Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Julai 2009

Edisi Khas : Pak Lah tidak kata suruh mansuh ISA ~ Malaysiakini


Ramai orang kata Pak Lah suruh mansuh ISA. Sebenarnya mereka sengaja mengambil separuh ayat dan meninggalkan sebahagian ayat yang lain.

Logik ke bekas PM menyuruh dimansuhkan akta yang diguna semasa menjadi PM ?

Bahkan Pak Lah sendiri berjanji tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara selepas bersara menjadi Perdana Menteri !!

Antara yang melompat gembira memutar belitkan ayat ucapan Pak Lah ialah Anwar Ibrahim di blog beliau di sini. Ia berdasarkan laporan Malaysiakini ( klik sini )

Walhal jika Anwar pakai otak dan pakai cermin mata tebal sikit dia pasti terbaca ayat ini :

“Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan,” beliau dipetik berkata.


Sapa kata tu ? Tentulah Pak Lah. Kecuali Anwar Ibrahim buat tak nampak fakta di atas.

Kesian ramai betul orang yang tidak memakai otak dan ambil peluang memutar belit kenyataan orang lain demi kepuasan 'nafsu politik' mereka.


Memang benar ada orang berpandangan ISA diguna bagi menahan individu tertentu termasuk dari UMNO sendiri seperti yang disentuh oleh Shabery Chik di sini ada kebenarannya. Namun ia bergantung kepada pemegang kuasa dan niat mereka hanya diketahui oleh ALLAH dan tidak diketahui oleh kita yang daif ini.

Jadi, kita tidak boleh membakar 'kelambu' kerana marahkan nyamuk seekor !!

Dalam Islam sendiri ada kaedah Usul Fiqh : Mengelakkan mudarat lebih utama dari mendapat manfaat.

Bahkan " mencegah itu lebih baik dari mengubati " adalah pendirian kerajaan kita di dalam menggunakan akta ISA.

Nak tahu lebih lanjut pengertian usul fiqh ini sila ke sini.

Jadi, jika tugas menjaga keamanan ( termasuk 5 perkara iaitu akal, nyawa, harta, maruah dan keturunan ) adalah wajib maka akta mencegah huru hara dan darurat juga wajib dibuat.

Terbukti dengan adanya ISA negara kita diselamatkan Allah dari ancaman militan tersebut sehingga Manchester United sendiri berasa aman dengan situasi terkini negara dan membatalkan kunjungan ke Indonesia dan dua kali datang ke Malaysia bermain bola dengan pasukan kita.

Bagi saya Pak Lah hanya meminta ia dipinda atau ditukar kepada akta lain yang tetap sama tujuannya.

Tidak ada dalam kenyataan Pak Lah bahawa ISA tidak baik dan tidak perlu dipakai dalam menjaga keamanan negara kita.

Kesimpulannya, Tun Abdullah tidak meminta akta pencegahan dihapuskan seperti ISA bahkan menyokong ia diteruskan seperti mana dipraktik semasa pemerintahan beliau sebelum ini.

Yang penting, rakyat perlu menyokong langkah pro aktif pemimpin bagi mengawal keamanan dan kemakmuran negara agar sentiasa terpelihara demi nasib anak cucu kita.


Link Link lain berkenaan ISA :

1. Kenyataan Naib Presiden UMNO Dato Shafie Afdal



Tambahan :

Gambar gambar DS Najib dan isteri serta anak di Mekah baru baru ini





\

9 ulasan:

Tai berkata...

Dulu masa dia di BN, dia jugak yang perjuang itu dan ini. Dan sekarang, bila si tua ni dah jadi pembangkang, dia nak menjilat semua pembangkanglah tu. Dah kebulokkah?

Tai berkata...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Hanya orang suka buat dajal dalam negara sahaja yang takutkan ISA....
Rakyat keseluruhan mahukan ISA....

Bloger PAS mempersendakan Naijb pergi umrah, dia ingat dia orang saja yang diterima Allah.........

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

salam panglima..
tidak ada apa2..
sekadar meluahkan suara agar diadakan pilihanraya di kampus kita.. sudah cukup penggal...
oh ye mcm mane saya nk upgrade dari penyokong BPN ke ahli

Panglima Perang Cyber berkata...

Putera Yusof : kita chat nanti.. saya akan bagitau caranya.

terima kasih komen sahabat2 semua.

PEJUANG CYBER berkata...

Blogger BPN perlu buat sidang TERGEMPAR!!!!!

مَعهَدين الُمعلمْ berkata...

hahaha..
cm ne la xnak persenda..
pergi mekah pakai tudung..
balik mekah tudung buat bungkus taik..

http://nasionalis1982.blogspot.com/ berkata...

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/07/antara-merekakenapa-ada-yang-hipokrit.html

badri berkata...

hahaha. masa umrah pakai tudung. kat malaysia tak pakai tudung. ape rosmah ni ingat islam kat mekah je ke? memang betul flip flop. duk kate pak lah flip flop. ha tengok sendiri najib ngan bininya tu.

Cari Blog Ini

Translate