Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Oktober 2009

Edisi Bagan Pinang : Sesiapa yang ingin perjuangkan Islam tidak wajar terus berada dalam Pakatan Rosak !


Maaf ! kerana saya tidak sempat mengikuti dengan dekat di alam siber dan alam nyata perjalanan PRK Bagan Pinang.

Kerana saya ada 'tugas' lain yang juga penting dibuat dan perlu untuk matlamat jangka panjangnya.. Biarlah ia antara saya dan Tuhan sahaja yang tahu apa bendanya.

Selepas pulang sebentar tadi dari Giant, terbaca saya satu artikel wawancara antara wartawan Harakah dengan Hassan Ali. Tersentuh saya dengan hujung wawancara yang turut memaparkan sekilas sahaja ayatnya tetapi cukup mendalam erti buat kita. Ayat tersebut ada di sini :


Sebagai bekas pegawai kerajaan Hassan Ali tentu sangat tahu apa erti Melayu di sisi perlembagaan. Beliau tahu erti kalimah Melayu di sisi undang-undang yang diulang balik oleh pemimpin kita yang membawa merdeka hingga ke hari ini.

Malangnya mereka yang mengulang ulang perkataan ini digelar perkauman dan asobiyah. Pelik kerana orang yang intelek tinggi tinggi menggunakan tuduhan tersebut kepada penyokong kerajaan peringkat bawahan atau atasan.

Sedangkan apabila bangsa lain menggunakan perkataan Cina dan India, tidak ada pun yang menuduh mereka mengamalkan perkauman yang sempit lagi asobiyah ? Oh ya, mereka takut dengan kekuatan yang kita ada...

Juga kita turut mendengar bagaimana sekarang sudah ada mereka yang menafsirkan Melayu itu tidak lagi wajar menjadi teras pemerintahan negara. Bila Melayu mahu dipecahkan agar pecah kuasa politik mereka maka yang tinggal tentu sekali hanya perpecahan yang akan merugikan. Bila mana kuasa Melayu ( ingat : Islam ) terhakis tentu sekali ketuanan Islam tidak akan ada lagi di negara ini.

Meskipun begitu kita sangat pelik bin ajaib dengan penyokong PR yang tidak sanggup mengkritik rakan dalam PR mereka yang menghina Islam dengan menghina orang Melayu ! Akhirnya keluarlah 'carutan' baru dari menteri besar negeri Kelentong yang membenarkan bukan Melayu ( tentu bukan Islam ) untuk menghina Islam.

Jadi apa lagi boleh diharap kepada mereka yang menyokong nama Melayu beserta zat zat dan garam galiannya dibuang ke lautan pasifik ? Bukankah ia agenda sangat halus untuk menyekat PAS sebagai parti Islam ( walau tak tulen ) dan menyekat kebangkitan Islam ?

Hebat ! Memang hebat gerakan yang disusun oleh musuh Islam ini. Mereka menjanjikan kuasa untuk mensial dan mensilaukan mata mata keduniaan agar mereka bergaduh sesama bangsa dan agama dan membiarkan kuasa tadi akan menjadi milik mereka !

Anda mahukan begitu ? Maka apa tunggu lagi, undilah Pakatan Rosak dengan memilih parti yang bertanding atas tiket Pakatan Rosak !

Ia sangat mudah dan tidak perlu fikir apa2 kerana anda pasti 'dijamin syurga'



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate