Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Disember 2008

Kereta Perdana VS Camry @ komen saya di Blog Medan Info

Ini sedikit komen saya tinggalkan di Blog Medan Info sebagai sokongan terhadap artikel beliau tentang kereta Perdana keluaran Proton yang cuba dipinggir dan dihodohkan oleh geng yang mendakwa ingin menjadi Pakatan Rakyat yang sangat berhemah berbelanja, semasa mula mula memegang kuasa sebelum ini..

http://www.ngvinstaller.com/wp-content/uploads/2008/06/proton-logo-ngv.jpg

Namun malangnya, panas diharap sampai petang rupanya hujan di tengah hari.. Mereka seperti sudah tidak sabar merasa kereta import dan mahal seperti Camry..

Adakah kerana takut barangkali kuasa mereka akan ditarik oleh Tuhan selepas diberi peluang sehingga kini dalam tempoh 9 bulan menjadi MB dan Exco di lima negari ?

Ini kerana hubungan yang dingin dengan PAS sekarang boleh meranapkan semua pakatan yang mereka bina selama ini... Pakatan yang ibarat tidur sama bantal tapi malangnya mimpi berlainan..

Tindakan radikal PAS memecat 2 orang Erdogan di Selangor ; manifestasi penguasaan mantap team Ulama dalam PAS bagi membersihkan anasir pemimpin yang memakai baju PAS berhati PKR seperti kata Azizi Abdullah, pasti menggerunkan mereka..

Hingga barangkali kerana itu juga PKR telah melaungkan kempen baru untuk memberi imuniti kepada Raja Raja Melayu...

Untuk itu saya telah mengajak rakan rakan memberi sokongan kepada blogger medan info melalui komen di artikel tersebut ( klik sini ) dan saya juga sempat memberi sedikit komen sebagai menyuarakan hasrat dan pandangan saya berkenaan isu pembelian kereta Toyota Camry 2.4 tersebut oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan Perdana Executive 2.0...

http://i1.autoworld.com.my/userimages/emzine/1438/1438F73191170.jpg

Harga dan cc keduanya sangat jauh berbeza dan rasanya budak tadika tahu mengira yang mana lebih mahal dan kuat minyak antara dua jenama tersebut...

Perdana 2.0 dianggar berharga 102 k sebuah manakala Camry anggaran dalam harga 168 k sebuah. Perbezaan 66 k jika didarab dengan 30 ( 14 buah oleh Selangor dan 16 oleh Perak ) maka rakyat terpaksa merelakan mereka membayar kereta tersebut dengan harga lebih tinggi = RM 1.98 juta lebih mahal berbanding Perdana Executive 2.0 produk Proton demi memenuhi selera besar pemimpin pakatan rakyat.

Sedangkan ia belum lagi dikira dengan kos penyelenggaraan yang pasti lebih tinggi berbanding Perdana 2.0 yang mudah diperolehi alat gantinya di mana mana kerana dibuat di Malaysia.

http://images.paultan.org/uploads/2006/06/new_camry_taiwan.jpg

Justeru di mana rasionalnya mereka ingin menukar kereta dari kereta perdana kepada kereta import berjenama sekarang ini ? Adakah ia semata mata untuk merosakkan sebuah reputasi GLC Malaysia bagi melangsai dendam kesumat di hati agar UMNO / BN akan menerima tamparan hebat kerana Proton adalah mercu kejayaan Malaysia?? Atau ia bagi memenuhi agenda sesetengah orang mereka?

Rasanya kita dapat meneka...


Semoga kita semua dapat memberi sokongan kepada rakan rakan kita walau dengan sepatah kata di ruang komen. Bukan sahaja blog medan info bahkan mana mana blog yang sama perjuangan dengan kita.. Lebih lebih lagi team Blogger Pembela Negara !!

kerana walau sepatah kata, ia adalah dari lubuk hati rakyat Malaysia.

Selamat membaca...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

salam tuan blog..

Mari kita fikir apa natijah depa dari PR kutuk kereta perdana buatan proton ini ?

orang pasti akan kata :

ni buatan Malaysia tak ada kualiti...orang kita sendiri kutuk termasuk Exco kerajaan Negeri..

Mereka akan kata :

buatan Malaysia rendah standardnya..dan tak sepadan dengan harga.

Sedangkan ia berkait rapat dengan masalah korupsi seperti yang terbukti semasa isu servis perdana yang sangat tinggi di terengganu sehingga membongkar kegiatan menaikkan bil sehingga menyebabkan kerugian kerajaan negeri. Rasa masih ramai belum lupa isu tersebut yang masih baru sahaja dijalankan prosidingnya di mahkamah..

sekarang proton tengah top dan jangan lupa sudah dua model proton makin cemerlang di bawah CEO baru Proton iaitu model BLM Saga dan Persona..

