KUALA LUMPUR 27 Sept. - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) berpendapat, terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memastikan MIC dapat menerima penyertaan Makkal Sakhti dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai anggota baru BN.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN amat perlu kerana mengikut peraturan, semua parti komponen perlu bersetuju sebelum menerima keanggotaan baru.
''Saya tidak fikir MIC secara mudah dapat menerima kemasukan parti Makkal Sakhti dan Kimma kerana kedua-duanya turut mewakili kaum India.
''Oleh itu, segala-galanya terserah kepada Perdana Menteri bagaimana hendak memastikan penyertaan Makkal Sakhti dan Kimma diterima di dalam BN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kolum Awang Selamat hari ini yang mencadangkan Makkal Sakhti dan Kimma menjadi anggota baru BN.
Langkah terbabit dilihat bagi memulihkan kembali sokongan kaum India kepada BN yang merosot teruk selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lepas.
Ahmad Zahid berharap dasar keterbukaan yang ditunjukkan oleh Najib dengan melancarkan parti Makkal Sakhti pada 10 Oktober ini tidak diketepikan begitu sahaja oleh MIC.
''Bagi saya, apa yang ditunjukkan Najib merupakan satu pilihan terbaru yang perlu difikirkan oleh semua kepimpinan tertinggi BN termasuk MIC,'' jelasnya.
Bagi Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, beliau melihat cadangan itu sebagai satu lagi strategi memantapkan BN untuk jangka panjang.
''Apa salahnya BN menerima kumpulan-kumpulan seperti ini kerana mereka bukannya menggunakan saluran pembangkang dan mungkin ada pandangan daripada mereka yang kita boleh kongsi bersama,'' katanya.
Tambahnya, penerimaan parti baru di dalam komponen BN akan memberikan kelebihan kepada kaum India.
''Rintihan dan masalah kaum India akan dapat didengari kerana banyak saluran boleh mereka gunakan,'' ujarnya.
Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas secara dasarnya bersetuju dengan idea itu, namun bimbang lebih banyak permohonan sama akan diterima pada masa akan datang.
''Persoalannya mampukah BN memberikan peluang kepada parti-parti baru ini mendapat kerusi pada pilihan raya. Saya takut ia akan memecahbelahkan BN untuk jangka masa panjang.
''Mungkin sudah tiba masanya BN ditubuhkan sebagai satu parti yang mewakili semua kaum di Malaysia sejajar dengan idea pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar satu ketika dahulu semasa menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP),'' katanya.
Sumber : http://utusan.com.my/
Komen Panglima :
Pada pendapat saya alangkah wajar jika parti mewakili masyarakat India di negara ini diwakili oleh berbagai parti. Seperti yang terjadi dalam BN yang mana Cina diwakili oleh parti MCA dan Gerakan.
Jika UMNO sebagai teras juga boleh menerima parti lain yang bersifat bumiputera seperti PBS maka adalah wajar juga jika Samy Vellu membiarkan keangkuhannya ingin terus menjadi Presiden parti dengan turut sama membiarkan parti baru Makkal Sakti dan IPF menyertai BN.
Kerana ia salah satu cara yang dapat dilakukan bagi menjamin aspirasi rakyat yang ingin menyertai politik akan tercapai tanpa terhalang dengan kekangan 'jenis' parti yang ada dalam Barisan Nasional.
Barulah kekuatan BN akan bertambah dan Pakatan Rosak akan bertambah juga kegerunan mereka di dalam berhadapan dengan BN sebagai gabungan parti-parti berbagai kaum yang sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan ROS.
Anda fikir ? Sila beri komen di bawah ini...
5 ulasan:
saya sokong. Ini lebih baik daripada mereka masuk pakatan. kelak kita juga yang rugi.
Salam Panglima, kawan setuju 100% pendapat Panglima, biar kaum India ada tempat mengadu kerana MIC sudah merasakan dia raja yang perlu disembah kaki..... IPF juga serpihan MIc yang tidak berpuas hati dengan sikap sesetengah pemimpin MIC yang masih ada sentimen kasta......
Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini.
“Kita semua ingin melihat BN menang di Bagan Pinang sekaligus menyampaikan mesej bahawa PR boleh dikalahkan dan bukan kebal. Atas semangat itu, marilah kita memberikan sokongan dan tidak menghentam sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon BN petang ini dan tidak mengkritik pemimpin atau parti sepanjang tempoh kempen pilihanraya Bagan Pinang.”
p/s Mohon saudara berikan emel kepada emel bicararakyat@gmail.com untuk memudahkan komunikasi dan penyaluran maklumat semasa tentang pilihanraya Bagan Pinang.
Salam,
Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..
"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/
terima kasih komen sahabat semua.
neutral - saya dah linkkan blog anda..
tq
Catat Ulasan