Sms Cheguman Waadat kepada saya mengkhabarkan bahawa blogger BPN kita semua memuatkan tajuk kemenangan besar BN malam ini. Ketika itu saya masih lena kepenatan dan hanya sedar jam 11.30 malam walaupun niat di hati ingin mengikuti keputusan PRK N31 Bagan Pinang.
Ketika membaca mesej tersebut maka barulah saya sedar bahawa usaha menawan hati rakyat di Bagan Pinang sudah berhasil. Pemilihan calon Tan Sri Isa Samad benar-benar tepat dan memenuhi kehendak akar umbi yang mahukan calon tempatan dari calon import tajaan lawan.
Maka saya tidak mahu ketinggalan sama untuk menyertai suasana gembira meraikan kemenangan tersebut dengan memuatkan berita yang sama di blog ini serta mengucapkan tahniah kepada sahabat perjuanga. Walaupun sudah jam 3.11 pagi.
Walaupun dengan tubuh sudah tidak larat kerana berakit satu hari dari pagi hingga ke petang hari ini namun saya gagahi diri saya menahan kepenatan dan keperitan demi meraikan kemenangan yang sangat kita dambakan ini !!!
Banyak sms diterima mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Tuhan di atas kemenangan yang begitu besar ini. Terutama dari rakan blogger termasuk Tun Faisal sebagai Ketua unit media baru.
Sememangnya ia wajar disyukuri kerana "kesyukuran akan menambahkan kebaikan" dan pada masa yang sama kita haruslah sentiasa dan mesti menjaga hati dan perbuatan kita agar tidak mendabik dada dan berlaku sombong kerana kemenangan ini juga adalah ketentuan Allah !
Kepada penyokong Pakatan Rosak saya nasihatkan terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka dan tidak mengatakan bahawa ia tidak adil atau berat sebelah.
Belajarlah untuk berterima kasih kepada Tuhan samada ketika menerima kemenangan dan kekalahan.
Ingat, langit tidak selalu cerah !
Yang paling menarik info saya terima bahawa ada 600 undi ( lebih kurang ) tentera berpihak kepada Calon PAS.Meskipun ia sudah berkurang berbanding 1000 lebih undi untuk PR ketika PRU 12 yang lepas juga dari pihak anggota tentera kita....
Ia bukti bahawa demokrasi di negara kita masih subur dan terbukti adil untuk semua parti yang bertanding.
Andaian-andaian negatif kepada polis, tentera, SPR hanya akan menampakkan kebodohan kita bukan memberi mesej yang betul kepada rakyat jelata.
Apa kata, anda semua diam sahaja atau berkata yang baik dalam mengisi ruang kosong akibat kekalahan sesuai dengan Sabda Junjungan :
" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
maka berkatalah baik atau diam ! "
Syabas dan tahniah kepada anda semua dan semoga kemenangan ini menjadi permulaan kepada kebangkitan perjuangan kita membela nasib Agama Bangsa dan Tanah Air.
Takbir !!!!!!!!!
7 ulasan:
Tahniah TS Isa-UMNO-BN.......
Wakil rakyat baru bagi DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata kemenangan BN dengan majoriti lebih 5,000 undi sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.
"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui selepas kemenangnnya itu.
Saya setuju dengan kenyataan Isa bahawa kemenangan itu adalah GAMBARAN KEPERCAYAAN RAKYAT KAWASAN TERSEBUT (Bagan Pinang)) TERHADAP BELIAU( Isa) DAN PARTI (BN). Gambaran yang ada kepada rakyat umum ialah Isa tokoh perasuah dan BN parti pencinta rasuah yang perlu dijauhi. Tapi itu gambaran umum rakyat Malaysia. Kadang-kadang gambaran umum tidak sama dengan gambaran yang bersifat lokaliti komuniti tertentu. Sebab itu apabila rakyat Malaysia umumnya menolak rasuah, ia tidak bermakna semua orang memandang jijik kepada rasuah. Perkara itu (membenci rasuah) mungkin dirasai oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi ia tidak boleh dipaksakan kepada semua orang, termasuk masyarakat Bagan Pinang.
Nampaknya kemenangan besar Isa adalah satu percubaan BN untuk meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa perasuah tidak perlu digeruni dan integriti tidak perlu disanjungi. Kepercayaan bahawa kita perlu menyisihkan pemimpin rasuah mungkin hanya sesuai dijadikan pegangan masyarakat maju di negara-negara Barat, Jepun dan Korea. Tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa negara ini belum mencapai tahap negara maju dan oleh itu rasuah tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang menjijikkan. Oleh itu selepas ini kita perlu belajar untuk masih menerima dengan hati terbuka perasuah sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat, sebagai menteri.
BN parti yang dicemari rasuah itu telah mengajar rakyat sejak berdekad-dekad dahulu untuk menerima perasuah sebagai pemimpin dan rakyat Bagan Pinang telah membuktikan mereka boleh menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan pemimpin-pemimpin yang ada salah laku moral yang cukup jijik pula sebagai calon dan mungkin rakyat boleh menerimanya. Perkara ini (meletakkan calon jijik yang tidak bermoral) sebagai pemimpin) bukan perkara asing di negara luar dan ia boleh dicuba BN di Malaysia selepas ini. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan kepala gangster, ketua perompak, ketua sindiket judi, pelacur, ketua ajaran sesat dan penagih dadah tegar sebagai calon mereka dalam sesuatu pilihanraya. Rakyat yang telah biasa menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka tentu berfikir, jika perasuah boleh diterima sebagai wakil rakyat, mengapa mereka tidak boleh menerima kepala gangster, perompak,pelacur dan penagih dadah sebagai wakil rakyat selepas ini?
Mungkin lepas ini jika ada lagi kekosongan wakil rakyat, BN boleh mencuba meletakkan kepala gangster, ketua perompak, pelacur dan penagih dadah sebagai calon mereka. Siapa tahu masyarakat Malaysia yang semakin mundur dan telah semakin sebati dengan budaya tidak bermoral itu boleh menerimanya? BN boleh mencubanya, kerana BN boleh!!!
inilah balasan mereka PAS yang selalu menghina, mengutuk, memfitnah kerajaan BN.. terimalah kekalahan terbesar di dalam banyak2 PRK kali ini.. Jangan terima saja.. beralih terus ke BN .. tiada gunanya menyokong perjuangan Pakatan yang rapuh tidak sekukuh BN.. hanya BN yang mampu membentuk negara ini dan membuatkan negara lain tetap memandang tinggi terhadap Malaysia.
Kalau Malaysia jatuh ditangan PAS, DAP atau PKR, alamatnya peperangan dengan negara-negara kuasa besar akan tercetus. itukah yang kita mahukan? Sudah tentu tidak. syabas buat kemenangan di Bagan Pinang. Tahniah kepada petugas-petugas BN, bloggers-bloggers yang mempertahankan BN di Bagan Pinang. Tapi jangan leka, perjuangan masih belum tamat lagi. Kita perlu tawan semula negeri2 yg perlu ditawan!
1. Tahniah ADC ucapkan kepada BN kerana berjaya memenangi hati pengundi di Bagan Pinang supaya memilih BN sebagai wakil suara keramat mereka di kawasan ini. Tetapi, tahniah juga kepada sikap dedikasi, disiplin serta usaha kerja kuat para petugas BN yang tampak konsisten menghadapi provokasi serta celaan dari parti pembangkang yang lebih menjurus kepada kempen main-main kebudak-budakan.
2. Walau bagaimanapun, usah kita lupa dengan kemenangan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Tetapi sebaliknya, permulaan bagi tugas berat yang menanti dihadapan sana selepas kita membuat pelbagai janji dan madah berhelah. Jangan kita sebaliknya selepas ini berubah menjadi lembu yang hanya berpegang kepada tali seperti mana terjadi kepada kerajaan PR.
3. Jadikan kemenangan ini sebagai titik-tolak untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, memberikan khidmat yang lebih teratur, adil dan bijaksana, menutup segala tohmahan pembangkang, berdisplin, ikhlas serta jujur. Rakyat didahulukan, pencapaian senantiasa diutamakan. Insyaallah.
Syabas UMNO/BN - Dahulu, Kini dan Selamanya
Ya tuan, saya adalah penyokong Pakatan Rosak (yang kamu gelar),saya nak ucap tahniah kepada BN kerana menang besar..Tahniahlah...tahniah tahiah...kami, semakin kami kalah besar semakin itu juga kami bersemangat untuk menyokong PR...
Bloggers BPN berhemah, orang baca takde yang marah marah sampai dok maki dan berpereng. tetapi ada orang yang nak kucar kacirkan UMB dengan menubuh safnya sendiri dimana dia boleh diangkat menjadi ketua. Inilah musang berbulu ayam. Harap maklum..
Salam,
Di anjung sebuah surau, sambil menunggu waktu Isyak, tiga orang sekawan bersembang. Macam-macam hal dibualkan, dari cerita Tsunami di Samoa, gempa di Sumatera sehinggalah ke PRK Bagan Pinang.
Pak Samad: : Eloknya PAS tak payah bertanding di Bagan Pinang. Bagi ja Isa Samad menang.
Haji Sulaiman: Hish, mana boleh Pak Samad. Tak boleh dibiarkan Umno ni menang percuma. Kena ada lawan.
Wak Lebai menyampuk : Yalah Pak Samad, PAS tak menang pun takpe, ini perjuangan dakwah.
Pak Samad: Kawasan ni kampung halaman Isa Samad, ramai saudara mara dia di sana. Dia pun pemimpin lama berjasa, bekas MB pulak tu. Banyak kelebihan Isa ni nak menang.
Wak Lebai: Atas kertas memang Isa calon favourite. Tapi dalam keadaan Umno lemah sekarang ni, tak mustahil berlaku kejutan. Orang Cina sama India dah tentu undi PAS.
Pak Samad : Kalau PAS menang pun tak jadi apa pun. Kerajaan Mat Hassan tak tergugat pun, masih ada majoriti di DUN. Patutnya PAS tak payah bertanding, sokong ja Umno demi kesatuan Islam.
Haji Sulaiman yang berdiam diri sejak tadi mula bersuara: PAS kena tentang Umno selagi dasar perjuangan Umno ni belum berubah, perjuangan kebangsaan Melayu. PAS pulak perjuangkan Islam.
Pak Samad : Kan Umno pun perjuangkan Islam macam PAS jugak? Cuma Umno berjuang bil-hikmah, tak bising-bising macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
Wak Lebai : Islam Umno ni tak ori, Islam plastik. Dulu Islam Hadhari, sekarang ni buat mazhab baru pulak, mazhab 1Malaysia.
Pak Samad: Hish wak ni, janganlah pulak nak memandai. 1Malaysia ni bukan mazhab. Ini gagasan PM kita, nak satukan rakyat Malaysia. Tanpa mengira parti, bangsa atau agama.
Haji Sulaiman : PAS dan Umno ni sampai bila pun kena berlawan. Dasar perjuangan berbeza sangat. Satu ke kiri, satu ke kanan. Macamana tak berlawan ?
Pak Samad: Tapi Haji, dasar perjuangan PAS dan DAP pun sangat berbeza, macam langit dan bumi. Macamana pulak tu, dengan Umno PAS kena berlawan, tapi dengan DAP boleh pulak PAS berkawan?
Belum sempat soalan Pak Samad dijawab, azan Isyak pun berkumandang. Haji Sulaiman, Wak Lebai dan Pak Samad bangun mengambil wuduk.
Catat Ulasan