Alhamdulillah semalam Panglima sempat bersalam dan bersama dalam majlis gilang gemilang ( walau dalam hujan lebat, tanda rahmat Tuhan ) dengan orang kedua terpenting dalam negara kita tidak lain tidak bukan Yang Berhormat Tan Sri Muhyidin Yasin. Hujan memang sangat lebat turun sewaktu sesi diskusi dijalankan dan saya sangat yakin ia adalah tanda Allah merestui majlis yang julung kali saya rasa diadakan antara pemimpin tertinggi negara dan blogger pejuang nasib rakyat dan pembela negara, yang tidak mengharap apa apa dalam berkarya di blog mereka.
Apakah ia satu permulaan kepada kebangkitan kita di alam siber untuk menangkis serangan dan tipu helah mereka dalam memburukkan negara dan juga pemimpin kita ? Jika hujan tanda rahmat Tuhan maka ia sudah pasti restu Tuhan dan bakal menghasilkan satu momentum dan gelombang besar yang bakal tercatat dalam sejarah kebangkitan pejuang bangsa satu hari nanti. Alhamdulillah Panglima dipilih Tuhan dapat bersama-sama mereka dalam majlis yang diadakan juga di tempat istimewa bernama Carcosa Seri Negara.
Pernah dengar istilah 'Blogger Jalanan' ????
Istilah 'blogger jalanan' antara istilah yang diperdengarkan di hadapan TPM semalam. Macam tidak sangka ia disebut tetapi ia sememangnya adalah istilah yang sangat tepat dengan golongan kita yang tidak ada nama dan tidak dikenali ini. Apatah lagi tidak ada bayaran atau imbuhan untuk berjuang dalam perang siber ini...Justeru majlis semalam sangat bermakna kerana suara dan luahan kami sebagai blogger telah didengari oleh kepimpinan negara yang kita sering bela dan pertahankan dari serangan pembangkang selama ini.
Yang paling bermakna ialah janji Tan Sri Muhyidin sendiri yang mahu dan akan menyokong perjuangan bloggers dalam membela agama, bangsa dan negara ini.
Apatah lagi saya turut terharu dan hiba apabila Tan Sri mengingatkan kembali bagaimanakah nasib kita semua jika selepas PRU 13 negara kita akan dirampas oleh pihak pihak yang telah lama teringin ingin mengaut kekayaan negara bagi mengisi 'tembolok' mereka dan penyokong penyokong mereka selama ini. Bayangkan bagaimana Pakatan Rosak yang baru setahun lebih memerintah di Selangor sudah pandai membuat angkara hingga disiasat SPRM maka bagaimana kita dapat mengharapkan Pakatan Rosak mereka menjaga kekayaan negara yang disimpan berkurun lamanya ????
Cuba kita bayangkan Petronas, PNB, Telekom, TNB dan lain-lain dikuasai oleh Anwar, Lim Kit Siang, Haji Hadi ?
Ya Tuhan !
Jauhkanlah dari mereka itu diberi kemenangan. Jauhkan kami ditimpa kekalahan..Akan kami berjuang tanpa henti untuk menyedarkan rakyat walau kami serba kekurangan dan banyak kelemahan....
Pasti kami tidak akan mudah menyerah kalah walau kami akan rebah kerana ia adalah untuk masa depan anak cucu kami yang pasti memerlukan kami menjaga sehabis baik parti yang memegang amanah kuasa pusaka nenek moyang memerintah negara, agar terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang...
Dengan semangat Ramadhan yang akan datang menjelma maka dengan ini saya sebagai Panglima Perang Cyber mengisytiharkan perang habis-habisan kepada pengkhianat negara dan kita akan berjuang sehabis tenaga walau berdepan dengan berbagai risiko.. Marilah sahabat sekelian mari berjuang dalam apa jua medan yang anda mampu untuk sedarkan rakan taulan sahabat handai serta saudara mara kita tentang politik kotor Pakatan Rosak yang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan kuasa.
Ulang balik kata kata Anwar sendiri : Kalau takut ditangkap usah bicara soal perjuangan.. Jika mereka tidak takut ditangkap maka kita sepatutnya lebih tidak takut serta berani membongkar penipuan mereka kepada rakyat. Jangan difikirkan saman ratus juta yang biasa digunakan untuk menyekat musuh mereka sedangkan ia adalah fakta yang benar bukan direka-reka.
Alhamdulillah semalam Panglima sempat juga bergambar dengan TPM. Di bawah gambar Panglima bersama TPM kita ( pertama kali bergambar dengan TPM ) dan anda tekalah sendiri mana satu Panglima dalam gambar di bawah.
SILA DOUBLE-CLICK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS
( terima kasih atas gambar pinjam dari blogger Medan Info )
8 ulasan:
Salam,
Teruskan perjuangan buat semua bloggers jalanan.
Teruskan menyedarkan Melayu-Melayu Pengkhianat Negara ini supaya balik ke pangkal jalan.
Teruskan mematahkan fitnah-fitnah yang terus dilemparkan kepada Rakyat Malaysia.
Teruskan pegangan kuasa Politik di tangan Melayu.
Perjuangan anda adalah perjuangan menegakkan kebenaran.
Jangan lupa blogger jalanan pun ada pengikut dan pengaruhnya jg..walau kekadang isu yg ditulis merapu dan tak iye ntah tidak..namun kena hati-tahi..maknanya Blogger yang tak berjalan ni kena la tapis,tepis dan tangkis balik...
SLM PANG5...SMANGATKU SEMAKIN BERKOBAR2 TUAN!!..WLUPUN BERSENJATAKAN "BATU DAN KAYU"..LWN TETAP KITA LWNN!!! YEZZEKKK!!!!
SLM PANG5...SMANGATKU SEMAKIN BERKOBAR2 TUAN!!..WLUPUN BERSENJATAKAN "BATU DAN KAYU"..LWN TETAP KITA LWNN!!! YEZZEKKK!!!!
Salam Panglima,
Tahniah bro..bertuah dapat ambil gambar bersama dengan TPM.
Saya rasa Panglima yang pakai baju merah berbelang putih..belakang sebelah kanan...
ada peluang tak cakap kat muhyidin "fulus al'mahfuz" pun penting juga kalau nak run blog...
Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu
PAS memperalatkan Islam
Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.
UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI
Ingatlah;
Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…
terima kasih komen semua.
ikan emas, kita memang tak ada nama tetapi ada follower. Cuma tak kenal sapa hehe..
Jeff, serang lagi bro...gua pun semangat gak ni..
Hilbert, siapa pun anda teka x jadi masalah hehe.
Pejuang Cyber - ayat anda menarik..memang benar umno mengalatkan parti untuk agama dan pas mengalatkan agama untuk diri sendiri. atau parti.
ok tq semua..salam
Catat Ulasan