Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Disember 2008

Komen saya di blog Pedestrian dan sedikit ingatan ikhlas untuk ahli BPN

Jack Sparrow telah mengajak agar diserang blog Pedestrian yang turut menyiarkan artikel sama di blog Surind Raj sebelum ini....

Terima kasih atas pesanan dan buzzer Jack Sparrow yang turut bersemangat dan aktif memerangi blogger sejenis dengan Surind Raj yang telah pun mengibarkan bendera putih selepas 'nasihat' kita semua difahami oleh Beliau...

Tq Surind Raj atas tindakan bijak tersebut demi memelihat rukun damai negara kita dan perasaan orang Islam di Malaysia atau di mana sahaja mereka berada..

Di bawah ialah komen saya dan diharap dapatlah kiranya kawan seperjuangan memberi nasihat dan peringatan dengan berhikmah kepada Blogger ini...

Komen boleh ditulis denganpergi ke blog tersebut dengan klik di link ini...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hi...

kami tak perangi orang hormat dan respect agama orang lain.

apa kami buat untuk hentikan perbuatan menghina orang.

kami tidak akan sentuh sedikitpun blog orang bukan Islam. Atau tidak percaya Tuhan selagi mereka tidak sentuh agama dan kepercayaan kami.

medan siber bukan tempat anda membuat perbuatan mengguris perasaan kami sebagai orang Islam.

menyiarkan artikel menghina Islam sama erti menyokong keganasan.

Keganasan akan tercetus apabila sebilangan blogger yang kurang faham tatasusila sebagai warganegara Malaysia yang perlu menjaga perasaan warga negara yang lain.

mereka lah puncanya dan kami sebagai team BPN akan menentang perbuatan seperti ini..

Namun saya nasihatkan kawan kawan tidak menggunakan perkataan tidak elok demi mengelakkan persepsi semakin negatif terhadap agama kita.

Keganasan bukan dari ajaran Islam tetapi ada orang mengganas kerana mengikut hawa nafsu bukan ajaran suci Islam.

Kami anti terrorist dan mahukan keamanan dan keselamatan bagi semua penganut apa jua agama..

Namun jika kami berdiam diri membiarkan blogger yang tidak beretika berleluasa ia bermakna kami seolah olah inginkan kejadian keganasan berjangkit di Malaysia samada dilakukan oleh orang Islam atau bukan Islam.

Kita kena berjiran dan saling faham memahami dan bertolak ansur jika mahukan KEAMANAN DAN KEDAMAIAN negara kita berkekalan..

Apa pendapat anda ????

tq..

harap komen ini disiarkan...



Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Ydp Blogger Pembela Negara

7 ulasan:

Detguaq berkata...

Sayangnya, komen beliau terhadap saranan anda hanyalah 'twist around a tounge'.....

Captain Jack berkata...

Salam Panglima...

Terima kasih panglima...

Adakalanya perasaan marah yang membuak2... terhadap blogger yang menghina Islam ini tidak dapat dikawal...

Rakan-rakan BPN, apa yang dikatakan oleh Panglima, ada satu tindakan yang tepat... diharap dapatlah kiranya kawan seperjuangan memberi nasihat dan peringatan dengan berhikmah kepada Blogger tersebut...

Salam Perjuangan..

Jack Sparrow

MAWAR BERDURI berkata...

salam pang5!

mawar dah tenguk blog 2..tapi ni lagi dajjal kan pang5.

tapi bagus banget nasiat pang5 2...

sedihnya dia trep paham ja pas 2 bidas..heeee geram betul bca blog 2.

sumandak bayu berkata...

Salam Pang5...

Sememangnya nasihat nilah yang perlu kita semai di kalangan bloggers tak kira yang beragama Islam mahupun bukan Islam...

Hormati setiap agama dan kaum yang ada di muka bumi ini kerana yakin bahawa setiap manusia inginkan kedamaian bukan peperangan....

azreen berkata...

sorry lmbt bag info bro..

blog ni pn seangkatan dgn surind yang jahil 2

http://sjsandteam.wordpress.com/2008/11/23/islam-is-the-only-true-religionall-other-religions-are-false/

Panglima Perang Cyber berkata...

tq atas reaksi positif...

dan orang positif sahaja dapat melihat semua benda dengan positif dan menjadi sangat positif.

banyak suara positif akan menenggelamkan suara negatif!

dan negatif jika bertembung positif memang akan berlaku explosion.

cuma adakah kita mahu ia mencederakan kita ??

tq komen sahabat semua dan harap kita dapat lawan dan bongkar lagi penentang agama bangsa dan negara kita lagi selepas ini..

Ayuh !!! kita gempur lagi mereka..

Tai berkata...

Aha, cara BPN adalah bagus. Teruskan cara sebegini.

Cari Blog Ini

Translate