Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2009

Edisi Sabtu : Perpecahan atau Perpaduan wahai penyokong dan pembela PAS ?

Salam perjuangan semua sahabat dan lawan saya...

Hari demi hari kita dapat melihat satu persatu kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin BN dan PR tentang Kerajaan Perpaduan !

Kesimpulan setakat ini : HANYA Nik Aziz dan Erdogan sahaja tak nak bersatu padu kerana SANGAT BENCIKAN UMNO

Bayangkan betapa berani 10 dari 23 MP PAS secara terang-terangan menandatangani surat menolak Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh Presiden mereka sendiri. Termasuk bekas Setiausaha Agung PAS yang bekas pro Anwar dan termasuk di kalangan geng Erdogan bernama Kamaruddin Jaafar.

Kamaruddin Jaafar atau KJ adalah dalang di sebalik promosi Anwar di akhbar HARAKAH dan beliau akhirnya telah digantikan oleh Mustafa Ali selepas kalah muktamar yang lepas ( klik sini )

Mereka adalah minoriti bukan majoriti dan kebanyakan adalah pro Anwar sejak dulu lagi namun bertanding di atas nama PAS...

Bahkan ada blog ( klik sini ) telah membuat poster Erdogan ini seperti di bawah dalam postingnya pada 1 Januari 2009 yang lalu :




Mereka yang mirip dan telah digosipkan geng Erdogan pro Anwar ternyata tidak dapat lagi menyembunyikan 'kemunafikan' mereka di dalam berjuang dengan berbaju ala Pas namun berhatikan cinta kepada perjuangan PKR tajaan Anwar.

Lihat ulasan panjang lebar orang kuat PAS juga seorang penulis novel dan pengkritik bernama Azizi Abdullah di sini http://aziziabdullah.blogspot.com/2008/09/badan-saja-pas-baju-keadilan.html


Lihat satu persatu senarai yang didedahkan Malaysiakini tersebut ( klik sini ) :


pas parliament members support for nik aziz 180609
Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media (foto kiri).

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit

Orang seperti ini tidak lain mereka yang sudah terlalu keras penentangan mereka terhadap UMNO.. Sehingga tidak lagi mahu mengambil pendekatan berbaik-baik sebagaimana saranan TPM kita hari ini yang mahukan semua pihak membuka lembaran baru antara kedua pihak.


Cuba tanya mereka : Bukankah syaitan sukakan permusuhan dan bencikan kasih sayang / perpaduan ????



Firman Allah :

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
( سورة المائدة , Al-Maeda, Chapter #5, Verse #91)


Baca lagi ayat ayat berkenaan permusuhan di link ini http://www.searchtruth.com

Jadi sekarang adakah Nik Aziz tonggak penghalang utama kerajaan perpaduan adalah tok guru agama Islam atau Tok Guru Syaitan yang sama dengan matlamat Syaitan untuk mewujudkan perbalahan hingga tidak lagi membenarkan rakyat negara kita bersatu padu berbaik baik walau berbeza fahaman parti politik ?

Teringat lagi Nik Aziz pernah berkata DAP dan Syaitan sama saja, dan sekarang Nik Aziz rela mempertahankan pakatan dengan DAP aka Syaitan ????



Adakah kerana Nik Aziz risau kerusi MB hilang jika berbaik2 dengan UMNO nanti ? Adakah itu fikiran 10 MP Pas tersebut ?


Jangan sampai kita digelar syaitan dari kalangan manusia oleh pengikut kita yang dulu menjadi pengikut yang setia namun baru sedar diri sudah jauh ditarik ke lubuk buaya yang sangat bahaya.......


Mari kita geng BPN atau tidak, untuk lawan siapa sahaja yang menentang PERPADUAN antara umat Islam !!!!!!!!!!!!


Takbir !!!!

Takbir !!!

Takbir !!!

8 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

Mari kita perangi habis habisan nik aziz. sejak dulu beliaulah tokoh penghasut dan pendusta kebenaran. mempergunakan agama untuk kepentingan politik sendiri.

Tanpa Nama berkata...

SALAM PANG5
KLU AHLI2 PAS BUKAK MATA NO. 3 PASTI MEREKA AKAN DAPAT TENGOK WAJAH SEBENAR NIK AJIS. WAJAH YG PENUH KEJIJIKAN, KEBENCIAN DAN KEHINAAN

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Apa nak jadi pada bangsaku ini politik taksub semakin menjadi-jadi.Bangsa dijual agama dilacuri demi menegakkan ketuanan al juburi cina dan india. Gembira tak terperi melayu hancur kerana anwar al liwati sampai sekarang tak ku temui di mana Al Ghazali.Takpelah aku sambung lain kali.

Mata Hati Jiwa berkata...

perpecahan melayu menguntungkan DAP keparat.. ayuh semua kita wujudkan perpaduan untuk semua..

nik ajiz tidak lagi relevan dalam arena penyatuan ummah.. nik aziz bimbangkan kuasanya sahaja dan penuh dengan keegoan hasutan syaitan...

Cheguman berkata...

Salam ustaz,
Terima kasih kerana memberikan link ke blog Azizi Hj Abdullah itu. Nampaknya beliau memang pejuang Islam tulen, jauh sekali golongan erdogan.

Nampaknya musuh PAS bukan lagi UMNO tetapi PKR dan ahli PAS-erdogan.

Benarlah kata orang-orang tua: nak tumbangkan pokok kena lah guna sesuatu dari pokok juga.

Ustaz Azizi sudah mengesannya dan sedang memberi amaran. Namun saya percaya, ramai kalangan PAS yang masih terpesona dengan idea Pakatan Rakyat Anwar, PKR & DAP atau singkatannya PeRANgKAP..

Gedung Akal berkata...

Tuan.
Tipu menipu dan umpat keji memang ada dalam politik Melayu
kah..kah.kah..kah..kah
Ini budaya politik lama..
ini gaya politik perkauman..
heh..heh..heh..
Gaya politik ini bukan kerana Allah
Politik ini kerana perut dan kemaluan hah...hah..hah..
Blogger kecoh dan selak kain pun banyak!

Sila baca tentang politik baru, tentang komunis, tentang demokrasi dan tentang bola dalam blog saya:

Tentang politik baru:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/05/politik-baru-itu-apa.html
Tentang Blogger Gaya Lama:
http://gedungakal.blogspot.com/2009/06/blogger-selak-kain-blogger-gaya-lama.html

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com


PAS pernah memburukkan keluarga Najib dan menuduh Najib sebagai pembunuh Altantuya semasa ceramah dan dakyah pada pilihanraya lepas, KENAPA NAJIB PERLU MINTA MAAF?

WARIS PAHANG berkata...

minta linkan blog saya ke dalam blog tuan.

http://www.warisanpahang.blogspot.com/

Cari Blog Ini

Translate