Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Oktober 2009

Edisi Bagan Pinang : Nizar dan Pemimpin PR Cuba Jadi Hero Tamil Hina Pengundi Undi BN !



Mengikut fakta majoriti undi Tan Sri Isa Samad ialah 5435 undi. Satu jumlah yang sangat besar. Jika difikirkan pengundi memberi undian yang tinggi kepada BN kerana mereka ingin menghantar isyarat kepada PR bahawa mereka sangat bijak dan juga sudah muak dengan permainan dan gaya politik ala Samseng Kampung Dusun yang semakin jelas semasa kempen meraih undi di Bagan Pinang.

Sepatutnya Pakatan Rosak menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka namun mereka tidak terbuka bahkan tertutup pintu hati untuk menerima kekalahan pertama mereka selepas berkali kali menang di kawasan yang ditandingi.

Tidak seperti BN yang tenang sahaja dalam menerima keputusan rakyat dan tidak melatah apatah lagi menfitnah atau MENGHINA pengundi dengan menuduh mereka dengan kata-kata yang menyakitkan hati lantaran memilih calon dari parti Barisan Nasional bukan dari parti Pakatan Rosak yang menawarkan calon yang disucikan namun jelas tidak juga suci bahkan sudah terdedah dengan isu disaman Bank Rakyat.

Lihat laporan berita di sini http://utusan.com.my yang memaparkan tindakan bekas MB Perak Si Nizar yang dengan mudah menuduh pengundi di Bagan Pinang tidak kisah dengan perasuah hingga mengangkat Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat. Sedangkan semua sudah tahu bagaimana hukuman sudah dijalankan dan beliau juga sudah melalui tempoh yang perit dalam karier sebagai ahli politik. Namun kesetiaan beliau terhadap parti amat menyentuh hati rakyat sehingga akhirnya kemenangan besar telah diberikan oleh rakyat kepada bekas MB Negeri Sembilan yang paling lama berkhidmat itu.

Kebanyakan pemimpin PAS juga sukar menerima kekalahan mereka dan mengutuk BN dengan mengungkit kembali isu rasuah politik Tan Sri Isa Samad seperti laporan Harakahdaily di sini http://www.harakahdaily.net

Bahkan kenyataan lagi jelas menghina pengundi Bagan Pinang ada di link ini http://www.harakahdaily.net dikeluarkan oleh Dr Lo'Lo' yang memang begitu emosional dalam menerima kekalahan sehingga sanggup menggelarkan pengundi di sana sangat rendah mentalitinya kerana memilih rasuah dari maruah walaupun mereka sebenarnya adalah orang yang sangat arif dengan hakikat bahawa calon BN adalah calon yang pernah membuat jasa begitu lama membangunkan negeri mereka dan perlu disokong.

Itulah realiti pembangkang dari dulu, kini dan selama-lamanya !!!


Nota : Lihat di sini http://rockybru.com.my/2009/10/rakyat-di-bagan-pinang-bodoh.html kenyataan pemimpin Pakatan Rosak menghina rakyat Bagan Pinang kerana memilih BN...


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM PANG5...NIZAR TELEPAS LG DR KANDANG MENTOL SEPITAL LA TUUU!! KEHKEHKEH

Ali Abdullah berkata...

Salam pang5,

PAS sejak dulu kini dan selamanya, jumud dan primitif, tidak rasional dalam memberi pendapat, emosional dan terdesak. Tak perlu ditegur, biarkan mereka... Biar rakyat yang membelasah mereka..

Panglima Perang Cyber berkata...

Jeff = dia kena dihantar balik masuk hehe..

Apai = saya setuju mereka tidak berubah gaya berpolitik dan terus membelasah siapa yang menolak calon Pakatan Rosak mereka dengan berbagai bagai tuduhan.

terima kasih beri komen...

Xeno berkata...

Maruah dan Rasuah? Layak ke Nizar cakap begitu? Ludah ke langit, terkena muka sendiri....

Sudah lah hasan ali hina Port Dickson 'Bandar Lalat'. Pemimpin jenis apa ini, merendah2kan maruah orang lain

Tanpa Nama berkata...

pakatan tidak akan pernah membuka buah fikirannya yang positif. bagi mereka apa yang perlu dibuka ialah ... buka seluar dan liwat lelaki sama lelaki. buka kain tayang anu sendiri pastu sebarkan dalam internet. itu saja yang mampu mereka bukakan..

Cari Blog Ini

Translate