Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 April 2009

Edisi Pagi : Anak Nik Aziz diserang geng Erdogan dalam PAS



Pagi ini saya tertarik menyentuh isu Erdogan dan juga anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh. Selepas tampil dengan posting panas bertajuk kerja kerja bodoh dalam PAS ( nak baca ? klik sini ), maka beberapa blog telah menghentam beliau dengan teruk sekali.

Antaranya blog Malaysiawave yang terkenal sangat pro kepada Anwar dan jelas penganut anwarisme di kalangan ahli PAS. Blogger yang terkenal dengan gelaran Tulang Besi dan ada orang meneka ia blog tulisan Zaharuddin dan saya tidak mengia atau menafikannya.. Cuma saya nak tambah gelaran tulang besi kena lengkapkan dengan urat dawai ;) 

Blog yang saya lihat turut menyokong Tulang Besi ialah PerakExpress yang barangkali anak buah Nizar, salah seorang geng Erdogan penganut Anwarisme  (mungkinkah Karpalisme juga ? ) Selain itu blog Marhaen juga turut menyokong Tulang Besi dengan menyiarkan kembali artikel tersebut di sini http://www.marhaen.info

Posting beliau menghentam dan menghina anak Nik Aziz jelas dengan tajuk : Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya.

Selain itu Penarik Beca turut dengan sinis mengulas isu tersebut walau turut berhati hati agar tidak dipandang sini oleh team Ulama di sini http://penarikbeca.blogspot.com/2009/04/ayat-puteri-gunung-ledang-tok-guru-nik.html

Saya melihat isu yang diutarakan Nik Abduh adalah realiti yang berlaku serta suara akar umbi yang jelas sudah nampak dengan jelas peranan geng Erdogan yang disifatkan pembantu yang telah sesat seperti mana yang disebut dalam artikel Nik Abduh itu. 

Bahkan jelas artikel tersebut ditujukan kepada ahli yang berasal bukan dari PAS dan menjadi orang besar dalam PAS hingga membentuk team Erdogan yang disokong oleh beberapa orang PAS untuk naik lebih tinggi dalam hieraki parti. 

Lihat komen terakhir sebagai bukti :

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!


Yang jelas, beberapa blog rasmi dan peribadi penyokong PAS telah menyiarkan artikel panas Nik Abduh seperti :










Jika anda teliti satu persatu link di atas ( yang sebenarnya banyak lagi blog yang menyalin artikel tersebut ) maka anda dapat melihat segenap lapisan dalam PAS sangat meluat dengan proksi Anwar bergelar Erdogan itu. Bahkan blog yang menyiarkan artikel Nik Abduh lebih ramai dari blog yang menyiarkan tulisan Tulang Besi.

Mereka yang pro Ulama, merasa sangat gembira dengan komen pedas berapi Nik Abduh dan menyokongnya dengan menyiarkan kembali tulisan tersebut di blog blog mereka samada peribadi, atau blog rasmi parti.

Sebab itu mereka yang pro Erdogan telah melenting dengan kritikan pedas tersebut dan bacalah komen blog Malaysiawave tulisan Tulang Besi di atas menghentam anak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang sangat disanjung oleh ahli ahli PAS.

Kata Tulang Besi : Nik Abduh tak faham penerangan ayahandanya !


Habis jika anak sendiri tak faham siapa lagi ? Husam lebih faham ka ?


Orang pasti tanya saya, kenapa panglima sibuk2 ulas pasal PAS ni ? 

Sebab saya takut parti yang memiliki keahlian orang sebangsa dan seagama dengan saya ini, akan hancur kerana proksi Anwar di dalam PAS yang tidak lagi tulen niat mereka membela agama kerana sudah terpesona dengan janji janji dunia melebihi akhirat. Dan mereka inilah yang akan bawa Islam Liberal hingga persoalan agama makin bercelaru termasuk membenarkan kalimah Allah untuk non Muslim demi mendapat sokongan politik bangsa lain..

Itu saja alasan saya.


PAS sepatutnya menjadi KAWAN bukan LAWAN kepada UMNO dan golongan Erdogan adalah mereka yang meLAWAN kepada usaha berKAWAN segelintir pemimpin PAS dengan UMNO !!!!


Usaha mereka yang mahukan perpecahan umat Islam ini pasti akan ditentang BPN kerana kita mahu semua umat Islam bersatu tidak kira di mana jua tempat mereka berada...


Takbir !!!!!!!!!!!!!!!!    Allahu Akbar.....

4 ulasan:

Arif Omar berkata...

