Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Oktober 2009

Edisi Bagan Pinang : Anwar dan Pakatan Rakyat jelas menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong !!!


Fakta Pertama : Anwar mengumumkan akan melantik calon dari PAS sebagai Yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 23 Ogos 2009 ( http://www.utusan.com.my )

Fakta Kedua : Lim Guan Eng juga bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut ( http://prkn11penang.pas.org.my )

Fakta Ketiga : Pengumuman nama Salleh Man sebagai calon dibuat meskipun telah jelas siapa sebenar calon yang direstui oleh Yang Dipertuan Agong ( http://www.utusan.com.my )

Ia juga menunjukkan bahawa demi mendapat sokongan politik, Pakatan Rosak tidak teragak-agak menjadikannya sebagai modal kempen walaupun melanggar perkenan Yang Dipertuan Agong.

Fakta Keempat : Sejak dahulu hingga hari ini Pakatan Rosak tidak ada sifat hormat kepada Raja dan Sultan di negara kita.

Mereka sepatutnya tidak patut dibenarkan berada di dalam Malaysia dan patut dibuang kerakyatan dan diusir ke luar negara.

Jika hendak disenaraikan satu persatu penderhakaan mereka kepada institusi Raja tentu tidak cukup ruang ini untuk memaparkannya...

Maka, rakyat di mana mana sahaja perlu menolak Pakatan Rosak ini dan memilih calon yang tidak berada dalam Pakatan tersebut meskipun barangkali calon itu berimejkan kopiah dan janggut.

Ini kerana ada juga orang yang menggunakan pakaian tersebut untuk kepentingan peribadi diri tanpa memikirkan kesannya terhadap imej Islam dengan menghalalkan apa yang diharamkan Allah seperti memaki hamun dan berdusta..

Semuanya kerana demi untuk pengaruh dan pengikut, kuasa dan harta......

3 ulasan:

Cheguman berkata...

Kerajaan terlalu bagi muka pada pembangkang sehingga mereka seperti kaduk naik junjung.

Teruskan pembongkaran, Panglima. Jangan biarkan rakyat terus dipermainkan puak pembanbangkang yang secara semula jadi mempunyai mentaliti suka membangkang.

TokJanggut berkata...

Kenapa UMNO pilih Isa??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

Anak Lenggong berkata...

Mereka ini sebenarnya tidak menghormati sesiapa pun disebabkan tamakkan kuasa mereka sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja yang puak mereka lakukan...tetapi mereka akan menjadikan isu sekiranya perlakuan sebegini dilakukan oleh bn..

Cari Blog Ini

Translate