Jualan Proton juga semakin meningkat di luar negara seperti di Thailand dan Mesir..

Proton akan diaibkan dengan cara terkutuk ini...dan orang kita kena pertahanan proton tak kira apa jua cara sekalipun.

bayangkan nasib 25 ribu pekerja majoriti bangsa kita di Proton ??

siapa akan bela mereka jika Proton lingkup ? termasuk syarikat2 vendor yang dimiliki oleh rakyat kita ??

saya tertarik dengan penjelasan zemi-tko tentang kereta AT dan hubungannya dengan isu kereta perdana ini

( http://zemi-tko.blogspot.com/2008/12/mukadimah-memandangkan-sekarang-terlalu.html ) :

Pada Zemi apa kereta sekalipun yang kita gunakan,jika kita tidak mengamalkan cara pemanduan dan penyelengaraan yang betul ianya tetap akan “JAHANAM”.Ditambah pula jika kereta tersebut adalah kereta AT.Kebanyakan kereta AT akan cepat menghadapi masalah kotak gear berbanding kereta MT (manual transmission)

Mari kita cuba tengok tengok juga kenapa PR beria ia nak tukar kereta.

takkan tak sampai setahun jadi Exco dah nak tukar kereta ? kata nak berhemah ?

mana mahal Camry atau Perdana ?

bukan apa kita takut ada yang dapat saguhati promote kereta camry toyota ni..

seperti yang ditulis oleh medan info di artikel atas, tentang komisyen yang bakal diperolehi oleh penjual kereta tersebut..

lebih lebih lagi Ronnie Liu juga dikatakan bekas salesman Toyota sebelum ini seperti komen Pejuang Bangsa di atas.

Apatah lagi Proton akan keluarkan MPVnya tak lama lagi..

Tentu keluaran toyota tak akan laku sangat dan mungkin ramai penyokong PKR DAP akan gigit jari tak dapat menaikkan sales mereka dengan kehadiran mpv tersebut.

kerana kejayaan proton dianggap kejayaan Melayu Islam...

Kegagalan proton juga akan dikira kegagalan bangsa Melayu dan penganut agama Islam walau ia akan cuba dinafikan oleh mereka yang cuba meletakkan persepsi negatif terhadap kereta nasional kita tersebut..

BPR kalau baca komen ni tolong siasatlah...

SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia )sudah dibentang sekarang ini tentu senanglah nak tangkap dan pecat jawatan mereka yang dapat komisyen pembelian tersebut ( jika ada )selepas ini !!

Marilah kita bersama sama pertahankan proton kerana ia bukan sahaja maruah Malaysia bahkan Bangsa kita serta agama juga..


p/s : BPN akan guna isu ni.. kita akan sedarkan rakyat perangai sebenar Pakatan Rakyat yang lain cakap lain dibuat....

harap ramai team BPN akan datang beramai2 komen sokong artikel ini...

6 ulasan:

rezqeen hill berkata...

kata² org munafik..

biasenya bile bjanji akan dimungkiri..tidak b'ckp benar..

semua sifat tu dh ade dlm diri pemimpin PR..

PR = Pengkhianat Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Pang5,

tksh atas sokongan tuan

Panglima Perang Cyber berkata...

Sesungguhnya orang beriman bersaudara..menolong sesama mereka atas dasar kebenaran dan melawan kezaliman.

Tekad kita menghalang ketua PR Anwar dan konco2nya dari terus menipu kita semua..

Sudah terima msg saya di bawah ?

Ia sudah diedar kepada team kita..agar berbuat sesuatu memberitahu dunia siber pendapat mereka perkara ini..

ada masa sila ke sana..

ini mesej saya :

http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/12/agenda-khas.html

diharap dpt segera ke blog ini.. isu azan dihalang di KL oleh non muslim yang tak sedar diri..

mari kita lawan..

Tanpa Nama berkata...

Tak bunyi apa pelaburan masuk lagi dah canang nak beli CAMBRY.

Sekadar duk makan habuan kerja keras dari pemimpin BN dulu nuuuuuuuuu.

Mula depa sedekah Amoi cina. Lepas tu, dengar bagi tanah berhektar hektar.

Lulus sebulat suara beli kereta mewah mewah. Lepas tu, gadai habis ler kampung den...

LUNCAI

Tanpa Nama berkata...

setau akulah...terengganu baru je melakukan benda yang sama.tak fahamlah aku..nak kata bangang kang semua pandai pandai..buat blog pun pandai tapi.terengganu beli mercedes boleh plak..perak tak boleh plak...aduh...kenapalah

Panglima Perang Cyber berkata...

Terengganu dah beli tapi dah akur agar tidak menggunakan kereta tu...

sebab nak jaga dasar persekutuan yg komited guna kereta nasional perdana executive sebagai kereta rasmi negara..

ada baca paper ka?

Cari Blog Ini

Translate