Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Oktober 2009

Edisi Cuti : Hari ini Blog Panglima Sudah Bertukar Wajah

Selepas tertangguh sekian lama kerana kesibukan dengan kerja maka hari ini Panglima mengambil keputusan untuk bercuti bagi melunaskan hutang dengan 'alam siber' dan juga 'alam fizikal' yang tertunggak sejak beberapa menjak.

Memang benar roh orang berhutang antara langit dan bumi dan roh Panglima yang ada 'hutang' ini juga tidak stabil kerana cemas dan juga risau dengan timbunan 'hutang' yang semakin banyak. Maka 'loan' cuti telah diambil hari ini untuk melunaskannya.

Kesempatan itu juga membolehkan blog ini berwajah baru dengan tema yang lebih ceria dan melapangkan minda dan mata. Pemilihan warna putih dan biru bagi memudahkan serta membuka selera pembaca agar terus datang membelek apa jua bahan yang ada diletak di blog tidak ternama ini.

Jadi, apa komen anda dengan warna baru serta 'bentuk' baru yang tidak lagi diberatkan dengan gambar-gambar yang agak susah untuk dilalui oleh 'kenderaan kecil' . Maka untuk itu saya telah mengambil langkah drastik membuang apa jua bahan bentuk gambar termasuk chatroll bagi membolehkan rakan-rakan saya dapat menjenguk ke sini dengan 'cc' yang rendah tetapi seolah-olah dengan enjin yang ber'kuasa' yang turbo.

Untuk melihat info BPN maka anda boleh mengklik ke laman rasmi BPN dan segala info ada disediakan di sana.

Sekejap lagi saya akan ulas isu di Pulau Pinang yang jelas menderhaka kepada titah Ydp Agong berhubung perlantikan Pengerusi Maipp yang telah dijanjikan kepada Salleh Man oleh Anwar Ibrahim. Ia satu perkara yang sangat tidak patut dan di situ jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana rupa sebenar Pakatan Rosak mereka di dalam menjunjung titah perintah Raja kita.

berehat dulu, jumpa lagi !!!

8 ulasan:

Nasionalis1982 berkata...

Salam bro..

Waa..sudah bikin touch up u punya blog ka.

Background color dah cantik. Nampak 'jambu'..wakakaka

Teruskan menulis dengan pensil dan menaip dgn keyboard..wakakaka

Salam....
My Longest Yard

gotahlantun berkata...

salam bosss!

selamat kembali aktif ke alam siber...

YANG GAMBI berkata...

SALAM, BAIK DAN NAMPAK LEBIH CERIA SERTA BESEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG.....

CUPING MERAH berkata...

cuti terus lagi bagus....

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Apa masalah lantik maipp...

kan PAS dah lantik Lim Guan eng jadi khalifah umar abdul aziz dan membenarkan cina dan keling hina ayat al-Quran

Zorro berkata...

BRO..SUPPORT BLOG PRK N31 BAGAN PINANG PD - informasimalaysia.blogspot.com

AbgTuah berkata...

SALAM PANGLIMA..

PUTIH PILIHAN WARNA YANG MENARIK..CERIA DAN SEGAR..LEBIH MENARIK PENGUNJUNG BERTANDANG.

Firdaus A berkata...

salam, tuan. news baru:

Janji Obama Hapuskan Al-Qaeda

: http://2000n.blogspot.com/

Cari Blog Ini

Translate