TS Muhyiddin galak pukul kompang kat seluruh pelusuk tanahair yang DS Najib mahukan TS Muhyiddin melalui slogan ‘Najib-Muhyiddin’.

Sebelum itu, pada 18/10/08, Pak Lah mengumumkan di Sabah bahawa ada ‘orang dari luar parti’ yang cuba menjadi ‘Pengarah’ dalam menentukan siapa yang perlu diletakkan untuk menerajui kepimpinan parti. Pengarah yang dimaksudkan adalah Tun Mahathir yang telahpun mengisytiharkan keluar parti sebelum ini. Kita tau la Tun masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO, khususnya ketua-ketua bahagian yang nama tak naik jadi calon PRU 12 lalu kerana ahli di bahagian mereka dah muak dengan karenah mereka. Seperti biasa la Tun memang pandai ambil peluang daripada mereka-mereka ni. Maka dia orang ni pun jadi la ’kepala jentera tak bertauliah’ di bahagian masing-masing. Sebenarnya dia orang ni nak kekalkan jawatan mereka kat bahagian je. Harap-harap dalam PRU 13 nanti nama naik jadi calon.

Dalam hal berkaitan peralihan kuasa, TS Muhyiddin jelas menjadi orang yang paling kuat menyuarakan agar proses tersebut perlu dipercepatkan. Tempoh Jun 09 yang telah dipersetujui oleh MT bagi beliau terlalu lama. Maka mesyuarat MT pun buat resolusi baru peralihan kuasa iaitu pada Mac 09. Pada 7/10/08 Pak Lah umumkan tak akan pertahankan jawatan Presiden demi keutuhan parti. Tun terperanjat namun gembira. Begitu juga TS Muhyiddin tersenyum lebar.

Masa mesyuarat bahagian sedang hangat, tup-tup TS Muhyiddin minta pulak masa kempen dipercepatkan. Beliau mendakwa bahawa perkara ini disalahtafsirkan oleh sestengah pihak dan media. Beliau kata yang beliau sarankan hanyalah tempohmasa kempen perlu dipendekkan hingga Disember je. Kalau itu maksud beliau, maka lepas bulan Disember tak boleh ada kempen. Tiga bulan yang mendatang, semua calon yang layak duduk diam je. Boleh ke? Beliau dan jentera beliau akan pasti buat demikian ke? Ramai berpendapat bahawa beliau ’yang menjadi suara Tun’ mahu memastikan peralihan berlaku Disember ini. Pastinya Perhimpunan Agong Umno juga mahu dipercepatkan iaitu pada bulan yang sama. Dengan lain perkataan, beliau mahu menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dalam waktu tu.

Tak kira apapun, persoalan sebenarnya perubahan yang mahu dibawa semestinyalah demi memastikan parti tetap utuh. Kepimpinan negara mesti dipimpin oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Perubahan yang diminta bukannya menambahburukkan lagi parti. Ianya perlu demi memperkukuhkan parti. Tidak perlu ada ’tukang atur’ dari luar parti dan ’tukang cakap’ dari dalam parti. Perubahan mestilah ikhlas dan datangnya dari kesedaran membela agama, bangsa dan tanahair. UMNO bukannya sebuah parti yang diterajui oleh mereka yang ’mahukan kuasa’ demi tujuan politik pribadi. UMNO peneraju kemajuan orang melayu. UMNO peneraju pembangunan Islam. Dan UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.


http://sahabatmantap.wordpress.com/

6 ulasan:

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

salam sahabat..

kita adalah kem setiakawan yang menentang arus dalam pemilihan kali ini. Sekarang ini usaha politikus2 telah bermula melobi semenjak start mensyuarat bahagian dan kita juga telah lihat siapa dia desperado dalam UMNO yg muncul semula selepas 1987 Team A vs Team B .. 2008 ini aku ibaratkan sudah terdapat kem @ team cuma mereka je tak mengaku. Kem Abdullah vs Kem Mahathir ..di dalam Pemuda pun sama Kem Muhkriz vs Kem KJ ..muhkriz juga mpy ramai orang kuatnya yang telah menawarkan diri dalam jawatan Exco . Kita akan kenal nanti anak VIP2 ex -pembesar2 UMNO yang dahulunya dok busy dengan imej korporat mereka tetapi akhirnya mahu terjun ke politik bersama Muhkriz.

Cheguman berkata...

itu le pasal...

Ini semua sekadar satu proses dlm kehidupan manusia. Siapa pun yg menang, hasilnya tak berbeza sgt nantinya...

Panglima Perang Cyber berkata...

kita kena benarkan siapa yang berkualiti naik tak kira dari team apa sekalipun..

Jika perwakilan rasa bagus, undi sahaja..

yang Pak Lah marah apabila Tun cuba mengaitkan orang orang tertentu yang dikatakan pro Pak La ditolak walaupun berkaliber.

Ini bahaya utk masa depan Umno..

itu saja.

Ipoh Marley berkata...

ckp byk xguna dari mefitnah org baik kome pikir cara nk majukn UMNO..zaman P.LAH dh berakhir..suara akar umbi atau tidak saksikan je la..bukti awal dh nampak..perbincangan mcm ni x kemana hanya membawa kita ke belakang..mcm negara malaysia skang dh mcm br merdeka..antara kaum pn x hormat menghormati..bak kata pepatah P.LAH mengajar kita merangkak setelah kita berlari

Panglima Perang Cyber berkata...

Nak majukan UMNO? kembali kepada agama sebagai teras perjuangan...

Jika semua asyik fikir tembolok sendiri maka ia akan merosakkan sedkit demi sedikit.

dan yang ikhlas mcm pak lah akan terasing dan terpinggir hasil kerja manusia yang tidak sabar naik ke persada politik.

apa kita boleh buat ?

guna blog mcm inilah sebarkan kesedaran..

zaman sekarang orang dah tak minat sangat forum dlm akhbar, majalah sebab lambat respon.

mari bertindak sebelum terlambat.

Tai berkata...

Itulah, jika sekiranya masih tak sedar, tak taulah apa nak kata.

Cari Blog Ini

Translate