Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Oktober 2009

Edisi Ahad : Perubahan UMNO Menggerunkan Pembangkang dan Penjawat Awam Mesti Membantu Kerajaan !



Klik berita di atas di sini http://www.utusan.com.my/


Pada pandangan saya :

1. Perubahan Perlembagaan Parti memberi kuasa memilih dari 2500 perwakilan kepada seramai 146,500 ahli menggambarkan keseriusan UMNO untuk menangani politik wang. Sudah ramai yang telah terkena sindrom yang dikatakan bermula zaman 'Anwar Ibrahim' dan ramai juga telah terlepas meskipun turut menghulurkan wang.

2. Penyakit memberi untuk diundi sangat tidak bermoral kerana ia seolah-olah meletakkan piawaian kepimpinan berdasarkan wang bukan kepada ketinggian peribadi atau leadership yang tinggi. Akhirnya pemimpin yang baik dan berkaliber dipinggirkan kerana tidak mampu menawar sesuatu untuk perwakilan.

3. Akhirnya isu politik wang memberi 'bullet' kepada musuh untuk menembak dan ada yang memberi kesan kepada yang ditembak.

4. Dengan berakhirnya era politik wang selepas pindaan dibuat maka 'lubang' untuk memberi atau meminta sudah pun berakhir dan sejarah baru turut bermula.

5. Diharapkan selepas ini pemimpin yang bakal dipilih nanti adalah jenis dan versi Tolut ( Tolut pemimpin yang disebut di dalam Al Quran yang dipilih Allah tetapi tidak memiliki kekayaan )

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. ( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #247)

6. Kita juga turut menginginkan suasana satu ketika dulu di mana ramai yang memberi khidmat kepada negara dengan menjadi penjawat awam memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan. kerana ramai juga menjawa jawatan dalam kerajaan bersuara seperti 'pembangkang'. Ia sangat malang kerana yang rugi akhirnya ialah mereka sendiri yang pasti tidak dapat memberi khidmat kepada rakyat lantaran tidak memiliki 'wahdatul fikri' - kesatuan fikiran - ( seperti yang diulas oleh Tan Sri Muhyidin dalam persidangan baru-baru ini )

7. Selari dengan perubahan zaman yang sudah canggih ini maka penjawat awam boleh menggunakan kesempatan berada di pejabat ketika waktu senggang/rehat untuk menerangkan kepada rakyat polisi dan dasar kerajaan yang membela dan mengutamakan rakyat. Cukup sekadar menjawab dan menerangkan serba sedikit kekeliruan rakyat agar mereka tidak lari kepada Pakatan Rosak yang sedang ghairah ingin merebut kekayaan negara.

Antaranya dengan membina blog dan membuka facebook serta mencari seramai mungkin rakan-rakan untuk dijadikan sahabat dan sasaran dalam 'dakwah siber' ini. Bayangkan jika separuh dari sejuta penjawat awam membuat usaha di atas maka kesannya pasti akan membawa kepada kestabilan negara dan memberi ruang ekonomi untuk berkembang hingga membolehkan ganjaran upah sebulan atau dua bulan gaji dapat diagih kepada mereka juga...

Usaha ini nampak kecil tetapi saya yakin manfaatnya sangat besar dan pasti ganjaran besar juga akan diberikan oleh Allah kepada tuan puan...

Untuk itu saya dan sahabat dalam Blogger Pembela Negara (BPN) bersedia membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi blogger membantu negara serta membuka Facebook dengan bantuan percuma. Add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com dalam Yahoo Messenger anda dan saya dan geng BPN akan pastikan anda dapat membina blog serta memiliki Facebook untuk berperang di alam siber ini...


Apa pendapat anda berkenaan langkah UMNO di atas serta syor saya ini ?



wahid - sari

gambar hiasan dari blog http://x23ramd.com

8 ulasan:

Pendekar berkata...

langkah pertama perubahan ialah :singkirkan dulu orang yang sudah didapai bersalah seperti kairy. Barulah nampak kesungguhan.

Cheguman berkata...

setuju 100%. Itulah yg sepatutnya.

Farid Albariti berkata...

Bagus.. Saya juga berharap(secara objektifnya) seperti sdara...

Tapi, wehdatul fikr lahir daripada keselarasan pemikiran.. Ianya mesti lahir daripada perbincangan yang sihat di kalangan anggota, sekalipun ada dikalangan anggota itu berlainan pendapat, dengan adanya suasana demokrasi yang berkesan, barulah akan mencapai wehdatul fikr yang sebenar...

Tanpa kebebasan bersuara(yang terkawal), ianya tidak boleh dipanggil wedatul fikr, tp wahidul fikr(autokratik)...

PAPA GOMO berkata...

salam panglima..mantap cadangan panglima tu/...Gomo setuju.

kita gegarkan lagi dunia politik tanahair ini.

C L J berkata...

Bagus akalan nih.

Tapi kena buat dia biar jadi agenda resmi jabatan. Bukan laman resmi tetapi beberapa laman sukarela untuk hubungan terbuka lebih meluas dengan orang ramai.

Cuma biar ada pegawai kanan yang jadi leader serta semak perlaksanaan komunikasi itu.

Bagusnya kalau Panglima perhaluskan akalan itu dan panjangkan kepada bos2 tu.

rossees berkata...

Salam..
pandangan saya?
Tapi saya tak pernah suka politik... Hmm, macam mana nak tahu politik mana satu yang betul? Saya tak nampak pun politik membantu remaja-remaja yang bermasalah walhal kes-kes jenayah semakin meningkat...

Unknown berkata...

Aper yang nak digerunkan...perubahan mcm biasa tiada aper pun setakat kata dan tulis pastu bukan laksanapun..yang dalam Al-Quran bukan Allah bagitu semalam tapi dah lama..ader korang buat,padahal yang maner dulu kita kena ikut...susah bila dah mentaliti sekular dah masuk dalm kepala otak tua yang dah berkarat nie..satu lagi sokongan dari penjawat awam kenaper nak menagih simpati sangat,zaman dulu2 boleh lah..zaman otak org yang tak berkembang,ko nak suruh penjawat awam sokong org sokong..ikut kepala ko jer..tapi sekarang mintak maaf ler kerja tetap kerja pasal sokong hak masing2 bro..aper pulak nak paksa2 org soh sokong..

Tanpa Nama berkata...

nak buang khary..pelan-pelan la..spt marik rambut dlm tepung org kata...jgn nak terjah je.. politik beb...

Cari Blog Ini

Translate