Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Julai 2009

Edisi Khas : Harap Blogger BPN sokong fizikal dan mental Kempen Sokong ISA ini !!!

SOKONGISA4.png (400×386)


Pewaris, 10 NGO Melayu ke Istana Negara sokong ISA

KUALA LUMPUR 22 Julai -

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan berarak ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta itu, Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 1 Ogos ini.



Timbalan Presiden Pewaris, Rahimuddin Md. Harun berkata, NGO Melayu yang terlibat antaranya Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).



Menurutnya, Pewaris bersama 10 NGO Melayu telah bermesyuarat mengenainya semalam dan memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka sebagai tanda sokongan kepada pelaksanaan ISA.



"Kami akan berarak ke Dataran dari Pasar Seni mulai pukul 1 tengah hari selepas mengedarkan risalah kepada orang ramai di situ pada pukul 11.30 pagi.



"Kira-kira 3,000 penyokong akan berkumpul di Pasar Seni sebelum ke dataran untuk menurunkan tandatangan sokongan terhadap akta tersebut di atas kain rentang gergasi.



"Selepas itu, kami akan membawa kain rentang berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ISA dikekalkan," kata kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



GMI hari ini memberitahu, gerakan itu bersama-sama dengan ahli sekretariat mansuh ISA akan menganjurkan satu perhimpunan ISA secara besar-besaran pada 1 Ogos nanti.



Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, dianggarkan 80,000 penyokong akan berkumpul bermula pukul 2 petang di perkarangan Masjid Negara dan stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek serta Kompleks Sogo.




KOMEN :



GERAKAN SOKONG ISA PATUT KITA SOKONG.


PANGLIMA TURUT HADIR NANTI DI PERHIMPUNAN TERSEBUT INSYA ALLAH.


HARAP SEMUA DAPAT LAPANGKAN DIRI DAN TURUT BERKEMPEN MENGAJAK RAKYAT CINTAKAN KEAMANAN AGAR MENYOKONG ISA DIKEKALKAN.



6 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM...
KITA SOKONG....AYUH SEMUA...
KALAU DEPA RASA DEPA KENTAL...
KITA LAGI KENTAL

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

salam bro,
Insyallah....mari kita turun beramai-ramai.

Tanpa Nama berkata...

Ayoh, ramai ramai kita turun..Kalo sana kata 80 ribu , kita banyak lagi...
Ingat cuma Agong, Raja Raja Melayu,Perlembagaan saja yang ada .
nie pon nak di mansuhkan..
Habis nanti everybodi rules the world sebab x der sekatan lagi...Malayu dengan Melayunye, Cina dengan Semangat Cina nya, India dengan Indianya , isu perkauman x leh di sekat lagi kebebasann bersuara.
Apakah mereka mereka nie x der otak ker apa yang dah berlaku 13 Mei , apa mereka x belajar dari sejarah.
Kekebal di dewan pun dan cukup terbukti bagaimana mereka mereka ini menggambil kesempatan....
INi apatah lagi kalau ISA dimansuhkan....
Ingat lah pada berapa gelintir yang terikat dengan ISA berbanding jutaan rakyat malaysia yang masih mencintai keamanan.
AYUH KITA REMPUH- KEKAL ISA

Dtg jangan tak datang

Jeffry berkata...

BONGOK PUNYA PERTUBUHAN PEWARIS NIE!...
ORANG NAK TENTANG KEZALIMAN SEBALIKNYA PEWARIS SUKA TENGOK ORANG KENA ZALIM. TAK HABIS2 BANGANG PENCACAI UMNO INI.

Abd Bashid Harun berkata...

ISA bukan seperti PPSMI. Setelah PPSMI ditamatkan, mungkin ada yang memikirkan ISA juga patut dilakukan seperti itu. Ini dua perkara yang sangat berbeza kesannya kepada rakyat dan negara. PPSMI berkisar kepada faktor bahasa dan jenis modal insan yang bakal lahir daripada suatu sistem pendidikan yang digubal yang bakal menentukan maju atau mundurnya negara. ISA pula menentukan sejauh mana negara ini terselamat dan kekal aman daripada tindak tanduk minoriti yang menganggap mereka terlalu bijaksana tetapi sering melampaui undang-undang dan perlembagaan negara dalam setiap tindakan mereka. Mereka jenis ini mengutamakan diri mereka sahaja bukan rakyat banyak dan negara. Mereka selalu menganggap apa yang mereka buat betul walaupun kesannya kepada kestabilan negara dalam jangka sederhana dan panjang amat buruk. Negara sering terdedah dengan bahaya dan berada dalam keadaan cemas setiap kali golongan ini membuat tuntutan dengan cara-cara mereka. Undang-undang biasa tidak dapat mendiamkan mereka. Hanya ISA yang sesuai untuk mereka jenis ini.

Panglima Perang Cyber berkata...

ISA akta menjamin keamana dan kemakmuran negara selama ini.

jangan kita buang sesuatu kanun yang berteraskann kepentingan rakyat di negara kita.

siapa sokong ISA dimansuh bermakna nak tengok cina india dan melayu bergaduh !

Cari Blog Ini

Translate