Raja Nazrin memalukan Raja dengan kisah Pak Kadok


Raja Dr. Nazrin didalam ucapannya ketika melancarkan buku "The Malays" hasil kajian Prof. Anthony Milner meminta rakyat untuk merenungi kisah kebodohan Pak Kadok memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan pihak lawan dan akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabungnya kepada lawan. Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah tergadai (Rujuk Malaysiakini, 10 Mac 2009 disini).

Kisah Pak Kadok ini sebenarnya memalukan institusi beraja itu sendiri. Saya melihat perkara ini atas 2 perkara:

(1) Seorang rakyat diperbodohkan oleh Raja
Kisah Pak Kaduk ini bukan satu cerita dogeng, kisah ini adalah kisah benar yang pernah berlaku kerana masih terdapat warisnya di Perak dimana keturunan mereka tidak boleh memakan Ikan Tapah.

Kehebatan ayam sabong Pak Kadok bernama Biring Si Kunani memang terkenal seluruh negeri. Raja terasa tercabar dan baginda tahu untuk mengalahkan Pak Kadok tipu helah perlu dibuat. Maka, sebelum pertandingan dijalankan Raja telah menetapkan syarat untuk menukarkan ayam Pak Kaduk yang hebat dan handal itu dengan ayam baginda, Si Jalak Putih Mata. Adalah malang bagi seorang rakyat yang mungkin sememangnya kurang ilmu, diperbodohkan lagi oleh seorang Raja!

Akhirnya tergadailah kampung halaman, anak dan isteri Pak Kaduk kepada seorang Raja. Pak Kadok yang pada awalnya bersorak apabila ayamnya Biring Si Kunani telah menang, tetapi pada hakikatnya dia terlupa akan perjanjian dengan Raja. Di pihak Raja, mungkin boleh dibanggakan dengan kehebatan baginda memperbodohkan seorang rakyat, tetapi adakah itu perlindungan yang sepatutnya diberikan oleh Raja kepada rakyatnya?

Raja Nazrin meminta rakyat merenungi kisah ini. Ya, sebagai rakyat kita perlu mengambil ikhtibar dari kisah ini kerana mungkin benar Raja-raja terus memperbodohkan rakyat? Tidak perlu saya memberikan jawapan, saya pasti masing-masing mempunyai intepretasinya sendiri.

(2) Raja dan tabiat berjudi
Jika saya ditempat Raja Nazrin, sudah semestinya saya tidak akan mengingatkan rakyat dengan kisah Pak Kadok ini. Hakikatnya sejarah memang tidak boleh dipadam, tetapi sesuatu sejarah yang hitam itu kita akan cuba untuk melupakannya.

Kisah Pak Kadok ini mengingatkan rakyat betapa Raja-raja ini mempunyai tabiat gemar berjudi. "Hikayat Abdullah" tulisan Abdullah Kadir Munshi juga menceritakan mengenai tabiat berjudi Raja-raja Melayu ini. Satu petikan dari Hikayat Abdullah,
"Apabila Raja-Raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan atau barang suatu benda raayat-nya, di-ambil-nya sahaja dengan tiada menjadi sa-suatu kesusahan atau takut kepada Allah’... ‘Jikalau anak (Raja) itu lagi kechil, di-carikan-nya anak-anak perempuan yang kechil menjadi kawan-nya bermain, dan tatkala sudah besar anak (Raja) itu di-sediakan-nya gundek, dan di-beri-nya keris akan dia, maka orang-orang negeri pun memberi hormat dan takut akan-nya sebab anak Raja, maka barang kehendak-nya di-perbuat-nya-lah ke-atas raayat, maka sekalian raayat itu pun tiada-lah menegah-nya. Maka bapa-nya itu pun melawan anak-nya bermain judi dan menyabong; maka ia tiada wang, di-beri-nya wang..." (Hikayat Abdullah, muka surat 345).

Mungkin ramai yang menghukum Abdullah Kadir Munshi sebagai agen Inggeris yang di tugaskan untuk mengkritik institusi Raja-raja Melayu pada ketika itu, tetapi sekali lagi ini terpulang kepada intepretasi kita. Bagi saya tulisan Abdullah Kadir Munshi itu boleh diterima kerana beliau memperkata apa yang beliau lihat dan alami pada zaman itu. Falsafahnya mudah saja, jika tulisan Abdullah Kadir Munshi yang banyak mengutuk Raja itu adalah satu kesalahan besar, mengapa Hikayat Abdullah ini dijadikan teks sastera STPM di sekolah-sekolah Malaysia?

