Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Februari 2009

Edisi Pagi : Hang Tuah dari BPN buat laporan polis terhadap Speaker DUN Perak Sivakumar ? -Malaysiakini





Hang Tuah
buat laporan SPRM terhadap Sivakumar

Muda Mohd Noor | Feb 19, 09 12:35pm

Pemuda Umno Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memintanya menyiasat tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang dewan itu berkuatkuasa serta merta.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Perak Hang Tuah Din, yang membuat laporan itu, berkata tindakan Sivakumar itu berniat jahat, bermotif politik dan menyalahguna kuasa yang diamanahkan kepadanya selain menghina dan mencabar Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menurut Bernama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pula membuat laporan polis di Balai Polis Slim River berhubung tindakan Sivakumar itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Fadzi Paharudin memberitahu Malaysiakini bahawa beberapa NGO di Perak akan membuat laporan kepada polis dan SPRM terhadap Sivakumar.

Katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Sivakumar mengikut Akta Hasutan.

zainol fadzi paharuddinManakala laporan kepada SPRM dibuat atas dakwaan Sivakumar menyalahguna kuasanya sebagai Speaker DUN Perak.

"Kita telah minta peguam Umno dan peguam kerajaan negeri untuk mengkajinya sebelum laporan dibuat kepada pihak polis dan SPRM," katanya dihubungi hari ini.

Beliau 
(foto) adalah salah seorang daripada enam exco yang digantung dan dilarang oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN.

Dr Zambry dan enam exconya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Ini ekoran aduan oleh Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Zainol, lima lagi anggota exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

'Keputusan tidak wajar'


Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

"Kita juga akan mencabar keputusan speaker itu kerana tindakan itu adalah tidak wajar.
Dia bertindak sebagai pendakwa dan hakim dalam kes itu," katanya.

Zainol berkata, keputusan melantik menteri besar dan anggota exco adalah keputusan Sultan Perak.

"Ini bermakna Sivakumar telah menderhaka kepada Sultan Perak dan beliau tidak memperakui titah Sultan," katanya.

Zainol berkata, Sivakumar telah memanggil menteri besar dan enam exco kerajaan negeri semalam.

"Menteri besar dan exco membuat bantahan kepada Speakaer terhadap tuduhan tersebut kerana sepatutnya beliau baca (tuduhan itu) dalam sidang dewan, tetapi mengapa beliau membuat keputusan sendiri.

"Selepas Dr Zambry dan anggota exco membantah tuduhan tersebut kepada Speaker, kami semua keluar dari bilik Sivakumar," katanya.





Abang Tuah salah seorang blogger BPN dan orang kuat BPN. Beliau juga menggantikan tugas Cheguman Blogger Waadat (klik sini ke blog beliau ) yang sudah melepaskan jawatan sebagai Timbalan YDP BPN atas sebab sebab tertentu. 

Begitu juga Che Moq turut mengundur diri kerana komitmen lain dan mereka membuka ruang bagi ahli lain memberi sumbangan dan khidmat kepada team.Setakat ini Yeopperak ( blog beliau klik sini )  memangku tugas tersebut dan semoga mereka mendapat kerjasama sahabat BPN yang lain.

Jawatan bukan halangan dan matlamat perjuangan kerana kita semua berjuang demi menegakkan kebenaran dan tidak peduli jika tidak mendapat atau diberi pujian mahupun cercaan... BPN bukan tempat melobi jawatan politik atau ingin mencari keuntungan duniawi.

Bahkan saya juga turut mencadangkan kepada beliau agar dapat didaftarkan satu NGO yang menghimpunkan suara bloggers untuk satukan umat Islam di Malaysia ini demi memastikan Islam terbela dan Raja tidak terhina oleh gelagat politik kotor dan kebinatangan oleh pihak sebelah sana.

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya saya sengaja menampilkan tajuk sensasi kerana ingin menarik perhatian pembaca. Barangkali betul juga boleh jadi tekaan saya di atas kerana memang abangtuah juga dari Perak ( tak silap saya ). Kalau salah betulkan saya !

Apatah lagi tugas beliau sebagai penolong Setiausaha Perak barangkali kena dengan aktivitinya membuat penerangan melalui blog selama ini..

Itu andaian saya sahaja dan jika anda ingin mengenali blog beliau boleh ke sana dari sini http://abangtuah.blogspot.com/

Itu saja dulu. Artikel tentang berita di atas rasanya sudah cukup untuk edisi pagi kali ini...

Edisi petang akan menyusul Insya Allah dengan sedikit tazkirah dan nasihat untuk ummah...

Moga semua sahabat diberi rezeki panjang umur dan moga sebelum umur kita habis perjuangan ini akan berjaya ke titik terakhirnya...

1 ulasan:

Tai berkata...

Wah encik, NGO? Wah, sesuatu yang amat-amat disokong. Banteras mereka yang nak hancurkan bangsa Malaysia yang pelbagai ini.

Cari Blog Ini

Translate