Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Mei 2009

Polis periksa pejabat DAP kumpul bukti risalah hasutan

 

KUALA LUMPUR: Polis telah melakukan pemeriksaan di Ibu Pejabat DAP di Seksyen 20/9 Petaling Jaya petang semalam dan mengambil beberapa bahan bukti termasuk komputer dan perisian yang disyaki digunakan untuk menerbitkan risalah yang mengandungi unsur hasutan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hasan berkata pihaknya telah membawa salah seorang daripada 16 orang yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan haram Khamis lepas untuk membantu dalam pemeriksaan selama sejam itu.

Katanya selain lelaki itu, seorang ahli DAP, bersama peguamnya Gobind Singh Deo, yang juga Ahli Parlimen Puchong, beberapa ahli DAP lain turut berada di pejabat itu semasa polis tiba pada pukul 4 petang tadi.

Lelaki itu adalah antara 16 orang yang ditahan reman selama dua hari sejak semalam kerana mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Teratai di Ampang.

Polis turut menemui lebihan risalah yang berbau hasutan yang diedarkan semasa perhimpunan itu di pejabat tersebut, katanya. 


BERNAMA




Apa lagi mereka mahukan ? Tak terima keputusan nak mogok lapar pula ? Apakah permainan politik mereka ini perlu dilayan ? Adakah rakyat perlu menyokong tindakan terdesak parti yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah kalah dan gagal meneruskan pemerintahan di negeri Perak?


Adakah ia juga berkaitan penyelewengan yang mereka buat semasa memerintah ? Atau berkaitan dengan janji janji yang belum dan gagal dipenuhi kepada kroni kroni ?


Apakah itu sebab mereka jadi sangat terdesak dan berang ????? 


Entahlah labu,,,,, Allah tentu lebih tahu,

1 ulasan:

Apache berkata...

ISA kan ada...guna la...

Cari Blog Ini

Translate