Apa yang boleh saya rumuskan disini ialah titah ucapan Raja Nazrin yang meminta rakyat merenungi kisah Pak Kadok itu sebenarnya akan memalukan institusi Raja-raja Melayu itu sendiri. Kisah ini akan mengingatkan rakyat betapa seorang rakyat yang lemah telah diperbodohkan oleh seorang Raja yang berkuasa. Begitu juga kisah ini mengingatkan rakyat betapa judi itu adalah tabiat Raja-raja Melayu. Apa-apa pun kita berharap agar negeri Raja Nazrin sendiri tidak diperjudikan untuk kepentingan tertentu. -drh.h/GB



ini dari blog greenboc:http://greenboc.blogspot.com/2009/04/raja-nazrin-memalukan-raja-dengan-kisah.html boleh buat lapuran menghasut kepada blog ini. war-warkanya di blog tuan. lihat perenggan akhir tulisan ini

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Generasi muda telah di braiwash untuk membenci segala-gala yang bermakna kebaikan dan kemajuan. Dalam istilah psychology di panggil anti establyshment.

Perkara kanak-kanak tadika di seluruh kawasan gelombang hijau diajar memijak bendera dan gambar pemimpin adalah satu rahsia terbuka. Malah sudah jadi trend pembangkang bila berjaya menawan sesebuah negeri, maka perkara pertama yang akan dilakukukan adalah menurup tadika KEMAS yang tak bersalah. Ianya terjadi di Terengganu zaman Lewat 1998 selepas PRU10, di Perak, Selangor dan Penang.

Di peringkat sekolah menengah dan Universiti pula pelajar diasuh menjadi trend untuk membenci kerajaan yang memerintah. Saya masih ingat ketika menuntut di luar negara pada era lewat 1980an, Pegawai MSD terpaksa membawa pita video Memali untuk menerangkan apa yang sebenarnya terjadi.

Sebenarnya menyemai budaya anti establysment ini akhirnya akan memakan diri pembangkang sendiri. Kelantan , satu-satunya negeri yang telah berada dalam cengkaman PAS selama 18 tahun telah menunjukkan penularan budaya anti establysment dalam kehidupan seharian..buktinya rusuhan di stadium bola sepak KAFA vs pasukan NS.

PAS / PKR/DAP dan PR hendaklah sedar menyemai budaya tersebut akhirnya akan memakan diri. Memang senagn mengarah golongan muda memberontak,knonnya kebangkitan golongan mahasiswa.....terpelajar... sebab naluri darah muda memang nak tunjuk lagak,sebab terasa tertekan kerana masih tidak independent secara kewangan... tapi ingat strategi memakan diri dan akhirnya negara yang akan musnah.

rizuan mh berkata...

salam ziarah

saya penyokong tegar UMNO dan insya-Allah, akan mati bersama UMNO.saya juga mengikut rapat perkembangan parti yg satu ini, sbb darah seagama sekalimah syahadah yg sama yg sedia wujud antara UMNO dan PAS, kerana Allah.

namun, saya semacam kesal dan kecewa dgn perkembangan mutakhir PAS sejak tahun-tahun terkebelakang membawa ke hari ini, dan pastinya akan lebih menarik bg tahun-tahun ke hadapan.cerita-cerita dari parti ini saya selalu folow malah byk buku berkaitan saya selak-selaki supaya lebih fhm.ada pemikiran yg tegar ulama saya jumpa khusus dlm jiwa PAS yg sebelum-sebelum ini.

seruan kepada daulah Islamiah, usaha politik untuk hudud dan qisas, kemajuan dlm dimensi dan konseptualnya Islam, dan banyak lagi, pernah membungakan sedikit keyakinan kpd nilai jati juang PAS, tapi saya tetap dgn perjuangan saya, kerana saya meyakini kedua-duanya berarah sama meski kontrari dlm metod.saya tidak kisah jika PAS jadi jaguh untuk bangsa dan agama, andai UMNO satu hari hilang kuasa tapi biarlah hanya PAS dan bukan berPAKATAN dgn puak-puak itu.

namun, perkembangan yg sekarang ini sungguh mengecewakan.

Panglima Perang Cyber berkata...

tq saudara ariff, saya yakin sahabat kita akan mengulasnya di blog masing masing. Isu tersebut perlu didedahkan agar rakyat sedar dan kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap yang berani melakukan sedemikian.

rahman, pendapat anda ada kebenarannya. Itulah taktik mereka gunakan atas nama kebenaran sedangkan ia penuh dengan muslihat dan kebatilan.


tq komen saudara berdua...salam

Cari Blog Ini

Translate