Untuk makluman : Zulkefly Mohamad Bin Omar adalah calon PAS di Bagan Pinang.
Beliau dibersihkan imejnya oleh Hj Hadi sendiri tetapi tidak ramai tahu bahawa beliau juga telah disaman oleh Bank Rakyat.
Maka rakyat tidak perlu memilih calon ini kerana jasa dan khidmat Tan Sri Isa Samad telah dapat dilihat oleh rakyat berbagai kaum di Negeri Sembilan amnya dan Bagan Pinang khususnya. Calon import seperti Zulkefly Mohamad tidak patut mewakili rakyat Bagan Pinang..
Kedegilan PAS untuk terus bekerjasama dengan parti anti Islam seperti DAP tidak patut sama sekali. Bahkan tindakan tidak mengutuk perbuatan anggota Pakatan Rosak membaca ayat quran dan juga menghina Islam atas alasan mereka jahil adalah sangat jahat dan tidak mencerminkan sikap sebuah parti Islam sebenar.... Pastikan PAS akan dikuburkan di Bagan Pinang sekali dengan PKR dan DAP ..Mereka tidak patut diberi peluang dan kita akan pastikan sokongan tidak diberikan kepada mereka ini..
Calon import ini wajar ditolak pada
hari mengundi esok hari !!!!!!!!!!
2 ulasan:
PAS wajar keluar Pakatan Rakyat. Makal Sakti akan membenamkan PKR. Orang Dap dalam PKR akan kembali ke DAP, Elizabeth Wong, Tian Chua, Gobala, Santiago dan lain PKR Cina akan balik DAP. PKR Sabah sudah hancur. PAS akan didesak DAP ikut telunjuk mereka atau akan ditinggalkan mcm DAP tinggalkan PAS dulu dalam Barisan Alternatif. Kenapa PAS masih tidak sedar...Bagan Pinang contoh terbaik PAS diajar mengganas dan di biayai DAP asalkan PAS lawan Bangsa dan agamanya sendiri dari UMNO..PAS akan kalah kerana ini. PRU 13 PR tak sempat wujud.. kerna itu TGNA umum akan register Pakatan Rakyat sebagai meyakjinkan DAP dan DAP terus bagi wang dengan PAS. Kenapa PAS dangkal dalam permainan DAP ini?
PRK2 yang lalu berlaku dalam kubu kubu mereka kecuali Kuala Terengganu. Tetapi Kuala Terengganu tu undi natural dari Melayu sudah menunjukkan pergerakan mengkagumkan. BN cuma dikalahkan oleh undi terarah (oleh pihak ketiga) Begitu juga Bukit Gantang. Tetapi potensi untuk pergerakan yang serupa berlaku di Bagan Pinang adalah tidak terlihat samasekali.
Hamba yakin mejoriti kemenangan BN akan bertambah. Inshaallah.
Catat Ulasan