Sebagaimana yang sama-sama kita maklum bahawa agama Islam telah mula bertapak di Negara Malaysia ini semenjak abad ke 10 berdasarkan penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Oleh itu kita perlu bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana mengurniakan agama Islam sebagai agama rasmi kita yang menjadi anutan raja-raja dan pembesar-pembesar negara serta rakyat negara ini sejak zaman berzaman, bahkan ia telah menpengaruhi cara dan corak kehidupan orang-orang kita dari dahulu hinggalah sekarang.
Di antara pengaruh yang paling menonjol sekali ialah pemerintahan beraja. Sistem inilah yang diguna pakai dan kekal sehingga sekarang di negara kita sehingga rakyat terlatih dengan budaya taat beraja iaitu ketaatan yang berpegang kepada ajaran agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa’ ayat 59 tafsirnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.
Di dalam tafsir Al-Munir dan tafsir Al-Raqi ada menyatakan tentang maksud lafaz Ulil Amri itu.
Ulil Amri secara umumnya bolehlah diistilahkan sebagai sultan-sultan, pemerintah-pemerintah, cerdik pandai, ketua angkatan bersenjata dan semua pemimpin-pemimpin, penganjur-penganjur iaitu mereka ini dijadikan tempat orang ramai berurusan permasalahan mereka dan kepentingan-kepentingan umum.
Maka jika mereka itu telah bersetuju di atas sesuatu perkara atau membuat sesuatu keputusan atau hukuman, maka pengikut-pengikutnya hendaklah mentaati dan setia kepada mereka.
Dalam sistem pemerintahan beraja yang berteraskan ajaran agama Islam, raja itu mempunyai kedudukan tertinggi dalam negara dan menjadikannya berkedaulatan dan berkedudukan. Dan kedaulatan inilah yang menjadikannya tonggak pemerintah dan pemegang amanah untuk menjaga dan memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Dalam kehidupan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan, kekuatan dan kemantapan pemerintahan negara bergantung kepada sikap rakyat dan penduduk negara itu terhadap pemerintahnya. Dalam erti kata sejauh mana komitmen dan kesetiaan rakyat terhadap kata-kata taat dan setia itu diamalkannya. Begitu juga sejauh mana amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah itu ditanai dan dilaksanakan dengan penuh jujur, adil lagi bertanggungjawab.
Bukankah menunaikan amanah itu perintah Allah yang amat penting dalam Islam, yang dengannya membezakan kita dari perbuatan golongan orang munafik dan khianat. Sedangkan khianat itu pula adalah sifat yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala, seperti mana firman-Nya dalam Surah Al-Anfaal ayat 58 tafsirnya :
“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum yang mengikat perjanjian setia denganmu maka campaklah perjanjian itu kepada mereka dengan cara terus-terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat”.
Begitulah halnya dalam pentadbiran negara, jentera pentadbiran dan keberkesanan pengurusannya telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas bahu ketua-ketua kerajaan dan ketua-ketua pejabat bagi melaksanakannya dengan penuh jujur, adil lagi amanah.
Oleh yang demikian kita selaku pegawai, kakitangan kerajaan mahupun orang awam hendaklah taat kepada segala perintah, peraturan, arahan atau disiplin yang telah ditetapkan oleh mereka. Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhu�bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda maksudnya :
“Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan sahaja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat. Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira sama ada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang dipertanggungjawabkan.
Dari Ibnu Abbas Radiallahuanhu : Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :
“Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah”. (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim).
Sebenarnya dalam konteks taat ini, Islam bukanlah menghalang sesiapa dari bersuara atau memberikan pandangan atau pendapat kerana Sayyidina Ali Radiallahuanhu sendiri pernah berkata maksudnya : ‘Aku ini hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf’.
Tetapi sebaliknya suara, pandangan dan pendapat yang hendak dikemukakan itu biarlah membina dan mendatangkan kebaikan yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Terserahlah kepada ketua tersebut untuk menimbangkannya, sesuai dengan anjuran bermesyuarat seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 159 tafsirnya :
“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.
Oleh itu, marilah kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan Ulil Amri (raja atau pemimpin) dan marilah kita berdoa semoga raja kita yang dikasihi akan terus menerus memerintah negara ini dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Jadikanlah dan tanamkanlah pada diri kita sebenar-benar hamba yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Ulil Amri, semoga dengan ketaatan itu kita akan selamat di dunia dan di akhirat.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa’ ayat 59 tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menggembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya”.
4 ulasan:
Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.
Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.
Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.
Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.
Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.
Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.
Tok mudim, suka kari ayam dak?
Jika speaker DUN tak malu biarlah dia jadi 'speaker' jadi jadian..
untuk 'loud' suara orang..
'hantu' lain bercakap mat 'speakar' inilah yang menggemakannya ke seluruh alam..
ok gak macam tu.
Tapi encik, kena take action jugak.
Catat Ulasan