Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 April 2009

Edisi Pagi : Berita Penting untuk Ahli BPN



salam semua.

selepas berbincang dan meneliti implikasi dari syarat keahlian BPN dengan beberapa orang kawan, dan mendengar maklum balas sahabat sahabat semua, maka saya telah mengambil keputusan untuk memaklumkan beberapa perkara berikut.

1. Blog yang menjadi ahli BPN tidak disyaratkan pasang chatroll bagi mengelakkan over load Chatroll atau memberatkan proses loading blog. Ini kerana pembaca tidak menyukai blog yang berat dan lambat untuk diakses. Justeru itu Chatroll boleh dibuang dan terpulang jika anda tetap ingin memasangnya di blog masing2. Cuma pastika anda membuat link ke Chatroll BPN yang beralamat di sini :  http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara

2. Logo flash didapati tidak berjalan dengan baik dan saya mencadangkan logo asal yang ada bulatang dipasang bagi mengelakkan ia mengganggu proses loading blog yang pasti mengganggu dengan logo yang berbentuk flash. Selain itu logo flash juga didapati menimbulkan masalah jika talian internet perlahan sehingga tidak berfungsi dengan baik dan mengganggu paparan blog.

3. Keputusan juga bersetuju untuk mengecualikan syarat memasang senarai BPN ini untuk kebaikan semua ahli BPN dan pastinya selepas ini keahlian boleh diperiksa di blog rasmi BPN atau di blog saya sendiri. Senarai ahli BPN juga akan diletakkan di blog rasmi BPN atau blog saya dan anda hanya perlu memasang link kepada logo BPN dan mencatatkan : klik untuk senarai ahli BPN.

Ini kerana ramai tidak dapat, sempat atau tidak mahu memberatkan blog mereka dengan link link blogger BPN yang mencecah seratus blog buat masa ini. Keputusan ini demi melicinkan lagi perjalanan BPN agar semakin berkembang dan digeruni oleh lawan.

Yang paling mustahak ialah semua blogger BPN mestilah mengaktifkan Yahoo Messenger mereka samada di email atau di YM bagi urusan menghantar link2 yang perlu diteliti atau diberi respon dalam misi untuk membela negara bangsa dan juga agama kita di persada siber ini..

Terima kasih kepada semua sahabat dan selepas ini kita doakan BPN akan semakin meriah dengan ahli2 baru yang sebelum ini mungkin agak berat untuk memenuhi syarat2 yang kita tetapkan.


Selamat berjuang dan pastikan keikhlasan tunjang perjuangan kita bukan untuk menjana wang ringgit, pangkat atau duniawi yang bersifat sementara dan fana...


BPN akan berjuang demi kebenaran, dan membela pejuang kebenaran dan menolak serta menentang agen penyebar kebatilan yang  berhasrat meruntuhkan keamanan dan kesucian !!!!

8 ulasan:

Unknown berkata...

gile kencang pertubuhan haram ni..papepon komen cket psal najib kurangkan equiti melayu tu ok!!

Tanpa Nama berkata...

Thanks, Cdo mmg berm,inat nak jadi BPN, tetapi maslaah birokrasi seperti yang nytakan diatas telah menyebabkan Cdo membatalkan niat tersebut...Anyway Cdo akan tetap menyokong ahli kumpulan BPN untuk kebaikan agama, bangsa dan negara..

Panglima Perang Cyber berkata...

ok akil...tq


cyber - jom join us.

Pembela Melayu berkata...

heheheheh tq panglima....ringan sikit....huhuhuhuhuh

Bicara Sungai Pinang berkata...

tq panglima

MK IV berkata...

di sebapkan aku dah tau cara permainan kau yang suka silang kawan-kawan.. maka dengan ini aku keluarkan logo BPN daripada blog aku... so aku harap kalau kau ada link kan blog aku di blog kau sila la keluarkan, aku tak nak ada apa2 pertalian aku dengan blog kau dan BPN.

Panglima Perang Cyber berkata...

Masco - saya tidak berniat menghalang kehendak anda dan rakan rakan yang lain untuk keluar dari BPN.

Mungkin ada team lain yang akan anda sertai dan moga ia juga boleh menjadi team yang berniat mahu membela agama bangsa dan negara.

Kelonggaran syarat ini selepas saya dapati ada sahabat yang mungkin kecil hati kerana dikenakan tindakan pengguguran sementara dan saya minta maaf kerana tindakan tersebut tidak dikecualikan kepada sesiapa termasuk yang dekat atau rapat dengan saya sendiri.

Ini demi memastikan tidak ada pilih kasih dan saya mahu memberitahu proses pantauan tersebut dijalankan sedikit demi sedikit.

Harap kita tidak salahkan satu sama lain.

Salam perjuangan.

PemudaGagasan berkata...

Salamz...

Chatroll memang selalu semput...mungkin dia pakai pc biasa je untuk dijadikan server kat umah dia.

Tang logo flash tu...pasal semua amik dari satu tempat source dia...tu yang buat jem source tu

pasal isu kelembaban blog untuk loading nih...tak keADILan rasanya untuk letakkan kesalahan tu atas chatroll atau logo flash tu saja...pasal kalau kita tengok blog memasing pun...macam-macam mak datuk adik nenek gadget-gadget flash ni yg diorang letak dalam blog. pastu ada plak yang gatal-gatal main edit theme macam panglima sendiri...hahahaha

moral of the story : drive carefully

hahahaha

Cari Blog Ini

Translate